Sunday, May 3, 2009

Aktiviti Hari Sabtu

Hari ini, pagi2 lagi dah bersiap2 ke Utrecht Centraal, sebab sudah janji nak menonton X-Men Origins Wolverine bersama2 Che Dah, Mok, Gaya & Lau. Jam 9.50 pagi lagi sudah sampai ke Pathe Rembrandt Utrecht & terus beli tiket. Rupa2nya, show pagi murah je, 5 euro berbanding harga biasa 8.60 euro. Disebabkan show pukul 10.10 pagi, maka Che Dah & i sempat ke McDonald's & beli McFlurry Cornetto Chocolate. Keluar dari McDonald's terus terserempak dengan Mok, Gaya & Lau yang baru sampai.

Dalam panggung tu memang tak ramai, panggung besar jugak, tapi cuma ada 5 orang lain selain kami. Maksudnya, cuma 10 orang saja yang tengok cerita tu pagi tadi. Hahaha.. Best2.. Cerita ni memang best, i kasi 4 stars. Tapi faham2 sajalah cinema kat Holland ni, suka buat spoil, tengah2 scene klimaks tu, tetiba skrin gelap dan keluar perkataan "PAUSE". 20 minit pulak tu, tak sabar tunggu!! Tapi memang syok habis lah, rasanya akan ada sequel sebab cerita ni macam permulaan kepada cerita je. Ala2 tak puas tengok pun ada jugak.. Hehe..

Seperti biasa, gambar harus ada. Lau sebenarnya buat choc muffin yang sangat sedap, sampai habis dimakan sebelum sempat ambil gambar. Gaya pulak bawak Dutch apple cake. Tu pun sedappp... Tengoklah betapa lengangnya dalam panggung ni..


Lepas dah habis cerita ni, kami (kecuali Gaya) ke IKEA pulak. Saja gatal2, tapi sebenarnya i ada mission mau cari bantal2 lagi untuk family yang akan datang melawat pada Jun nanti. Yang kelakarnya, masa dalam bas ke IKEA, Mok dah sound, "korang, sampai nanti kita lunch terus ye, pakcik lapar ni", padahal dalam cinema tadi dia dah bantai 2 muffin Lau & apple cake Gaya. Hehehehe.. So, kitorang terus ke cafe IKEA dulu & pilih makanan. Perasaan memang hampa sebab menu best2 semua tak boleh dimakan. Last2 makan salmon la jugak.. Hehehe..


Apa yang dirembat di IKEA tadi? Bantal 2, sarung bantal 2, scented candle 1 & photo frame 1. Itu saja. Tengah mode berjimat cermat, kalau tidak, boleh jadi papa kedana. Next batch of scholarsip money akan masuk by the end of Jun, huwaaa.. Lambat lagi..

No comments: