Wednesday, May 6, 2009

Minum Petang

Karipap Mackerel & Light Coke. Amacam? Masuk tak? Hehehehe.... Silalah jamu mata tengok karipap hodoh yang ditekap pakai gelas aiskrim, dan dikelim guna ibu jari yang bersaiz gajah - sebab tu la kelim buruk tahapa2. Hehehe.. Takpela.. I buat, I makan.. Bukan nak buat jamuan. Hehe.. Tq kepada housemateku di atas bekalan 4 ekor mackerel itu.. ; )


Kalau ada yang tertanya2, meh sini I jelaskan. Sedap. Sedap sangat. Kulitnya rangup, inti dia besttt... Hahahah.. Jangan marahhh....... ;p

Sambung story karipap sikit lagi:
Nih dah masuk peti sejuk, keluar balik peti sejuk, kulit dia masih rangup.. Nak resipi? Cari di My Resipi, nama resipinya Karipap daging rangup. Teringat tak berapa lama dulu, masa 1st time buat karipap kat rumah. Masa tu budak Aiman bukan main rajin menolong. Dia suka main roll2 doh & tekap pakai gelas. Time tu buat karipap inti ayam & kentang, sedap jugak kulitnya, tapi jadi berjerawat. Sekarang dah tau dah, kalau tak nak kulitnya hodoh berjerawat, minyak tak boleh panas sangat. Kena minimum je kepanasan dia. Hah, lepas buat karipap tu dengan Aiman, 2 hari selepas tu, selepas ambik Aiman balik dari tadika, kami singgah ke pasaraya Chin Teik Hin. Dengan pandainya, budak kecik ni pi ambik acuan karipap, "kakak, kita kena beli ni la, baru senang buat karipap". Hai budak ni, kat mana la dia tengok orang buat karipap pakai menda alah tu. Nak tak nak, i kena la beli sebab dia beriya2 suruh beli, dan tak nak letak balik acuan tu. Tapi yang lawaknya, lepas tu, sekali pun I tak buat karipap dah. Hehehe.. Acuan tu jadi barang mainan dia je. Dia main practice gosok2 gigi pada acuan tu. Hehehehe.. Aiman2..

4 comments:

hasnahnoh said...

alamak, kul 6ptg tadi mak baru goreng karipap jamu maklong, paklong dan maknjang nab. depa mai jemput kenduri kak nadia pada 6 jun nanti........tengok gambar karipap ayu memang menyelerakan....

Ayu said...

Fulamak.. Ramainya sepupu spare part mau settle down.. Sayangnya tak dapat join.. Haa.. Mak ayah mai nanti, bersedialah makan karipap. Hehehe..

ayen =D said...

comel la cite Aiman ni.. hehe..

ko tak baik tau.. kempunan dia nak buat karipap dengan acuan tu.. hahaha..

wei.. boleh ke buat kelim karipap tanpa ibu jari?

Ayu said...

Hahahah.. Aku kena pesan suh dia bwk acuan karipap tu dtg nanti, bleh main masak2. Hehehe.. Haaa.. Pasal kelim tu, kalo xnak pakai ibu jari, pakai la jari2 lain (kalo ko boleh), tapi aku rasa selesa pakai ibu jari. kalau taknak jugak, ko picit tepi dia, pastu tekan dgn garpu. Kurang kukuh sket, tapi terbukti berkesan kalo ko bake karipap tu dlm oven. Kalo goreng, besar kemungkinan akan terburai la..