Showing posts with label Juadah Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Juadah Ramadhan. Show all posts

Monday, July 30, 2012

Menu Ramadhan

Salam Ramadhan kepada semua! :) Maaf dah 1/3 Ramadhan berlalu baru berkesempatan nak ucapkan di sini.

Ramadhan kami suami isteri di London alhamdulillah baik-baik sahaja. Walaupun puasa 19 jam (waktu makan cuma 5 jam sehari), lapar dan dahaga tidaklah terlalu menyeksa. Masih mampu, alhamdulillah.

Sejak akhir-akhir ni banyak dikongsikan fatwa ulama' berkenaan kelonggaran berpuasa bagi penduduk-penduduk negara yang terpaksa berpuasa panjang - katanya boleh memilih panjang masa berpuasa seperti penduduk Mekah/Madinah. Syaratnya, mula berpuasa ketika terbit fajar dan berbukalah katakan 12 jam selepas itu, walaupun matahari belum lagi tenggelam.

Bagi kami suami isteri, selagi mampu nak berpuasa sampai matahari tenggelam dan tak memudharatkan diri, maka puasalah. Mudah-mudahan ibadah diterima Allah SWT.

Bulan puasa ni yang seronok dan terfikir-fikir tentangnya adalah makanan! :P Menu esok hari, malam ni dah terbayang dah. Hehe.. Buruk perangai. Setakat hari ini semua juadah berbuka puasa dimasak sendiri. Maklum sajalah tiada pasar Ramadhan nak dituju.

Sahur pertama. Malam ni je pun yang semangat nak bersahur bagai, malam-malam seterusnya kenyang berbuka tu terbawak-bawak ke sahur
1 Ramadhan - nasi minyak, ayam bakar, sambal udang+kentang & bunga kubis goreng kunyit
2 Ramadhan - waffle with all the trimmings
3 Ramadhan - ada orang mengidam nasi goreng kampung la pulak
3 Ramadhan - baked (cracked) Oreo cheesecake
4 Ramadhan - nasi putih, lamb tikka masala, sayur campur & papadom
5 Ramadhan - bihun sup gaya soto
8 Ramadhan - Agar-agar gula merah. Gambar degil. Rotate punya rotate dia nak teleng jugak. Kuase i.
9 Ramadhan - Mi Siam. Maka gumbiralah hati si suami sebab ni pun permintaan dia (lagi)

Hari-hari yang tidak didokumentasikan gambar berbuka tu, semuanya menu nasi & lauk-pauk yang malas nak digayakan dalam pinggan sebab dah masuk waktu berbuka pun i masih berkuntau di dapur.

Ok lah nanti lagi 10 hari kita kongsi menu lagi eh? :P :P

Monday, August 15, 2011

15 Ramadhan 1432H

Soto Ayam


Sejajar dengan misi ngabiskan 3 paket nasi impit Nona yang berbaki sejak raya tahun lepas. Selamat takdak kutu beras ke apa. :p

Tabiat mak encik makan soto - hancurkan nasi impit sehancur2nya dalam mangkuk, sampai jadi macam nasik air. Baru feel.. Meresap segala rasa. 

Saturday, August 13, 2011

Teringin macam-macam

Bulan puasa ni, nafsu makan nak macam-macam. Maklumlah, boleh makan waktu malam saja. Kenalah puaskan jugak. Kalau tak, esok siang teringat-ingat.

Antaranya;

1. Pavlova
Sepatutnya jadi elok. Tapi sebab tiada mixer & oven, cukuplah sekadar begini. Serba tak cukup sifat. Cream pun tak betul. ;p

2. Nasi tomato, ayam masak merah, dalca daging & jelatah

Si suami yang teringin. Takmau beli pulak tu, nak yang bini masak punya. Nasib la sempat siap sebelum berbuka. Suami berbuka makan bertambah, sahur pun ulang tayang lagi. Bini puas hati. : )

Harini entah apa lah pulak nak masuk perut. Ingat nak buat bubur kacang durian. Kali ni bukan sebab teringin, tapi sebab nak "selamatkan" durian. Oh, mungkin jugak nak buat roti jala. Ni kes nak "selamatkan" dalca daging yang berbaki tu pulak.

Selamatkan masuk dalam perut. Kalau masuk tong sampah, tak selamattt.

Sunday, August 7, 2011

Rembatan Hari Ini

Just arrived from Penang. Letih otak & letih badan. Jadinya telah singgah di pasar juadah dekat dengan kawasan rumah. Sampai2 je terasa macam, "eh aku ni kat Selangor ke dekat Kelantan?" Rata2 juadah dijual memang judah pantai timur - nasi kerabu, laksam, nasi dagang, satar, akok, lompat tikam, badak berendam, etc.

