Astagfirullahalazim..
Sejak akhir2 ni banyak sangat kejadian malang berlaku, tapi dah tentu kena terima dengan redha, semuanya ketentuan Allah.. Kena ambil iktibar & perbetulkan kesilapan diri.
Berita tak best yang pertama adalah pasal kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 16 orang di rumah anak yatim Hulu Langat. Sedih memang sedih, tapi bila pikir2 balik, Allah SWT ambil budak2 baik yang tak banyak dosa masa mereka masih muda, terpeliharalah mereka daripada dosa2 mendatang. Jadi nasib mereka baik ke atau sebaliknya? Cer pikir cer pikir. Apa2 pun, al-Fatihah untuk mereka.
Malam Sabtu pulak, diri sendiri terbabas terpusing terhentam di highway. Mujur sangat2 takde kenderaan lain masa tu, jadi diri sendiri dan orang lain tak cedera apa2 tapi keretanya memang cedera.
Pengajarannya? Bila hujan jangan bawak laju. Insaf akak. Alhamdulillah dipanjangkan usia, kasi peluang bertaubat. Dan harini settle sudah hantar kereta ke workshop. Lagi 2-3 hari siap la, kata mekanik.
Malam ni semangat masak untuk dinner sebab balik rumah awal. Selalunya liat ya amatt.
Tunggu si suami tak balik2. Tiba2 dia called.
"eby.. ya Allah.. crane patah.." Suara tenang tapi I could sense something is not right.
"Habis tu b ok tak?"
"Ejad ok tapi ada 2 orang jatuh ke bawah. Sorang memang meninggal rasanya, sorang lagi tak sure. Tengah angkat ke atas"
Husband's latest project adalah membina sebuah rumah di lereng bukit, Bukit Tunku. Benda2 macamni memang selalu saya terpikir, dan doa mintak Allah selamatkan suami saya. Tapi tak sangka betul2 terjadi. Sedih bila dia beritahu yang akhirnya ada 2 orang meninggal dalam kejadian tadi.
Harap2nya orang2 yang suka nak bina rumah banglo tujuh tingkat di lereng bukit & kerah tenaga pekerja2nya untuk bekerja dalam situasi bahaya macamtu akan pikir 1000 kali samada nak teruskan bina rumah di tempat bahaya macamtu atau tak. Belum sempat ko anak beranak gol dalam bencana cerun bukit runtuh, nyawa lain yang melayang dulu.
Fikirlahh wahai manusia.
p/s: Read The Star report here.
Showing posts with label Daily Activities. Show all posts

Monday, May 23, 2011
Wednesday, December 15, 2010
Jalan-jalan malam
Pada suatu hari, En. Izzad ajak isterinya ke Downtown Cheras selepas dinner. Apalah nasib, terlupa pulak yang jualan cuma akan bermula jam 10 malam, mereka tersampai awal. Tidak berputus asa, En. Izzad mengubah haluan ke Danau Kota. En. Izzad berhasrat mencari pouch bag untuk kegunaan kerja, sementelah tali pouch bag yang dibelinya dulu baru saja putus.
Sesampainya di bazar malam Danau Kota, En. Izzad pun mencari ruang untuk meletak kereta. Isteri di sebelah dah terlelap tidur. Dengan lemah-lembut dia kejutkan isterinya bangun. "Larat tak? Kalau tak larat kita balik saja". Baik sungguh hati En. Izzad. Tapi si isteri lagi baikk.. Dalam mamai-mamai, isterinya tetap keluar kereta untuk menemankan lakinya shopping. Mithali habis lah kira.
Baru jalan 10 langkah, si isteri tersasar haluan ke kanan sebab terpanggil dek kilauan kerongsang. Oh.. En. Izzad redha saja tolong pilihkan walaupun pilihan En. Izzad selalu di-reject secara berhemah. Isterinya memang cerewet & indicisive. Tambahan pula, si isteri sedikit culture shock melihat harga kerongsang yang jauh lebih murah berbanding harga kerongsang di gedung membeli-belah, tempat kebiasaan si isteri membeli barang. Jakun sungguh..
Pilih punya pilih, dapatlah dia 6 biji kerongsang yang berharga cuma RM10.
Bukan kepalang suka hatinya, sampai terlupa terus akan dirinya yang mengantuk. Sungguh ajaib perasaan gembira yang terhasil daripada perlakuan membeli-belah, bukan?
En. Izzad juga telah berjaya mendapatkan pouch bag mengikut kehendak hatinya. Lama juga dia membelek-belek di setiap booth yang menjual beg. Akhirnya dapat sebiji, dengan harga cuma RM15 (yang kita belum tahu jangka hayatnya sampai bila).
(Gambar pouch bag tiada, "tak kuasa nak ambik" kata si isteri)
Begitulah kisah jalan-jalan malam di Bazar Malam Danau Kota. Silalah pergi, macam-macam ada.. Kata isteri En. Izzad yang kejakunan.

