Wednesday, March 31, 2010

Tunai janji

Disebabkan sudah berjanji dengan Aiman, maka di sini saya ingin menampal beberapa keping gambar. Harap maklum.

Ceritanya, Ahad lepas sewaktu mak & kakak Aiman sedang bertungkus-lumus menyediakan hidangan tengah hari untuk dijamu kepada tetamu yang bakal berkunjung, Aiman tersangatlah gundah gulana kerana tiada teman bermain. Maka kakak pun berkata, "takpa, Aiman buat rumah dulu, nanti dah siap kakak ambik gambar letak kat blog". Kalau kakak tidak berbuat demikian, Aiman akan berulang-alik ke dapur dengan muka kesiannya sambil berkata, "tak dak sapa pun nak main dengan Aiman.. Kakak lama lagi ka nak masak?"

Rumah design 1 - porch di tepi

Rumah design 2 - porch di depan

Close up rumah design 2

Gambar bonus - Aiman di Kompleks Bukit Jambul dengan maskot Marrybrown


Dah besaq dah baby kakak... ; )

Thursday, March 18, 2010

Kisah masak2

Sejak jejak kaki ke Malaysia, saya cuma masak air, buat nasi goreng bodo (untuk Aiman) & buat Maggi goreng untuk diri sendiri (itupun main rendam, toskan, tabur & kacau saja). Nak tau sebabnya??

Sebabnya... Masa di rumah kat Penang, kami selalu makan di luar, atau makanan di luar balik ke rumah. Hehe..

Sekarang? Di rumah sewa Serdang pulak? Kenapa ko tak masak, pompuan?? Oooohai. Cakap pun tak guna. Tengok keadaan dapur, sinki & peti sejuk je, mati selera nak makan. Apatah lagi nak masak. Tapi saya tetap tak kurus2, sebab akhirnya pi makan di luar. ;D

Anyway,
back to the story of rumah sewa di Serdang ni (saya minta sesiapa sahaja yang mengenali rakan2 serumah saya, tolonglah jangan dedahkan story nih, apatah lagi alamat blog ni, tolonglah jangan kasiii......). Saya sebenarnya geli geleman nak pijak lantai dapur tu pun. Pernah sekali ada lipas tergolek dog (rasanya ada hamba Allah yang spray lipas tu dengan racun serangga) - tau apa? 4 hari lah lipas tu dok tergolek di situ tanpa ada sesiapa pun yang kisah. Rakan2 serumah saya boleh terus memasak siang malam, tak heran sikit pun okeh. Alah.. Lipas je kan. Kalau dinosaur tu lain cerita lah. Akhirnya? Saya yang tak memasak ni lah jugak yang sapukan lipas tu ke dalam penyodok, kemudian tuangkan ke dalam tong sampah. Oh, SENANG je rupanyaaa..

Hal lain, pasal tong sampah di dapur yang boleh ditimbun2 sampai jadi gunung raya. Ada 5 orang di rumah termasuk saya. Ada 3 yang aktif memasak. Tapi tak siapa pun yang kisah nak buangkan sampah. Yang selalu buangkan adalah seorang ni. Tapi baru2 ni, dia pun naik fed-up. Saya TAK MAHU kisah sebab saya tak buang sampah ke dalam tong sampah tersebut. Saya ada tong sampah sendiri okeh.

Al-kisahnya, semalam bila saya ke dapur untuk ambil gelas, saya perasan ada ulat2 (fly larvae) sedang melata keluar dari plastik sampah. Arghhhhhhhhhhh!! Kecemasan!! Saya terus tanyakan pada seorang rakan serumah yang tengah sedap menonton di ruang tamu "Kat sini, selalunya korang buang sampah di tong sampah besar yang mana ye?" Jawabnya: "tak payah ke tong sampah besar, buang saja di tong hitam besar di luar rumah kita ni" Saya tanya lagi "memang ada orang kutip ke? Takut busuk kat situ je nanti.." Katanya lagi: "don't worry, memang ada orang kutip tiap2 hari." Ohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...................... SENANG je rupanyaaa.. Ingatkan susah.. Maka hamba Allah yang ni jugaklah yang bungkuskan sampah tersebut dan hantar ke luar.

Itu belum termasuk hal2 penyemak fikiran seperti dapur berlengas, periuk belanga berkerak yang berendam, kepala pili di sinki yang hitam berlumut, cicak & semut yang sentiasa ada berdekatan tempat keringkan pinggan. Juga peti sejuk yang kalau kita ambik swab sample & streak di atas agar plate, sudah tentu paling2 kurang boleh dapat 20 colonies of bacteria pelbagai species. Geliiiiiiiiiiiiiiiii.....................................................

Haih. Itulah serba sedikit ceritanya. Ada lagi, tapi dah tak larat nak menaip. Kalau boleh, nak rekod suara je, senang. Hihihi...

Eh, entry tak bergambar macam tak berseri kan? Don't worry, gambar lipas tak sanggup di-upload nyah..