Dan inilah hasil rembatan hari ini (kalau ikutkan hati semuaa nak beli);


Air kelapa - RM 3
Satar 2 cucuk - RM 2.40
Lompat tikam - RM 1.50
Bergedil 2 biji - RM 2
Pari bakar - RM 10
Kerabu mangga - RM 3
Lawa jantung pisang - RM 2
Kerang tumis cili padi - RM 3

Jadi, jumlah perbelanjaan di pasar juadah untuk kami berdua berbuka puasa adalah RM 26.90. Kira murah ke reasonable ke mahal?


Selamat berbuka puasa!! :D

Saturday, August 6, 2011

Back in Penang

Sesi berbuka puasa dengan family di Penang. Tanpa Adik.



Sebelum masuk waktu berbuka. 1st round - nasi ayam, roasted lamb, laicikang : )
Huwaaaaaaaaa. Gemssss. Makan lagi makannn!!!

Ok tata. Nak tido dah. Selamat bersahur u'olls! :D

Tuesday, August 2, 2011

Menu berbuka 2 Ramadhan 1432H

Air tembikai yang kedekut tembikai. En Izzad yang beli : )

Kurma Sunsweet & kuih-muih belian si suami

Ikan siakap bakar

Gu ikan bakar, air asam & sambal kicap

Sayur campur goreng


Alhamdulillah atas kurniaan rezeki & nikmat berbuka bersama-sama. : )

Monday, August 1, 2011

Ramadhan datang lagi

Ramadhan kali ni adalah Ramadhan kedua kami sebagai married couple. Rasa seronok sangat bila tiba Ramadhan. : )

Mood bulan Ramadhan ni lain macam, tenang je. 2-3 hari sebelum masuk Ramadhan, suasana awal hari berubah. Mendung & berangin, bestt. Rasa macam autumn in Utrecht.

Pagi tadi berjaya bersahur dengan suami. Selalunya dia tak berapa nak bangun sahur, tapi baru-baru ni mak sudah ceramahkan saya, yang telah saya sampaikan kepada si suami, jadinya kami berusaha la bangun, sahur betul2.

Kata mak, "mangkit la soq, jangan malaih2. Pahala tau soq tu. Lagipun kalau makan awai pagi tu, baru la Ejad ada tenaga nak buat qeja. Bangun dekat2 nak imsak la, dah siap2 makan, subuh terus. Lepas tu mengaji ka sikit. Dah siap tu, mandi la, pi qeja awai."

Haa gitu. Step by step diajarnya, macam kanak2 tadika. Hehe..

Tapi sahur pagi tadi, menunya sedih sikit. Si Aiman pun tak approve. "Apa? Abang Ejad makan megi? Tak elok tau makan megi.. Esok dia dahaga.. Suruh dia minum ayaq banyak2", katanya melalui phone call waktu sahur pagi tadi. Anak mak sungguh kan? Bukan main lagi pandai berleter. ;p

Ok2. We get it. Esok soq nak masak nasik, buat ayam goreng kunyit + rebus telur masin, etc. : )

Akhir kata,

Selamat menjalani ibadah puasa, selamat bertarawikh & menghayati Ramadhan. Semoga diberkati olehNya. Amiin..

Monday, September 6, 2010

25 Ramadhan 1431H

Pada 25 Ramadhan, kami dijemput oleh kawan Ejad untuk berbuka puasa di restorannya, Murtabak Mengkasar.

Kami sampai lewat. Sempatlah berbuka dalam kereta minum air yang dibeli di stesen minyak & makan kuih yang dibeli di pasar Ramadhan dulu. Kenyang dibuatnya. Kenyang-kenyang pun, bila murtabak ayam special terhidang depan mata, siapa lah yang akan menolak kan? ;p


Murtabak ayam special dengan bawang jeruk & kuah dal resipi rahsia. Mahap la dah hampir separuh masuk perut baru nak snap gambar. Satu keping murtabak ni boleh dimakan 2-3 orang. Kalau pelahap, sorang pun boleh kot. ;p
Nah gambar dekat untuk menunjukkan lapisan-lapisan murtabak tersebut. Rasanya, sedappp.... ;D
Bila tokey kedai tanya "nak tambah tak?" Saya geleng-geleng tanda tak mau dah, tapi Ejad pulak nak lagi. "Nak tambah separuh boleh tak?". Hihi.. So dapatlah separuh. Comel kan? Yang ni pun terkial-kial nak habiskan sebab tebal benar murtabaknya.
Akhir kata, kami berdua mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada tokey kedai. Kalau ada nak buat kenduri lagi, jangan lupa jemput kami. Semoga restoran bertambah maju & ramai pelanggan. ;D
p/s: Murtabak Mengkasar boleh dijumpai di alamat 12A, Jalan Rampai Niaga 4, Medan Niaga Rampai, 53300 Setapak, KL.