Thursday, December 2, 2010
Ada apa di MAHA?
Ada pameran pemenang pertandingan terrarium antara sekolah-sekolah:
Ada jualan daging kambing Boer (diskaun 30%), jualan hasil laut, pokok-pokok, produk makanan, baju, tudung, segala macam barang yang boleh dibeli lah pendek kata. Pameran & sesi demonstrasi pun banyak, pelbagai jenis.
Tapi ingattt... Kalau tak bersedia fizikal & mental, jangan pergi. Cari nahas.
Parking jauh, jalan pun jauh. Cuaca panas terik waktu ketibaan. Dan akhirnya sewaktu sedang berjalan ke kereta, lebih kurang 1/2 km lagi nak sampai, hujan turun selebat-lebatnya. Padan muka. Serdang sekarang selalu hujan pukul 2 pm ke atas. Sediakan payung awal-awal.
Gambar-gambar di atas memang setakat boleh saja sebab diambil menggunakan telefon tangan. Harap maklum.
Ada pameran orkid:

Wednesday, July 28, 2010
Semalam
Semalam saya puasa lagi. Maraton ganti menggganti memang rancak bila kesuntukan masa. Biasa la tuu..
Puasa2 pun saya masak la jugak untuk berbuka puasa/makan malam. Semalam Ejad ada permainan futsal di Segambut (sudah. Segambut ke Selayang ke Sekinchan haa?), jadi perlu makan cepat2 sebelum bersiap sedia ke sana. Masak yang cepat2 saja.
Sambal tumis & air asam tu adalah baki makan malam hari Ahad. Takdelah hebat sangat saya nak menggodek dapur siapkan kesemua 4 hidangan dalam masa terhad. Nak mamposs?
Lepas siap makan, rehat2 dan isya', kami pun bergerak ke destinasi permainan futsal. Sebenarnya saya agak liat nak ikut, takut2 jadi patung cendana di tepi gelanggang, tapi apakan daya. Kerana kasih daku turutkan. *terbatuk*

