Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Friday, January 4, 2013

Nak? Buat sendiri!

Nasib badan..

Nasi kerabu & daging bakar
Laksam
Makan sampai puas. Sampai nak tengok pun tak lalu. Ambik kau.

Lepas ni nasik dagang la pulak kot? :P

Saturday, December 22, 2012

Mengidam...

...keropok ikan.

Tapi susahnya nak cari. Dekat Chinatown memang tak jumpa keropok ikan.

Paling hampir? Keropok udang di Tukdin. Sedap memang sedap tapi tetaplahh tak boleh lupa keropok ikan. Hihi..

Menikmati keropok udang
Penyelesaiannya? Teringat pada sorang kawan baik di Terengganu. Hantar Facebook message mintak tolong dia beli & poskan 6 bungkus keropok ikan.

12 hari kemudian...



Haa puas hati aku. Keropok ikan paling mahal setakat ni. Hehe.. RM 220 untuk 6 bungkus. Kalau hati dah mau, nasiblah labu.

p/s: Rasanya dah makan banyak sejak akhir2 ni, tapi harini timbang berat turun lagi 1kg. Weighing scale fening kah?

Wednesday, July 11, 2012

Peking duck wrap



p/s: bought, not made :)

Sunday, May 20, 2012

Effective advertising

Siang-siang, baling pamphlet ke dalam post box rumah orang
Orang pun bukak, telek sana, telek sini
Malam pun tiba. Orang tiba-tiba malas nak masak. Terus angkat telefon, order. Tak sampai 30 minit, loceng pintu pun berbunyi
Large chicken doner - orang lelaki punya
Small lamb shish - orang perempuan punya

Lega orang perempuan, dapat makan masakan orang lain. Dah muak oii makan masakan sendiri :P

Tuesday, February 21, 2012

Jalan-jalan cari makan

Sotong kangkung @ Rasa Sayang, Chinatown (nearest underground station - Leicester Square)
Nasi goreng @ Rasa Sayang
Roti canai (segera!!) @ Rasa Sayang
Tukdin lagiiii
DH in action
Kes terliur tengok gambar yang mak upload di Facebook. Bihun hailam yang tak memenuhi citarasa - sedikit masin & tak pedas langsung
Satay goreng - menu berbintang2 yang boleh buat angau siang malam ;p

Friday, February 10, 2012

Terkenang

Nostalgia zaman kanak-kanak..

Maktok selalu buat untuk sarapan.

Menariknya, kena guna jari-jemari yang dirapatkan untuk tarik adunan supaya hasilnya bulat elok & sama tebal. Sebabnya? Adunan dia tak terlalu cair, jadi kita tak boleh sekatakan adunan secara menyengetkan kuali leper (pan). Kena buat cepat-cepat sebelum kepanasan sampai ke jari.

Roti tempek/Roti nyoq/Lempeng kelapa
DH tetap nak makan dengan kari. Sudah kuturrunan, apa nak dikata.. ;p

Ni hidangan lewat malam. Selagi tak tidur, selagi tu lah dok mencari makanan. Haru-biru sungguh....

Sunday, December 11, 2011

Let's go shopping!

Nope, not that kind of shopping. Let's go shopping for food! :D


Nearest tube station: London Bridge (Northern line)

Went to the market on Friday to grab some lunch before visiting King's College laboratory animal facility, where my friend, Noelia works as a veterinarian. Love the place so much that I dragged my husband there on the very next day.

Let's see what's there at Borough Market!

Bread, bread, bread
Argentinian empanadas, Noelia was raving about it (she is Argentinian)
Soup, anyone?
Fell in love with the colours
Noelia with her chunky vegetable soup. This girl loves her soup alright. Soup and salad for lunch everyday
Soup? Not my lunch. This prawn wrap is more my thing. Que was long, but I made it! : ) 
On Saturday, went again with DH & decided to try fresh oysters. DH was not up for it so I braved myself for it. Yuck, don't like it! ;p
Muffins, cookies, cakes & pastries anyone? DH has got his feet literally glued in front of this booth
He was seduced by the double choc and cherry muffin & an oatmeal cookies. See, I'm not the one with sweet tooth ;p
All the others look super nice too!
One happy shopper :D
We were sold by the display. Had to buy a baguette & a focaccia 
Chicken curry, Thai green curry & seafood paella
Vegetarian omelette, 3 quid per slice
DH likes it very much
Maybe I could replicate this at home easily. There're bell pepper, baby spinach and tomato in it 
Fresh seafood
We ended up buying a salmon fillet & a sea bass here
Potted herbs
Dried fruit as Xmas tree ornament

They look amazing hanging on a tree, don't you think?
This guy sells amazing selection of mushroom
See? DH was contemplating whether he should buy that enoki (he loves enoki), but we left without ;p

I love the place so much, but I've learnt that it's not wallet friendly, especially when I have the urge to buy everything I see! ;p

If you're in London, then this place definitely should be on your must visit list. 

Thursday, July 14, 2011

Avocado


DLL, ini contoh Hass avocado yang sudah lembut creamy sedappp. Hass avocado ni adalah satu variety avocado yang boleh dibeli di Jusco dekat rumah mak encik.

Tapi ada jugak variety yang takkan gelap walaupun sudah ripe. Kalau warna tak membantu, memang kena tekan sikit dengan jari lah jawabnya untuk rasa samada dia masih keras atau dah lembut.

Nah, klik SINI untuk info lanjut - cara pilih, cara simpan, cara potong, etc.

Selamat membeli avocado nox! : )

Tuesday, March 15, 2011

Saya ada kambing

Bukan yang ini;



Tapi yang macamni;



Masak apa sedap ya? Sesiapa ada cadangan baekk punya? 

