Showing posts with label Special Occasions. Show all posts
Showing posts with label Special Occasions. Show all posts

Wednesday, September 18, 2013

Fuh, bersawang!

Ya Allah ya Rahman...

Tak sangka last post dulu bulan Jun. Hehehe. Mintak maafla sangat sibuk & letih sokmo, terabai blog ni.

Kadang2 rasa tak perlu ada & nak padam saja, tapi sayang pulak sebeb banyak kenangan dalam ni.

Berita terkini? Alisya sudah pun berusia 5 bulan. Bulan Oktober nanti genapla 2 tahun ber-phd di London. Kami baru pindah rumah baru hujung minggu lepas. Minggu terakhir puasa & raya baru ni kami balik Malaysia - hampir sebulan! :)

Raya pertama di Serdang bersama keluarga mentua
Majlis aqiqah & berendoi Alisya, 12.8.2013 

Lena
Bharat Tea Plantation, Cameron Highland, 21.8.2013
Sambut birthday Mak di Glory 78, Cameron Highland
Alisya, 8.9.2013
My birthday dinner di Banana Tree Canteen, Bayswater, 8.9.2013
Gambar2 ketika di Malaysia banyak sangat, tak larat upload. Kalau ada kerajinan insyaAllah akan dikongsikan kemudian.

Btw, kalau rindu carilah di Instagram & Keek (ayu898) :)

Thursday, June 13, 2013

3rd anniversary! :)

5 Jun 2013. Genap 3 tahun pernikahan kami. Hadiah paling berharga? Tentunya dari yang Maha Esa, seorang anak penghibur hati. Alhamdulillah syukur ya Allah..

:)
:P

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha

Rasanya 3-4 tahun yang lalu, Aidiladha tidaklah disambut seperti Aidilfitri - dengan ketupat rendang dan seangkatannya. Paling2 pun ke masjid solat sunat Aidiladha & tengok korban lembu, kemudian daging dan segala bahagian lembu diagih2. Balik rumah barulah mak2 mula memasak sup tulang lah, gulai daging lah. 

Bezanya juga tahun ni, yang beriya menempah baju raya Aidiladha pun ramai. Tapi memang bertambah meriah & seronoklah sebab sekarang boleh makan ketupat rendang 2 kali setahun.


Menu sehari sebelum Aidiladha. Teringin punya pasal. Nasi tomato, ayam masak merah, dalca & acar buah
Selamat menyambut Aidiladha (dan sekarang ada jugak yang tambah ayat ni - maaf zahir batin) :) Heheee

Wednesday, October 10, 2012

Another celebration

Dear husband turned 29 on October 5th recently.

On his birthday we failed to arrange any kind of celebration. Blame that on the wife :P

Hari esoknya, 6 Oktober barulah keluar ke Oxford Street untuk jalan2 sambil cari hadiah untuk DH. He said tak payah susah2 beli hadiah, but I know, siapa tak suka birthday gift kan? Setahun sekali, to show our love & appreciation apa salahnya?

Akhirnya mendapat. A jacket at Ferrari store & sehelai Barcelona FC jersey :)


Pusing2 cari hadiah & pit stop minum kopi membuatkan separuh hari habis. Maka kami pun balik rumah. 


Esoknya keluar lagi. 7 Oktober 2012 - DH's birthday lunch at Tinseltown, Bayswater. I must say our food were so damn good, terbayang2 sedapnya sampai harini :D
He had chicken-zilla with fiery piri-piri sauce
I had rib-eye steak with the same piri-piri sauce too


2 hari lepas birthday lunch, barulah si bini nak belikan kad & kek. Sekarang manjang tak larat dan takde mood nak ke kedai seorang diri. Harini kebetulan DH kerja petang, jadi tengah harinya sempat la keluar sama. Beli kad & birthday kek depan birthday boy, paling best, birthday boy bayar dulu sebab bini dia ada tabiat tak suka bawak wallet kalau gi shopping2 dekat rumah :P Malas nak bawak handbag kekdahnya. Hehe..


Happy birthday sayang!