Heiii... Pandang dari belakang jaring ni buat mata berpinar dan kepala pusing
Permainan berlangsung selama 1 jam (sahaja. Pheww). Pemain atas gelanggang berpeluh2. Saya pun berpeluh2 jugak berdoa tolongla cepat habis tolongla cepat habis. ;p
Sesudah itu, kami pun bergerak pulang. Tiba2 Ejad tanya, "nak lepak mana2 tak?". Jawapan biasa (lagi memenyampahkan) saya, "ikut eby la nak lepak mana". Tapi bila jawab gitu, suasana jadi diam maka akhirnya saya kata "jomlah kita gi Sany Char Koey Teow di Titiwangsa yang kita nampak haritu". Dengan wajah yang bercahaya Ejad menjawab, "Jom!" ;D
Rupa Char Koey Teow (CKT) Biasa
Yang CKT special tu kami tak tanya macamana rupanya. Harganya pun saya tak tahu. Sebenarnya, harga makanan di situ ada terpampang sekeliling kedai tapi saya rabunnnn. Yang pasti, jumlah harga untuk 2 pinggan CKT biasa, teh ais & jus oren adalah RM 11.50. Sedap ke tidak? Sedappp... 4 bintang! Lagi satu bintang hilang sebab saya lebih suka CKT yang anjal2 koey teownya. Yang ini koey teownya lembik.
Punah hasil usaha mengejar bola 1 jam bila anda makan CKT sepinggan pada jam 11.20 malam okehhhh. Saya takpe, sebab saya puasa lagi esoknya. Hihihi.. ;p
Gambar terakhir ni Ejad yang ambil. Bila dia ambil kamera dan tolakkan pinggan dan gelasnya ke arah saya, saya pun mula la betul2kan baju (dan tarik nafasss). Dia kira "1.... 2...." dan saya pun senyum semanis-manisnya. Mana tahu kalau nasib baik bolehlah dibuat profile picture di Facebook, apatah lagi semalam saya pakai baju baruuu.
Alih2, dia tunjuk. "Eby, gambar macamni ok tak?" Sila tengok gambar di atas. Sekelumit bulu hidungku pun tak nampak ok. Ebyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!! <------ menjerit dalam hati saja. Dengan penuh sayu saya pun terus makan dan makan. Sampai habis.
THE END
Monday, September 14, 2009
Hari bermalas-malasan
Hari ahad. Hari ini saya telah...
- Bangun lewat
- Layan farmville di facebook
- Organized closet - keluarkan semua autumn & winter jackets, sorted out yang sudah longgar, put aside. Yang tercabut butang ke, dijahit. Hajat di hati nak cepat2 jual jaket2 yang sudah longgar itu..
- Organized baju raya - yang besar disimpan dalam luggage, yang saiz ok2, digantung di hanger. Juga kerja2 alteration cangkuk kain baju raya telah dilakukan.
- Skype dengan family - macam2 cerita keluar. Highlight of my day. ;D
- Tunggu chenta hati balik berbuka puasa, nak borak2 bercerita di hari Ahad. Sesudah dia pulang & sms, baru sedar kreditku sudah tiada. 0 sen. Nehiiiii!!!!!!!!!!!! Daku stresssssss.........
- Sudahnya........... Terlalu cantik untuk diceritakan. Hehe..
- Malam - makan nasik dengan gulai ikan masin, sayur campur & papadom. Lepas tu mulalah browse internet & ubah susun atur ladang di facebook lagi.
Thursday, May 21, 2009
Sukaneka
Tah pasal apa petang tadi jabatan haiwan, sains & masyarakat (my department) buat sukaneka. Depa kata "games". Ingatkan berlawan2 lah, rupanya tak pun, suka2 je, bukan pertandingan. Hahaha.. Kelakar pulak. Tapi takpe jugak, sebab ada snek & air free. Yang sadisnya bila mereka mula hidupkan api bbq & keluarkan sosej besar, mak aii.. Yang empunya diri cuma tengok sajalah..
Cabaran pertama: Bawak basikal ni mengelilingi bola & kon. Kelakarnya, orang2 Belanda tak boleh buat dengan jayanya walaupun depa kayuh basikal hari2. I pulak yang maju jaya dalam acara ini. ;D
Tengah gelakkan pakcik Theo yang terbabas2 naik basikal tadi
Itulah satu2nya course mate saya, Marchy
Marchy & Robert bermain badminton sambil yang lain menonton. Janneke pulak tengah sumbat chips dalam mulut dengan bersungguh2.
Giliran Ayu & Hetty pulak ok..
Adik2 keluar bermain bila cuaca bagus macam hari ini
Dengan Hetty & Janneke. Masa ni tengah kepanasan. Pakai baju tebal sebab pagi tadi suhu 11'C. Alih2 masa ni naik ke 20'C pulak.
Aksi menarik Marchy & Robert
Sedikit sewel
Bukan tiub basikal. Itulah Dutch liquorice drop. ; )
Wednesday, May 20, 2009
Rats, Dinner & I
Today I went to the office at 10.30am and did behavioral observation of rats in home cage (on video). Actually, I did the scoring with Marchy, as we helped each other to type the scores, when one of us had eyes fixed on the tv screen. This is too complicated. My fingers are not well trained to hit the right alphabet on the keyboard without looking at it. I hope this is not considered cheating, as our scores will be used for a colleague's phd project data. Hah. Aku dah kata aku takdak pengalaman, ko suruh jugak apehal.. Moga2 result research ko adalah reproducible. Aminnnn...
Other progress? Hmmphh.. Macam kekure. Yang penting, bila tengok agenda (organizer), baru sedar lagi 2 minggu dah nak masuk bulan Jun. My parents & Aiman will arrive in London on June 1st, and I will meet them there. So, minggu pertama bulan Jun dah ala2 gone. 2nd week of June, we will leave for Paris. Gone case lagi sekali. Sekarang kena tampar diri kuat2, dengan harapan tolonglah buat kerja dengan advance sekarang to make up for the coming weeks off. Adoila. Will power nak buat kerja belum ada. Marilah mariii...
Yang penting, hari2 i will get excited when it comes to dinner time. Boleh separuh hari pikir nak makan apa. Makin kronik & severe penyakit nih. As for tonight, cadangan menunya adalah creamy spaghetti with grilled chicken, atau nasi+ayam masak kicap+sayur campur. I asked Mr Fiance to help, by sms voting. Hahaha.. Jawapannya - "I wan my feveret. Spageti". Okay dear, it will be spaghetti then. Akan tetapi, spaghetti tinggal beberapa urat saja rupanya, i was not aware of that. So, i used tricolor spiral pasta instead. Nah, i dedicate gambar ni untuk eby.. ; ) Untuk eby berangan2 macamana rasanya dalam mulut sekarang. Hehee..