Friday, September 3, 2010

Macamana nih

Dah janji dengan Ejad nak masak nasi lemak ayam penyet.

Kisahnya, bini nak nasi ayam penyet, laki pulak nak nasik lemak. Akhirnya settle di tengah-tengah. Nasi lemak ayam penyet. Tambah kerja si bini. Kalau nasi ayam penyet tu, nasi dia cuma nasi putih. Haha. Padan muka ko pemalas.

Masalahnya, tadi dah beli jarum, benang, manik & kristal. Kalau dah beli tu, faham-faham sajalah. Tangan sudah gatal mau menjahit. Kalau sudah mula menjahit, tak makan pun tidak mengapa. Ini sebahagian projek meng-glam-kan baju raya yang setakat can do saja. Kesian tak? ;p

Haih. Malas malas malassssssssss nak masak. Nak suruh pi pasar Ramadhan tanpa laki di sisi? Mak tak suka, tak feel gitu. Konon nak bukak puasa dengan keluarga mentua harini, tapi tak kesampaian. Anak kesayangan mak ayah akan pulang lewat malam ni. Jadi lebih afdal bininya tunggu di rumah.

Oklah tu. Nak sambung bermalas-malasan.

Selamat berbuka puasa! ;D


*Update*

Ejad sampai rumah jam 8.40 malam. Bininya berbuka seorang diri. Sadis okeh.
Air bandung cincau - malas tapi buat jugak sebab cincau masih berbaki.

Nasi ayam penyet. Nasi putih saja bukan nasi lemak sebab kesuntukan masa. ;p

Wednesday, September 1, 2010

Tengok tak Ketuk-ketuk Ramadhan?

Ramadhan dah nak berakhir baru sedar ada Ketuk-ketuk Ramadhan di TV1, jam 12.30 tengah hari. Setiap hari kot. Rasanya lah. Dulu di Utrecht masa bulan puasa rajin browse You Tube, jumpalah episod-episod Ketuk-ketuk Ramadhan ni. Rasa happy sangat sebab rancangan ni kelakar (bergantung pada artis. Kalau artis skema/poyo, habislah) & spontan. Resipi pelik-pelik rahsia turun temurun keluarga pun keluar kadang-kadang. Dapatlah idea nak masak untuk berbuka.

Jumaat lepas, tertengok episod bersama Linda Rafar. Dia masak Ayam Kepak Terutuk Rafar. Gitu nama dia. Bila tengok kombinasi bahan-bahan yang dia guna, terasa macam sedapnyaa masakan ni. Lain sikit daripada mana-mana masakan yang kita kenal. Terus petang tu jugak cuba. Tapi guna daging. Hasilnya? Mak sukaaaa!! Tu yang Isnin lepas ulang tayang pakai ayam pulak. Hee.. ;D

Oklah, nak tampal gambar-gambar juadah berbuka hari Isnin, 20 Ramadhan 1431H.


Kurma & anggur merah untuk berbuka. Kurma ihsan dari mak ayah, anggur ihsan dari Haji Ihsan. ;D

Ginilah rupa lauk-pauk atas meja
Lobak merah, kentang, fucuk & telur bersantan (apake nama rasmi menda alah ni?)

Ayam Terutuk resipi Linda Rafar. Marvellous rasa dia.

Timun, salad & sambal belacan


Petang ni nak masak apalah pulak ya?


*Update*
Resipi Ayam Terutuk Rafar
(berdasarkan ingatan tuan punya badan saja)
  • 4-5 ketul ayam (lumur garam & kunyit) digoreng garing
  • 2 senduk minyak masak (minyak kena banyak)
  • 1 biji bawang besar (belah 4)
  • 6 ulas bawang putih (cincang)
  • 1/2 senduk cili kisar
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1/2 senduk gula Melaka
  • 1/2 senduk kicap manis
  • 3 sudu besar kerisik
  • Segenggam bawang goreng
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit lada benggala merah & hijau dipotong memanjang
Cara-caranya:
  1. Tumiskan bawang besar, diikuti bawang putih & cili kisar.
  2. Bila dah garing, masukkan kesemua bahan yang lain (kecuali ayam & lada benggala). Kacau sebati hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata.
  4. Akhir sekali masukkan lada benggala. Masak sebentar sahaja kemudian boleh tutup api.

