Monday, May 18, 2009

Sunday Summary

Harini tak buat apa2 sangat, kecuali bangun lewat, makan2, vacuum rumah & browsing the net. Bosannnn... Cuaca di luar pulak mendung, berangin, hujan & sejukk.. Spring konon. Ceh.

Tiba malam, barulah excited sket sebab jiran depan pintu, Germari, ajak dinner di rumahnya. Makanya kami pun pergilah.. Bawak sate daging, nasi impit, serunding & kuah kacang. Di sana jumpa kawan Germari, Elga. Tuan rumah jamu mixed salad with strawberry vinegar (starter) dan juga nasi putih bersama tilapia & kentang (main course).

Elga & Germari

Tambah sekor lagi. Hehe..

Biasalah, aktiviti makan2, sembang2 & kemudiannya main satu board game yang sangatlah complicated rules dia. Took us 15 mins to figure out the way of playing. Adoi laa.. Hampir2 nak give up, si Elga pun dah tak kuasa, tapi Germari nak jugak main. Dia nak try jugak game yang dia beli dengan harga 50 eurocents masa Queens Day haritu. Hehehe.. Tapi macamanapun, enjoyy.. Che Dah menang game ni. Hehehe..


Oops, lupa nak cerita. Tengah2 main board game tadi, Germari datang bawak pinggan, dan hidangkan dessert pulak. Minah ni.. Mesti lengkap course nya. Kalau tak, tak sah lah dinner di rumah dia. ; )

Waffle with apple & raisin
Warm, sweet & yummy!!

Lepas habis makan & Che Dah menang game tadi, sesekor pun beransur pulang. Begitulah berakhirnya hari ini. Sekarang perut kembung & ketat. Katil pulak memanggil2. Hehe.. Good nite.. ;>

2 comments:

hasnahnoh said...

pi la mana pun, janji ada sorruu... meriah......meriah !

Ayu said...

Sorru united. ; ) Tapi kalau dinner rumah Germari, konpem dia jamu ikan sajalah. Dia tau pasal halal2 ni, waffle tu pun dia beli yang tak dak stabilisator, so memang bebas produk haiwan. Hehehe..