Terima kasih. : )

Tuesday, May 4, 2010

Baru ni kan, I balik Penang, gi makan kenduri. Kenduri tahlil sebenarnya. Tapi kann.. Nak cerita nih. Menu dia punyalah sedap menusuk kalbu. Dah lama tak makan lauk2 macamtu. Ye la, mana nak cari? Mak takkan jamu lauk2 macamtu di rumah. Lauk2 yang dihidang adalah daging kicap, kari ayam, gulai nangka, jelatah timun nenas, ikan sepat masin, sambal belacan, ulam pucuk ubi, kangkung rebus & paku rawan rebus. Fuuhh, sedapnya mak ai. Tak terkata. Bau belacan melekat di tangan selama 24 jam. Hehehe..

Yang berikat macam lembing pendek tu la paku rawan

Semalam pulak I dapat makan manggis di rumah. Norma (pegawai pertanian) yang bawak balik. Not my favourite, tapi bila dah lama tak makan ni sedap la pulak. Btw, korang makan manggis telan dgn biji2nya sekali kah? I tak berapa boleh nak telan, tapi ada sorang kawan tu boleh je gigit2, kunyah & telan biji manggis. Katanya macam biji cempedak, lemak berkrim. Lain kali boleh try okeh. ; )

* Gambar adalah hasil carian Google

Thursday, March 18, 2010

Kisah masak2

Sejak jejak kaki ke Malaysia, saya cuma masak air, buat nasi goreng bodo (untuk Aiman) & buat Maggi goreng untuk diri sendiri (itupun main rendam, toskan, tabur & kacau saja). Nak tau sebabnya??

Sebabnya... Masa di rumah kat Penang, kami selalu makan di luar, atau makanan di luar balik ke rumah. Hehe..

Sekarang? Di rumah sewa Serdang pulak? Kenapa ko tak masak, pompuan?? Oooohai. Cakap pun tak guna. Tengok keadaan dapur, sinki & peti sejuk je, mati selera nak makan. Apatah lagi nak masak. Tapi saya tetap tak kurus2, sebab akhirnya pi makan di luar. ;D

Anyway,
back to the story of rumah sewa di Serdang ni (saya minta sesiapa sahaja yang mengenali rakan2 serumah saya, tolonglah jangan dedahkan story nih, apatah lagi alamat blog ni, tolonglah jangan kasiii......). Saya sebenarnya geli geleman nak pijak lantai dapur tu pun. Pernah sekali ada lipas tergolek dog (rasanya ada hamba Allah yang spray lipas tu dengan racun serangga) - tau apa? 4 hari lah lipas tu dok tergolek di situ tanpa ada sesiapa pun yang kisah. Rakan2 serumah saya boleh terus memasak siang malam, tak heran sikit pun okeh. Alah.. Lipas je kan. Kalau dinosaur tu lain cerita lah. Akhirnya? Saya yang tak memasak ni lah jugak yang sapukan lipas tu ke dalam penyodok, kemudian tuangkan ke dalam tong sampah. Oh, SENANG je rupanyaaa..

Hal lain, pasal tong sampah di dapur yang boleh ditimbun2 sampai jadi gunung raya. Ada 5 orang di rumah termasuk saya. Ada 3 yang aktif memasak. Tapi tak siapa pun yang kisah nak buangkan sampah. Yang selalu buangkan adalah seorang ni. Tapi baru2 ni, dia pun naik fed-up. Saya TAK MAHU kisah sebab saya tak buang sampah ke dalam tong sampah tersebut. Saya ada tong sampah sendiri okeh.

Al-kisahnya, semalam bila saya ke dapur untuk ambil gelas, saya perasan ada ulat2 (fly larvae) sedang melata keluar dari plastik sampah. Arghhhhhhhhhhh!! Kecemasan!! Saya terus tanyakan pada seorang rakan serumah yang tengah sedap menonton di ruang tamu "Kat sini, selalunya korang buang sampah di tong sampah besar yang mana ye?" Jawabnya: "tak payah ke tong sampah besar, buang saja di tong hitam besar di luar rumah kita ni" Saya tanya lagi "memang ada orang kutip ke? Takut busuk kat situ je nanti.." Katanya lagi: "don't worry, memang ada orang kutip tiap2 hari." Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...................... SENANG je rupanyaaa.. Ingatkan susah.. Maka hamba Allah yang ni jugaklah yang bungkuskan sampah tersebut dan hantar ke luar.

Itu belum termasuk hal2 penyemak fikiran seperti dapur berlengas, periuk belanga berkerak yang berendam, kepala pili di sinki yang hitam berlumut, cicak & semut yang sentiasa ada berdekatan tempat keringkan pinggan. Juga peti sejuk yang kalau kita ambik swab sample & streak di atas agar plate, sudah tentu paling2 kurang boleh dapat 20 colonies of bacteria pelbagai species. Geliiiiiiiiiiiiiiiii.....................................................

Haih. Itulah serba sedikit ceritanya. Ada lagi, tapi dah tak larat nak menaip. Kalau boleh, nak rekod suara je, senang. Hihihi...

Eh, entry tak bergambar macam tak berseri kan? Don't worry, gambar lipas tak sanggup di-upload nyah..

Monterey Chicken @ Chili's, MidValley

Molten Chocolate Cake @ Chili's, MidValley

Fried noodle @ Station 1 Cafe, Equine Park

Ayam golek @ Ayam Golek 5 Bintang, Pantai Dalam

Ok lah, have a nice weekend everyone! ; )