Seterusnya, mission malam ini adalah untuk buatkan London itinerary yang baru siap separuh jalan tu. Adoii.. Susah jugak rupanya buat kerja2 planning ni, bila kita tak pernah tau pun tempat tu macam mana. My dad insists on having a well planned itinerary, sebab tak nak bazirkan masa & he wants to make sure we will visit tempat2 yang patut dilawati, sebanyak2 tempat yang boleh lah. Ok ayah, sabar ok. Tengah diusahakan. Maaf di atas kelewatan. Hehe..
On another note, harini i telah menggangu hidup Mr Fiance dengan men-demand tentang sesuatu (bukan material), but the way he responded was so great, I think I'm falling in love again with this man.. ;> Tu je la, sebelum keluar ayat2 power yang lain, baik i stop di sini saja okes. Hee.. ;D

Sunday, May 10, 2009
My Saturday
Harini lepak2 di rumah saja, siangnya malas2, baked kek gula hangus lagi untuk dibawa ke potluck di Nirmala's place. Pukul 2.30 petang, telah ber-live conference (through Skype) dengan family di Penang, my daddy held a mother's day celebration for my mum, grandma & Mak Su. Even my cousin, Alin was there. Aduh.. Tensionnya tengok depa makan macam2, kek mother's day tu nampak sedap gilaaa..

Meja berlapik newspaper sebab durian pun naik atas meja. Hehe.. Gambar adalah dari Skype snapshot, so a bit unclear lah.. Habis je ber-skype, terus late lunch dengan garlic chicken spaghetti masakan Che Dah & my apple raisin salad. Lepas tu kitorang start buat cucur bilis pulak nak bawak ke potluck session kat rumah Nirmala. Sebelum nak kutuk2 cucur bilis tu, baik i bagitau, cucur bilis tu laku gila tau, sampai si Laura warga Perancis yang mengaku tak makan anchovies pun suka. Heheheee...

Ni lah makanan potluck rumah Nirmala - dia masak kari ayam, stir fried veges with chicken & udang masak apa ntah. Very unexpected. Terkejut jugak. Hehe.. Tp semuanya bestttt... Kalau tak datang memang rugi lah. ;p

Nia pulak buat gado2, with instant kuah pecal yang dibelinya di Toko Tjiau Jiang. Tapi memang sedap la kuah tu, rasa daun limau purut segala, memang kellas, macam home made sangat2. Tertipu okess.. Siap kakak dari South Africa tu mintak resipi lagi. Terkial2 Nia bagitau, "peanuts, tamarind juice, palm sugar, chilli, kaffir lime leave, etc.". Hehehe..

