Showing posts with label Life in London. Show all posts
Showing posts with label Life in London. Show all posts

Saturday, June 22, 2013

Monday, May 27, 2013

Jalan-jalan cari pasal :P

Sabtu, 25 Mei 2013.

Maknya Alisya mengidam steak di restoran Tinseltown, Bayswater. Maka gigihla kami sekeluarga bersiap keluar dengan membawa Alisya yang berusia 43 hari. Masukkan dalam stroller, tolak ke stesen bas yang 15 minit letaknya dari rumah.

Dah mula menangis sepanjang jalan ke stesen bas. Ayahnya dukung sementara tunggu bas datang 
Tenang sebelum mula buat perangai dalam bas. Hehe
Suwey sangat bila bas tak sampai ke destinasi. Bas berhenti di stesen Marble Arch. Kami pun ambil kesempatan jalan-jalan sekitar Marble Arch  
Alisya apa peduli tempat cantik ke cuaca elok ke. Dia nak start enjin aje, nak mintak dukung!
Setelah mengharung onak duri, sampai jugak ke destinasi. Ni haa mak kau mengidam rib eye steak dengan piri-piri sauce tu nak. Kasi can laaa
Makan macam tak makan sepuluh hari. Hehehe ampunkan patik penunggu gua! Bukan senang nak pergi lagi oii. Ayahnya dah tobat nasuha ;P

Saturday, May 11, 2013

My first born

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, saya telahpun hampir sebulan selamat melahirkan Alisya.

EDD adalah pada 12 April 2013. Saya pulak dijadualkan untuk induction of labour pada 8.30 pagi 13 April kalau masih belum bersalin sebab consultant dah bimbang pasal perkembangan baby.

Mak, ayah & adik bongsu sampai di London pada petang 12 April. Mana tau malam tu jam 10.15 malam, air ketuban mula keluar. Ketika tu saya dan suami tengah bersiap-siap nak tidur awal sebab kononnya esok pagi dah nak ke hospital untuk induction.

Saya, suami & ayah terus ke Whittington hospital yang letaknya cuma 10 minit dari rumah. Nak dipendekkan cerita, jam 12 malam ayah terpaksa balik sebab cuma seorang saja yang dibenarkan teman di hospital. Saya dipasangkan IV port, fetal heart rate monitor & contraction monitor.

Mula-mula semuanya ok, sakit pun tak rasa. Jam 2.30 pagi, contraction dah menggila dan saya memang tak dapat tahan lagi. Sampai saat tu, masih belum dibuat vaginal examination untuk periksa bukaan cervix. Midwife tu yakin sangat bukaan belum cukup. Padahal saya dah separuh mati menggelupur atas katil. Bila saya dah terlalu teruk, baru dia periksa dan terkejut sebab dah 9cm bukaannya. Saya disuruh turun katil & naik wheelchair. Ditolak ke tingkat bawah pulak - labour suit.

Dalam labour suit sekali lagi rasa separuh mati. Nasib baik dioffer gas & air - yang saya sedut macam penagih dadah. Hahhaha.. Rasa di awang2an. Rasanya dalam jam 3.20 pagi saya diberitahu bukaan sudah 10cm - ""if you feel like doing no 2 (berak), just give it a go. Do what your body is telling you to do" kata midwife. Hah memang terasa baby turun ke bawah & bila contraction datang saya pun push. Push punya push tak berhasil pun. Midwife kata "push like you're constipated. With the biggest poo in your life". Push sehabis tenaga, takde progress.

Midwife kata lagi "the baby is not happy (referring to heart rate monitor reading), you must do better or the doctor will come & force baby out". Disebabkan takut kena episiotomy & forceps & what not, saya pun mula push dengan sekuat hati & sepanjang-panjang nafas. Haa kau. Gitu rupanya. Ingat push kuat macam dalam tv tu. Rupanya kena push nak mampus punya KUAT macam nak habis kudrat & nafas.

Kalau nak story penuh detail, memang panjang la lagi. Nak dipendekkan cerita jam 3.57 pagi 13 April 2013, lahirlah seorang bayi perempuan dengan berat 2.726kg, panjang 48cm. Alhamdulillah dia sempurna & sihat. Labour pun progress dengan begitu cepat sampai doktor & midwife yang daftarkan check-in saya terkejut. Katanya terlalu cepat, terutama untuk 1st born. Syukur sangat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan :)

12 jam selepas dilahirkan
Seminggu usianya
2 minggu. Senyum dalam tidur :)
3 minggu - sudah botak
Terkini. Sangat bambam! Berat pada hari ke-20 adalah 3.415 kg. Hari ini sudah 28 hari. Entah berapa lah beratnya sekarang..
p/s: Kalau nak tengok video Alisya, silalah cari keek profile maknya, keek id: ayu898

Saturday, March 2, 2013

Past 2 months in pictures

Pregnancy & baby updates;

Dear baby at 28wk 5d on 23 January 2013. She's growing well, alhamdulillah :)
New friend for baby. Mommy found her at John Lewis & just couldn't let go :P
Mommy's belly at 32wk 3d on 18 February 2013
Baby's 1st perfume. Sorry, mommy's the one over excited here
23 February 2013 (33wk 1d) - mommy, daddy & baby enjoyed scrumptious lunch menu at Pak Awie :D
Pregnancy, birth & parenting books - mommy has finished reading all!

Thursday, January 24, 2013

January snow

Akhirnya London bersalji jua :)

Seperti biasa, tak lebat & tak tahan lama. Sebab tu bila salji turun semua umat jadi teruja semacam. Hehe..