Monterey Chicken @ Chili's, MidValley

Molten Chocolate Cake @ Chili's, MidValley

Fried noodle @ Station 1 Cafe, Equine Park

Ayam golek @ Ayam Golek 5 Bintang, Pantai Dalam

Ok lah, have a nice weekend everyone! ; )

Tuesday, March 16, 2010

Budak2 tak pandai tipu

Selepas kursus pra-perkahwinan pada ahad 7 Mac lepas, saya singgah di rumah Kak Syahira/En. Azizi di Bangi untuk ambil kotak2 yang menumpang kontena dari Holland. Bila salam je dengan Kak Sya, sungguh2 dia senyum, gumbira. Katanya "Cantiknyaa Ayu pakai tudung. Comei. Pakai terus lah..". Jenuhlah pulak dok terangkan yang saya pakai sebabkan kursus kahwin tu, belum betul2 pakai lagi, tapi kata saya, "akak doa2kanlah, mana tahu saya berubah". Senyum lagi dan lagi. ; ) (sebenarnya dia tak tau, kalau saya tanggalkan tudung tu, buruklah rupa sebab rambut dalam tu dah penyet meleper akibat seharian bertudung) Dalam pada dok sembang2 tu, datanglah anak perempuan Kak Sya yang sulung. Yang keluar dari mulut dia: "Cik Ayu ke ni? Tak cantiklah Cik Ayu pakai tudung, kalau tak pakai lagi cantik. Kan ma kan??". Erk. Terkedu Kak Sya kat situ. Maka senyum2 senget je la kami masing2. Hahahahahhahah..
Harini pulak, sewaktu tengah ber-skype dengan family di Penang, si Aiman pulak kasi komen, "Kakak, gambar kakak yang pakai tudung dalam blog tu tak elok la. Tak cantik langsung. Pipi labuh macam nak jatuh saja. Baju pun tak cantik. Pakai baju mak & tudung mak, nampak macam mak". Amboi aih melampau sungguh kata2nya. Hahahahahhaha!!! Sungguh laser walaupun baru darjah 2. Adoila.

Nah, lagi satu gambar pipi labuh macam nak jatuh

Kesimpulannya: Budak2 tak pandai tipu okeh........ Sekian.

Pesanan khidmat masyarakat: Menutup aurat adalah kewajipan setiap Muslim. Marilah sama2 doakan semoga kita semua berjaya menunaikan suruhan Allah S.W.T. Amiin...

Monday, March 15, 2010

Progress

Nikah kawen:
* dah ambik sijil kursus pra-perkahwinan Sabtu lepas
* semalam, dah beli bunga2 telur, kain2, etc.
* tadi, dah siap HIV test. 2 minit je, siap. Dan percuma rupanya..
(bagus2, banyak kemajuannya)

Kerja:
* masih tutor cabuk bertaraf sementara
* dok pulak menumpang di bilik ketua jabatan
* masih tiada keputusan muktamad pasal tempat nak buat phd
(kesimpulannya, HAMPEH)

Kehidupan seharian:
* belum mula berjogging lagi (ntah2 takkan buat sampai bila2), alasannya? tiada kasut, seluar & t-shirt sesuai
* makan kerap, hi-cal food pulak tu, sebab asyik diraikan/meraikan kawan2
* berazam untuk kekalkan tabiat banyak makan buah2an & sayur2an, tapi bila tengok rege buah di Malaysia ni rasa nak pengsan
* sebenarnya bukan rege buah saja, rege semua barang boleh membawa kepada rasa sakit kepala. Nak beli Nutella satu jar kecik pun, letak balik lepas tengok rege dia (ke i tak biasa dengan nombor2 harga di malaysia yang berdigit2 nih?)
* mandi berkali2 sehari
* air di Serdang ni bau & rasa macam air longkang (agaknyalah). Kalau air kosong, i minum air mineral. Kalau di -teh ais-kan, takpe.

Ok, berjaya jugak i menggunakan masa yang ada sementara menunggu tamat waktu kerja. Hahahhahah.. ;D

Wednesday, March 10, 2010

Kalau ada yang tertanya2 tentang aktiviti selepas pulang ke Selangor Jumaat lepas, ni haa nak story. Tapi nak menaip banyak2 akak tak larat, al-maklumlah dok menumpang di bilik lama ketua jabatan. Dia kata from time to time dia mungkin akan datang untuk ambik barang. Al-mamfus la kalau dia nampak kita merewang mengemaskini blog.

5 Mac 2010 - sampai2 je Serdang, teringin nak makan di kedai akak skirt tu ha. Ginilah gambar makanan yang sempat diambil. Bagai Singapura dilanggar todak.

Yahhh.. Kami sudah kembali! Merewang sana sini cari makanan untuk disantap

6 Mac 2010 - Kursus pra-perkahwinan di pusat komuniti presint 16, Putrajaya

Selepas kursus tamat jam 6.30 petang, apalagi, singgah la di Alamanda. Dekat...

Dinner at Lemongrass. Puas hati dapat makan nasi kuning rendang ayam & pau sikit laksa asam Ejad. Sedapp!