Birthday celebration kalini memang tunggang-langgang, tapi yang paling penting tuan yang diraikan happy. Semoga panjang usia, murah rezeki, dukurniakan kesihatan yang baik, bahagia bersama2 keluarga & sejahtera dunia & akhirat :)

Tuesday, September 25, 2012

Kisah 8 September 2012

8 September 2012 - my 29th birthday. Alhamdulillah, terima kasih Allah, terima kasih Mak & Ayah.

2 hari sebelum birthday lagi dear husband dah surprisekan dengan sekeping kad ucapan dalam laci. Malangnya si bini tak bukak laci sepanjang hari, sehinggalah ditanya baru jenguk dalam laci. Laki cek memang macam tu, dia tak sabar. Hehehe.. Padahal bukanlah nak ke mana-mana pun sampai kena kasi kad awal 2 hari.


Pada hari kejadian, dear husband bawak ke Bicester Village, rupa2nya dia nak suruh kita pilih sendiri birthday gift. 


Baiklah, terima kasih. Ingat dah takmau tambah, sebab yang dalam gobok pun malas nak rotate. Tapi dah orang nak bagi kan.. :P

Pilih yang ni sebab memenuhi keperluan sebagai beg sekolah & beg serbaguna - saiz besar, material ringan, kalis air, harga tak mahal sangat.
A card from the girls in Hawkshead campus. Should I worry that people are starting to associate myself with mice?
Dari Noelia, minggu lepas baru dia kasi. Sebab sebelum tu dia sibuk bercuti di Asia Tenggara. See? She has chosen a birthday card with a MOUSE on the cover. Aduhai.
Thank you to all, yang hantar ucapan dan doakan yang baik-baik sempena hari lahir terakhir sebagai warga 20-an. Tahun depan naik pangkat.

Oh, tak habis lagi. Sabtu lepas suami hadiahkan menda alah di bawah pulak, katanya "it's still your birthday month". Ohh, terima kasih... :)


Terharu. Tsk tsk :')

Saturday, May 12, 2012

Friday, April 20, 2012

Orang bertunang kita tengok sajalah

15 April 2012, hari Ahad lepas, adalah majlis pertunangan Hisyam (adik Ayu) dengan pilihan hatinya. Dah dok jauh ni, nak beli tiket, fulus pulak makin sikit. Jadinya kita tunggu dengan penuh kesabaran. Tunggu Hisyam, Mak & Maksu upload gambar-gambar di Facebook. Dalam hati memang rasa terkilan tak dapat kepoh sama2 buat hantaran dan hadir di majlis tu.

Rombongan meminang dah sampai
Jamuan tengah hari sebelum majlis bermula
Keadaan dalam rumah sewaktu perbincangan. Ramainya adik-beradik kedua-dua belah pihak
Apa punya gaya berbincang lah ni.. Sampai keluar macam2 jurus. Hehehehe
Bakal mak mentua sarung cincin
Acara wajib majlis pertunangan di Pulau Pinang - suap gula
Selamatt satu bab. Tahniah Hisyam & Ifa! Selamat mengumpul fulus & membaiki diri sebelum bertukar title. Kakak doakan selalu.. :)
Bersama ibu bapa & Adik (ada lagi adik2 yang lain)
Hantaran kedua-dua belah pihak
Salah satu hantaran untuk pihak perempuan
Satu persoalanku yang belum terjawab, bila tarikh nak menikahnya? Tanya banyak kali dah. Takdak sapa pun nak habaq kat cek. Tak balik nanti baru tau... Hehe..

Sunday, March 18, 2012

Sempena hari berbahagia

... iaitu hari ibu sedunia di UK, maka hari ini Mohamad Izzad dengan berbesar hati sanggup berposing luar pintu (nak pergi kerja pagi2 Ahad) untuk mengucapkan selamat hari ibu buat mak & mak. Dengan ucapan semoga sentiasa sihat & berbahagia selalu :D

Muka tuuu... Macam tak ikhlas aje

Haa. Macam ni la baru sedap mata memandang. Hihi

Lepas bergambar, terus "Ok byee!! See you petang ni!!" sambil laju berlalu pergi.

