Tuesday, May 5, 2009

Tanpa Rasa Malu..

Saya telah menge-tag diri saya sendiri!! Hahaha.. For the first time, I visited my cousin's blog, and found this. I decided to do this even though she didn't tag me, because I love food so much!! And right now, I have a few that I am missing so badly. I want them all!! ; ) Ella, Kak Ayu ambik ni jangan marah.. Hehehe..

1. Senaraikan 10 images makanan/minuman yang anda teringin nak makan saat ini.
2. Carian hendaklah dilakukan dengan Google dan paparkan image paling menggiurkan.
3. Turutan gambar hendaklah mengikut nafsu keinginan anda masing-masing.
4. Sila tag 6 orang lain untuk tugasan ini. Selamat menyelesaikan tugasan!

Alamak, turutan ni tak mengikut nafsu keinginan i lah, sebab semuanya i nakkk!!! ;D

No 1: Terubuk Bakar. Wallahhh... Kalau mak yang buat, goreng (sumbat sambal) pon sodapp.. Yummy2!!!! ; )

No 2: Char Koey Teow kat Penang. Best gila babassss!!!!

No 3: Ayam Golek Pantai Dalam. Sedap bagai nak matiiiii... Best gilakkk!!! Tapi baru makan sekali je, sebab 2nd & 3rd time pergi, ayam golek dah habis. Dah la tu, parking punyalah susahhhh......... Tapi rasa ayam ni memang kellas wa cakap lu.. Berbaloi meredah jam semua tu. Hehehehe..

No 4: IKEA Swedish Meatballs - wahhhh, rinduuuu!!! Kat sini ada, tapi tak halal. Boleh tengok n bau je, sungguh seksa jiwa ragakuuuu........

No 5: Nasi Lemak Antarabangsa (Kampung Baru) - gila terangkat!!! Ayah yang bawak makan di situ. Line panjang, memang ramai orang sentiasa. Ambik ayam & paru goreng tu mmg best gilaa.... Tapi pastuh ada kawan cerita, masa dia pergi, ada tikus lalu lalang dalam kedai tu. Hah, pedulik hapa aku, asal sedap, tikus2 tu aku buat2 tak nampak je. Hahahahahaha... Buruk perangai... ;p

No. 6: Snack Plate KFC. Ahhhhhh..... Kalau dapat ni sekarang, memang lega sangat2.. Tapi musti lengkap setnya dengan sos cili thai Life. Hehehehe.. Insan2 di Malaysia mesti tak heran kan, tapi i yang dendang perantau ni sangat kepingin ayam goreng KFC+coleslaw+mashed potato+sos cili thai Life. Mesti brand Life jugak. Yang lain tak umphhh.. Hehe..

No 7: Nasik Kerabu pasar malam. Adudu.. Syoknyeee....

No 8: Nasi Kandaq Penang - Kalaulah dapat ayam madu, telur ikan goreng, sayur kubis & kuah daging hitam + kuah ayam madu, sungguh nikmat tak terkata.. Meleleh sambil menaip ni ha.. Sadis2..

No 9: Mi Udang kat Penang - aduhaiii... Bestnyaaa...

No 10: Laksam Kelantan. Bestnyaaa... Ni I reti buat sendiri, tapi masalahnya, kat sini nak kukus camno? Periuk nasik pun takdak. Haaa... Dah jumpa 1 resipi di My Resipi, dia cakap, buat dalam kuali leper pun boleh. I will try. Tungguuuu....

Hish, buat tag ni sungguh membuatkan aku lapaq. Cett!! Mau pi cari apa yg boleh dimakan kat dapur lah. Hehe.. Tata..

Oops, lupa, dengan ini saya mau tag Mieza, Farina & Ain. Silalah buat kalau nak.. Hehe..

6 comments:

hasnahnoh said...

gambar2 ni memang membuat orang sentiasa lapar saja.......bila la body nak menguncup kalau selera..mak ai..... kus semangat!

Ayu said...

Hehehe.. Makan mesti makan.. Nikmat duniawiii.. ;)

ayen =D said...

wah.. makanan mantap2.. cara ko cerita pun menambah mantap.. haha..
seb baik aku tergerak ati nk tgk betul2.. kalau tak.. eh, Ain tu aku ker? hahaha...

Ayu said...

Ye la sayang oiii... Ain tu ko la, sori aku slalu eja Ain, patutnya Ayen. Heheheh..

Anonymous said...

uii nasik lemak antarabangsa skang kat msia nak ada franchise bagai nak rak..pastu diupkan lagi plak tu harganya..nak byr bil akon kut rasanya tak sedap pong huhu..eh aku ada cite kan dlm blog dulu2?

Ayu said...

rasanya ada kot, kita brcakap psl nasik lemak antarabangsa yg sama ke? yg aku pergi tu, gerai je, bukan dlm bangunan ber-aircond pun. dia tepi jalan je, rasa dia memang sedapp.. hehehe..