Lepas kenyang makan2, kami bersiar2 di Wilhelmina Park - tengok itik, ulat beluncas, etc. etc..

Lepas tu blk pulak ke rumah Nirmala, sambung makan lagi. Kali ni, desserts - kawan Nirmala, Shankini bawak choc brownies with walnuts, memang besttt... Si Rose pulak bawak Indonesian pandan layer cake, pun sedap.. Lepas tu melepak di bilik TV sambil main pool. Ni memang syok! Gambar tengah beraksi - tiada, sebab takde sapa yang nak snap, semua tengah kusyuk tenung bola masa tu. Hehe.. Seperti biasalah, Che Dah & I menang!!! Menang tanpa menjaringkan sebijik bola pon, menang sebab team lawan kitorang terjaring black 8 (walaupun diorang lead dengan hebatnya sebelum tu). Hahahahah... Bengong2.. ;D
Pada jam 11 malam, kami pun sampai di rumah semula. Ahhhhh.. Memang best harini.. ;D

Labels:
Daily Activities,
Friends,
Home cooked,
Special Occasions
Sunday, May 3, 2009
Aktiviti Hari Sabtu
Hari ini, pagi2 lagi dah bersiap2 ke Utrecht Centraal, sebab sudah janji nak menonton X-Men Origins Wolverine bersama2 Che Dah, Mok, Gaya & Lau. Jam 9.50 pagi lagi sudah sampai ke Pathe Rembrandt Utrecht & terus beli tiket. Rupa2nya, show pagi murah je, 5 euro berbanding harga biasa 8.60 euro. Disebabkan show pukul 10.10 pagi, maka Che Dah & i sempat ke McDonald's & beli McFlurry Cornetto Chocolate. Keluar dari McDonald's terus terserempak dengan Mok, Gaya & Lau yang baru sampai.
Dalam panggung tu memang tak ramai, panggung besar jugak, tapi cuma ada 5 orang lain selain kami. Maksudnya, cuma 10 orang saja yang tengok cerita tu pagi tadi. Hahaha.. Best2.. Cerita ni memang best, i kasi 4 stars. Tapi faham2 sajalah cinema kat Holland ni, suka buat spoil, tengah2 scene klimaks tu, tetiba skrin gelap dan keluar perkataan "PAUSE". 20 minit pulak tu, tak sabar tunggu!! Tapi memang syok habis lah, rasanya akan ada sequel sebab cerita ni macam permulaan kepada cerita je. Ala2 tak puas tengok pun ada jugak.. Hehe..
Seperti biasa, gambar harus ada. Lau sebenarnya buat choc muffin yang sangat sedap, sampai habis dimakan sebelum sempat ambil gambar. Gaya pulak bawak Dutch apple cake. Tu pun sedappp... Tengoklah betapa lengangnya dalam panggung ni..

Lepas dah habis cerita ni, kami (kecuali Gaya) ke IKEA pulak. Saja gatal2, tapi sebenarnya i ada mission mau cari bantal2 lagi untuk family yang akan datang melawat pada Jun nanti. Yang kelakarnya, masa dalam bas ke IKEA, Mok dah sound, "korang, sampai nanti kita lunch terus ye, pakcik lapar ni", padahal dalam cinema tadi dia dah bantai 2 muffin Lau & apple cake Gaya. Hehehehe.. So, kitorang terus ke cafe IKEA dulu & pilih makanan. Perasaan memang hampa sebab menu best2 semua tak boleh dimakan. Last2 makan salmon la jugak.. Hehehe..

Apa yang dirembat di IKEA tadi? Bantal 2, sarung bantal 2, scented candle 1 & photo frame 1. Itu saja. Tengah mode berjimat cermat, kalau tidak, boleh jadi papa kedana. Next batch of scholarsip money akan masuk by the end of Jun, huwaaa.. Lambat lagi..

Subscribe to:
Posts (Atom)