Sunday, May 17, 2009

Angels & Demons, and More..

Harini, bangun tidur je, terus siap2, keluar ke Centraal untuk tengok Angels & Demons. Ceritanya boleh tahan, tapi i tak minat la cerita yang dark & sengsara jiwa macam ni. Banyak scene penyeksaan, bunuh orang dengan cara membakar hidup2, etc. Sepanjang cerita asyik bercerita pasal Catholic Church, Catholics & Illuminati. Sesapa yang suka cerita2 begini, silalah serang panggung sekarang. ; )

Hah, lupa nak cerita. Duduk je dalam cinema tu, Mok terus keluarkan sesuatu dari beg, dan kasi pada Che Dah & I sorang satu. Rupa2nya, fridge magnet dari Sweden. Mok baru lepas hadir ke satu conference di sana. Suka2!! ;D

Swedish moose. Kiut kan.. ;>

Selepas habis movie tu, Lau dengan senyuman bertanya, "you all nak join tengok Star Trek tak?" Kitorang pun jawab la dengan penuh semangat, "Nak2, bila??". Rupanya Lau & Mok nak tengok Star Trek harini jugak, pukul 3 ptg. Adoi. Pening kepala tgk demons tak abes lagi, ko nak ajak aku tengok perang galaksi pulak. Tak mau, tak mau..

So kitorang pun lepas tu terus la ke pasar, jenguk2 gerai seafood, nampak ada ikan temenung & cencaru. 1st time tengok ikan2 ni kat sini. Selalunya tak ada. So, rembat la ikan temenung 4 ekor. Lepas tu sempat la makan mussels goreng & ikan mackerel goreng di vishandel (gerai seafood)tu jugak.

Sesekali buang tebiat bergambar di vishandel

Lepas dah kenyang, Che Dah & I jalan kaki ke Lombok, cari ayam & daging halal. Kat situ jugaklah shopping barang2 dapur, makanan & toiletteries di supermarket Albert Hein. Sampai rumah, dah pukul 4.15 pm. Letihnyaaa... Tapi terus la siang ikan, ayam, segala sebelum masukkan ke freezer. Lepas tu masing2 masuk bilik, rehat2.

Malamnya, mulalah aktiviti buat laksam. Haa.. Tu lah gunanya ikan temenung siang tadi. Guna 1.5 ekor ja untuk kuah laksam, sebab 2 orang je nak makan. Masalah terbesar adalah nak buatkan laksamnya (yang macam koey teow gulung tu). Menda alah tu kena dikukus. Masalahnya, camno?? Periuk kukus takde, periuk nasi pun takde. Plan B adalah untuk guna spagheti je, biar macam laksa Johor tuh. Hehe.. At last, terpikir la nak microwavekan saja bancuhan tepung beras+tepung gandum tu. Dann.. Menjadi!! Tuang adunan nipis je dalam tupperware, tutupkan penutupnya dengan longgar dan microwavekan selama 1 minit. Hahaha.. Terasa genius plak diri ni. ;p

Laksam Che Dah & Ayu ;p
Klik sini untuk resipi

4 comments:

Farina said...

Wah.. Ini sudah tidak memenuhi objektif biasiswa nih.. Pakar masakan seluruh negeri di Malaysia pulak jadinya..Hahaha

Ayu said...

Hahaha.. Ampon Dr. Basir.. ;p

SpiderJane said...

oh my....you guys must really missed kampung aaaa.....nasib tak meletup mirowave tu...hehehe! kudos to you & che dah....kiss kiss.

Ayu said...

Kak Rima, ktorang miss kampung tok sedara belah sepupu no2. Hehehe.. masing2 org Penang & JB, tapi buat laksam. ;D