Jawab si isteri, "Ok bye, assalamualaikum". Tutup pintu, kunci.

Terus ke dapur, teringin nak makan pancake for breakfast.

Tak sampai 10 saat  kemudian, nampak kelibat berlari luar tingkap dapur dan "kringgg!!" door bell berbunyi.

Kelam-kabut bukak pintu & Mohamad Izzad meluru masuk.

"Kenapa?"

"Sakit perut"


T______T

Thursday, February 2, 2012

A special day!

Today is my beloved ayah's 53rd birthday!

June 2009. Till today my ayah still looks so young and handsome! :)

To my dear ayah,

I thank Allah for giving me such a wonderful father. All your love, hard work, kindness and generosity, I can never repay. But I will always pray for your health, success and happiness, in this world and hereafter. Amiin..

p/s: I love you very, very much ayah! :)

Sunday, June 5, 2011

1st Anniversary

To my dearest husband,

yang tak habis2 cakap "nanti Ejad kaya, Ejad belanje eby gi London" setiap kali melewati London Weit Menejemen  (sokmo berniat nak hantar bini kuruskan badan. Patut bersyukur ke patut menangis?)

I LOVE YOU VERY MUCH!!!! : ) Happy 1st anniversary & may Allah S.W.T. bless our marriage till the end.

Amiin..


Oh wait. Dok cari gambar nikah yang suami nampak handsome & isteri nampak jelites, nak tempek sini. Awat susah benar nih?


Jap jappp.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

: )

Friday, June 3, 2011

New year retreat

Alamak. Dah setengah tahun berlalu, baru ada mood nak cerita pasal ni. ;p

1 & 2 Januari yang lalu, saya & kawan-kawan telah bercuti di Homestay Kuala Sungai Baru, Melaka. Percutian singkat sepanjang 2 hari tu rasanya cukup seronok & santai, lebih-lebih lagi bersama kawan-kawan yang bukan senang nak berkumpul sama.

Nah, gambar-gambarnya;

Homestay ni letaknya betul-betul dekat dengan pantai
Keluar pagar, nampak pemandangan ni
Pinjam anak orang jap, nak berangan ;p
Comel kannn??
Suasana di perkarangan homestay
Kepada kaki pancing macam bapak si kembar ni, datang sini memang syok
Yang bukan kaki pancing, boleh stroll along the beach & see God's creations
Obor-obor yang cantik
Bila dah malas nak gerak, perut dah kenyang, mata dah kuyu, boleh baring/meniarap atas pangkin
Lauk-pauk hidangan tengah hari yang dijamu Auntie Roslina
Ulam-ulaman petik saja di sekeliling. Fresh to the max!
Suasana di meja makan. Makan luar ditiup bayu laut, memang bertambah-tambah nasi
Dah makan banyak sangat, silalah dayung bot
Yang ni geng mandi laut
Dah petang sikit, ramai-ramai pergi periksa jala
Korek remis pun best jugak
Remis kat sini banyakkkkk, kuis sikit je dia keluar ramai-ramai
Hasil penat lelah menuai
Ni nak tunjuk ketam dalam besen
Ketam macamni tak dimakan, jadi dilepaskan semula
Hasil tuaian di jala
Pokok kelapa tepi pantai. Cantikkkk
Lepak2 baca surat khabar
Tengah panas tu, tapi semangat nak tuai ketam lagi
Kena pakai glove, nanti dia kepitt
Remis diayak. Banyak sikit dapatnya
Remis
Lepas ayak, tuang dalam besan berisi air laut
Remis yang terus dimasak oleh Auntie Roslina
Sedapppp
Lunch hari ke-2
Ketam hasil tuaian di jaring. Manisss

Kot-kot sesiapa berminat nak ke sana, bolehlah hubungi Uncle Rahman/Auntie Roslina, 012-2501262 atau 017-8801698. Atau klik SINI untuk ke Facebook page Homestay Kuala Sungai Baru. Wah, iklan free pulak. ;p

Akhir kata, memang enjoy sangat kitorang kat sana. Seronok! :D