8 Mac 2010 - pi teman Che Dah tengok rumah yang nak disewanya, lepas tu singgah di Kenny Rogers Jusco Equine Park

Dengan Haji Ihsan yang dah lama tak jumpa. Maintain ko nox.. ; )

Set baru 1/4 chicken, with spicy oriental sauce ke apa tah. Tak payah la order. Buang duit je. Menyesal akak. Nasib baik Che Dah yang bayar. ;p

9 Mac 2010 - Murtabak daging special di Murtabak Mengkasar, Setapak. Ejad sungguh2 promo tempat ni, kedai kawan dia. Restoren ni dah masuk rancangan Jalan2 Cari Makan (tapi belum disiarkan)

Ginilah besarnya murtabak tu, boleh kongsi 2-3 orang. RM 8.00 sekeping. Murtabak ni sangat popular di Pekan, Pahang. Resipi bapak mentua pemilik restoren

Habis sudah cerita makan2. Sekarang hampir jam 12 tengah hari. Tengah tunggu masa untuk keluar lunch. Progress kerja (phd, mohon lantikan ke pensyarah bersyarat, etc. sedang diusahakan) rasanya malas nak cerita. Buat menyampah saja. Nanti2 bila mood nak memaki hamun datang, akan diceritakan apa yang berlaku siang tadi.

Have a wonderful day! ; )

Friday, March 5, 2010

Donat & Sate

Semalam, janji dengan kawan2 rapat nak jumpa di J.Co Queensbay Mall. Depa yang pilih tempat dan masa, cek tak tau.. Jalan nak pi Queensbay pun tak berapa ingat, tapi balun saja. Lepas parking tu, melilau lah pulak cari J.Co. Haruu... Nak escalator turun escalator. Bila tanya depa, "tingkat berapa weh?", jawabnya "satu level dengan Starbucks". Hadoilaaa.. Aku ni mana la tau Starbucks tu kat mana. Takpa, usahakan cari sendiri. Bila dah agak2 nak putus harapan tu, nampak la pulak Starbucks nya. Terus laju berjalan. ;D

Gambar mukadimah

Obe & Wan yang tak sabaq2 nak snap gambaq. Neng pulak hilang, sampai Wan pi cari. Katanya dia nak pi cari Ayu. Ayu dah sampai, dia tak sampai2 lagi. Rupanya pi memerot. Haahhah..

Sampai2 ja, terus mulut tak boleh diam. Seronok gila berborak. ;D

Dengan Neng, BFF sejak sekolah menengah, kenal sejak sekolah rendah. Rindu wehh..

Donat2 J.Co. Sodap! ; )

Tak puas makan donat, nak pi cari sate pulak. Akhirnya merasa naik kereta Wan. Wish-ku termakbul. ;D

Akhirnya sampai di Ah Basri Asian Satay D'Piazza Mall. No. 56, Jalan Mahsuri, Bayan Baru

Aiyoyo kaddawalley, ini worang tada taw birinti makan juga...

Sate burung unta 4, daging lembu 8, ayam lada hitam 8. Sodap hingga menjilat lidi. ;D

Dah sudah lepak di kedai sate, kami kembali ke Queensbay. Nak ambik kereta masing2. Ni tengah mai bawak souvenir sorang seplastik.

Sambung bergosip sampai jam 1.15 am sebelum beransur pulang. Nanti jumpa lagi eh? ;D

Tuesday, March 2, 2010

Selasa, 2 Mac 2010

Semalam gi melawat baby sepupu di Seberang Perai. Comel baby Nur Auni Assyifa'.. ; )


Harini pulak kemas2 rumah, hantar Aiman ke sekolah kemudian ke Georgetown dengan Cikgu Maznah & Mak. Sempat lunch di Tajuddin Hussain di Campbell Street.

Kami makan gulai anak ikan, gulai perut, ayam goreng & bayam lunyai. Hehe..

Lepas makan, misi mencari materials untuk baju nikah bermula. Tapi tiada yang berkenan di hati. Nanti2lah..

Sekarang tengah kenyang selepas makan bakso pedas nak mampus (lada hitam sekilo agaknya dalam kuah dia). Panassssssssssss................ Mandi pun berpeluh balik. Heat stress daku..

Catatan ringkas

Hari Isnin, 1 Mac 2010

Sarapan: Nasi lemak sebungkus kecil, karipap & Nescafe.

Makan tengah hari: Nasi putih, gulai sembilang, sambal tumis udang, sambal tumis sotong, ayam goreng, ulam2an, sambal belacan, sayur lemak bak choy & teh ais. Mati haku..


Makan malam
: Mi goreng mamak sikit, koey teow goreng mamak sikit, mi rebus sikit, kerepek ubi kayu & air teh.


Esok tah apa la pulak nak disumbat ke dalam perut ni. Sungguh merbahaya..

Nota: Semua makanan tidak dimasak di rumah. ;p

Oh, tadi jugak sudah siapkan urusan baju sanding dan pelamin2. Baju nikah je masih pening ni.. ; )