Kejadian pertama berlaku pada 14 Januari, lepas tu 18 Januari, terakhir turun pada 20 Januari. Sekarang dah mencair dan tak ada tanda-tanda salji akan turun lagi dalam masa terdekat.

Gambar-gambar yang sempat diambil keliling rumah;







Wednesday, January 16, 2013

Cari ketam

.. di Rasa Sayang, Chinatown

Pie tee sebagai starter. Taklah sedap sangat pie tie ni, auntie kantin sekolah dulu buat lagi sedap
Yang ditunggu-tunggu.. Singapore chili crab!
My husband had the winter promo menu - teh tarik, king tiger prawn char koay teow & cendol
Konon nasik putih & ketam mak buyung sorang lah yang punya
Surprise!! Bila sampai di meja, ketamnya lagi besar dari muka saya. Hahaha.. Mampuss
Dah mengah tersandar, dear husband tolonglah tolong. Tak laratt
Ini lah rupa orang mengah. Nak bangun pun rasa berat
Mintak waiter bungkuskan ketam yang tak habis. Cendol pulak sampai. Masa ni masing-masing dah tak excited tengok cendol sebab perut dah meraung penuh

Ok, sampai tahun depan kot rasanya takkan teringin nak makan ketam lagi. Kot lah. Hehehe :P

Tuesday, January 15, 2013

Since 2002

Bila kawan-kawan sejak zaman berhingus sama-sama di UPM (Doctor of Veterinary Medicine 2002-2007) berjumpa di London, meriah kau! Perjumpaan orang Malaysia wajiblah bertemankan makanan dan aktiviti makan-makan. Sebenarnya kami berjumpa dua kali, gambar-gambar ni masa perjumpaan kedua di Tukdin Flavours of Malaysia (9/1/2013). Kali pertama penyertaan lebih meriah, di Satay House, Paddington (7/1/2013). Sayangnya masa perjumpaan pertama tu kita tak bawak kamera lah pulak, pencahayaan di Satay House pulak macam dalam gua. Sedih..

Che Dah & Faris Rayyan. Che Dah ni sama-sama buat masters dengan Ayu di Utrecht dulu. Masa degree pun kami roommates. She's one of my close friends. Kalau sesiapa yang dah lama baca blog ni, kenal lah Che Dah. Anaknya dah umur setahun lebih dan sangat cerdik
Sekarang Che Dah sambung program phd di University of Edinburgh, dia mula awal beberapa bulan dari Ayu. Tak ada rezeki nak ber-phd di university yang sama kali ni. Kalau tak, mesti lagi meriah :)
Fazlan (suami Che Dah) & Hj Ihsan. Hj Ihsan ni course mate DVM jugak. Dia baru mulakan program phd di Imperial College pada November tahun lepas. Bertambah koleksi kawan-kawan rapatku di kota London. Hik hik sukaaa
Starters malam tu - satay goreng & keropok udang. Makan sambil borak-borak, tunggu my husband datang join. Dia habis kerja jam 8.45 malam dan boleh jalan kaki (7 minit) je ke Tukdin
Kami semua sepakat nak makan nasi dengan lauk-pauk. Order punya order dah penuh semeja. Ikan siakap rasa khas, ayam masak merah, daging salai masak lemak cili api, sambal udang tomato, telur dadar & pasembur. Tu diaa masing-masing punya selera. My husband sampai just in time sebelum starters dibawak lari waitress. Hehe..
Sayangnya malam tu nasi putih untuk 5 orang dibagi dalam mangkuk kecik ni, portion memang tak cukup. Kena mintak tambah & waitress tanya "nak nasik tambah untuk berapa orang lagi?" I was quite surprised sebab selalunya kalau kami laki bini order nasik putih, nasik yang diletak dalam pinggan kami memang cukup. Tak sangka pulak bila dibagi dalam mangkuk ni portionnya kedekut. Walau apa pun, makanan di Tukdin sangat sedap. Satay House punya makanan tak sedap. Satay yang sepatutnya jadi specialty Satay House pun tak boleh lawan satay goreng Tukdin.
Gambar selepas makan. Meja pun dah dikemas bersih. Muka masing-masing macam orang sembelit sebab banyak sangat meratah lauk-pauk. Hehe
Nak balik dah. Masing-masing menuju ke stesen bas Lancaster Gate. Jalan laju sebab sejuk. 
Tak balik tangan kosong. Che Dah & suami hadiahkan macam-macam untuk baby. Kata dorang, takut tak dapat datang jenguk lepas bersalin nanti. Alahai terima kasih banyak-banyak, terharuu... :)

Saturday, January 12, 2013

A date

Bila sihat, panjanglah langkah. Ini kejadian pada 5 Januari lepas.

26 minggu, bersemangat nak keluar jalan-jalan setelah berhari-hari memerap dalam rumah
Tempat dituju: The Lounge at Odeon Whiteleys, Bayswater. Tempat terbaik untuk menonton wayang. Kerusi boleh baring, makanan boleh order. Tapi tak boleh selalu :P (botak laki aku). Ini gambar fried squid with rocket salad & English breakfast tea
Tengok The Hobbit in 3D. Sebenarnya laki bini prefer tengok 2D sebab masing-masing berkaca mata. Tapi apa nak buat, 3D je yang kena dengan jadual, hentam sajalah.. Alkisahnya, ini kali kedua tengok The Hobbit. Kali pertama, tengok di Odeon dekat rumah saja. Tapi tak sampai 30 minit filem mula, kami keluar & balik rumah terus. Bini dia mabuk & muntah-muntah sebab masa tu dapat seat yang sangat dekat dengan skrin. Hehe.. Kali kedua ni langsung tak pening. Tqvm dear husband! :)