Friday, August 27, 2010

Pau Sambal


I'm excited!! Sebab dah boleh buat sendiri menda alah yang Ejad & i suka sangat-sangat. ;D

Pertama kali buat sempena berbuka puasa dengan kawan-kawan. Senang jugak nak buat rupanya. Doh untuk pau ada persamaan sikit-sikit dengan doh piza & doh roti naan.

Yang i buat ni saiznya ada besar ada kecik. Gelap sikit pulak tu. Bak kata Ejad, "Ok pau tu. Tapi kenapa pau b buat gelap? Macam Roti Boy (mexican bun) Ejad tengok".

=_='

Oh, kalau nak tengok resipinya, klik sini. Resipi ni menghasilkan pau yang garing di luar & lembut gebu di dalam. Sambal ikan bilis sendiri adjust lah ye. ;p

Wednesday, August 25, 2010

Mi Siam

Juadah berbuka puasa 14 Ramadhan, Selasa.

Air soya bandung Ejad beli. Dari hari sebelumnya dia dah plan nak beli air ni. Sebenarnya tiap-tiap hari Ejad akan plan air apa yang dia nak beli esoknya. Dasat laki mak.

Cendawan tiram goreng. Yang ni memang terbaik sebab coating dia masih rangup waktu berbuka. Cuma dia masin sikit lah. Ini pun Ejad beli di Pasar Ramadhan Taman Equine, direct lepas balik kerja.

Ini Mi Siam si bini masak sebab lakinya sebut-sebut. 1st time masak berdasarkan ingatan makan Mi Siam di rumah Kak Long lepas majlis kenduri kahwin kami 2 bulan lepas. Ejad kata sedap, i pun rasa sedap. Haha. Mamposs.. ;p

Ok sebenarnya ayat Ejad kata sedap tu, situasi dia macam ni:

Bini: Ok tak rasa dia, ada kurang garam ke apa ke? Kalau nak kicap ke sos ke bagitau okeh. (Dalam hati - cakaplah sedap wahai suamiiii. Penat i masak tau)
Laki: Tak yah, ok dah rasa dia. Sedappp..... (Sambil naikkan ibu jari ke atas)

Jadi cemana? Boleh pakai ke tidak pengakuan sedap tu? ;p

Tuesday, August 24, 2010

Ahad

Ahad baru-baru ni, kami sekeluarga ke Ikea/Ikano. Adik tak ikut, dia balik Shah Alam ada kelas ganti di tengah hari Ahad.

Ayah nampak kerusi terus duduk. Si budak kecik dok meggeletis "nak pi tempat mainan budak-budak". Rupa-rupanya dia maksudkan Smaland tu..

Bagus tak model ni? Tak payah kasi arahan, dia terus pose baik punya. ;D

Awat semua orang dok jadi model kerusi nih?

Smaland dah penuh. Kena tunggu 1 jam baru boleh masuk. Aiman dah tarik muka masam mencuka. Bawak dia ke Pet Safari di Ikano. Alih-alih, ada "tempat mainan budak-budak" betul-betul di sebelah Pet Safari. Rezeki Aiman la tu. RM 8 per entry (tiada had masa).

Kali ini kami berbuka puasa di luar. Ayah dah jemu ke pasar Ramadhan. Nak masak tak larat dah. Kami pi order awal, pukul 4 petang (lepas balik dari Ikea).

Lepas 10 minit kami berbuka puasa barulah Ayah, Adik & Ejad tiba di restoren. Ayah & Ejad pi rescue Adik yang tayar keretanya pancit selepas tol Puchong.

Sebenarnya Adik ditugaskan membeli kek birthday mak. Sambut awal sehari memandangkan semua anak-beranak dah terkumpul. Kek sangat sedap, Secret Recipe's Chocolate Indulgence. Tapi sangat besar sampaikan mak sedekah 1/4 kek kepada pekerja-pekerja restoren.

Tengok budak rambut tempurung ni. Patutnya birthday girl la tiup lilin. Cheh.
Oh, kek masih berbaki sampai ke hari ini dalam fridge kami. Sesiapa nak silakan datang. Hihi..


p/s: Happy 50th birthday mak! All of us love you sooo much!