Showing posts with label Home cooked. Show all posts
Showing posts with label Home cooked. Show all posts

Saturday, June 15, 2013

Masak-masak

Sejak ada Alisya, masak memang kelam-kabut. Asal boleh aje. Kalau tiba-tiba masak special sikit & sempat bergambar-gambar, tu maknanya ayah dia ada tolong jagakan Alisya ketika mak ke dapur. Tapi ada jugak ketika mak dia heret dia ke dapur sekali - letak dalam bouncer & biar dia dengar bunyi hud yang kuat tu. Yang kesian kalau mak tumis cili atau rempah kari - dia bersin dua tiga kali. Alahai kesian anak mak..

Shepherds pie
Cucoq cicah (istilah orang Penang)
Beef lasagna - potong panas-panas memang runtuh la lasagna ituu
Nasi putih & lauk-lauk malas
Grilled lamb & trimmings 
Mi Siam

Friday, January 4, 2013

Nak? Buat sendiri!

Nasib badan..

Nasi kerabu & daging bakar
Laksam
Makan sampai puas. Sampai nak tengok pun tak lalu. Ambik kau.

Lepas ni nasik dagang la pulak kot? :P

Monday, July 9, 2012

Nasi nasi nasi

Kat rumah ni memang selalu masak nasi. Pantang Morrisons buat sale basmathi rice, kami laki-bini akan pi angkut 2-3 kampit. Sihat walafiat.. Terlebih zat pun ya :D

Waktu siang memang jarang dapat makan nasi, selalunya breakfast bar/cereal for breakfast & sandwich for lunch. Malam je bantai nasik. Selalunya 2 pinggan. Tu yang tak kurus-kurus tu.

Antara gambar-gambar yang sempat diambil;

Lamb tikka biryani
Nasi putih, sambal atlantic pichard (adik-beradik sardin dalam tin) & sayur campur
Nasi lemak & ayam goreng berempah. Ayam dua ketul sebab guna spring chicken. Kecik benar ayamnya
Ini spaghetti dengan bahan-bahan penghabisan stok. Surprisingly sedap, Alhamdulillah. Sekali-sekala je lah menu mat saleh masuk senarai :P




p/s: tengok atlantic pichard dalam tin peninggalan Ayah dalam kabinet dapur rasa sedih pulak. Masa Ayah ada di London dia memang suka mengangkut sardin & segala jenis ikan dalam tin sebab dia suka makan sambal sardin dengan baguette. I miss my Ayah & Mak..

Monday, April 16, 2012

Sunday early dinner

Jam 6.20 petang dah makan. :) DH just returned from work & I already knew that he'd be searching for nasik, baiklah dinner terus. Timing was perfect. Ikan bakar panas2 keluar dari oven sambut kepulangan tuan besar. Hehe..

Siakap bakar sumbat sambal kelapa
Air asam
Sambal ikan bilis+petai. Kali kedua masak petai seumur hidup. Petai dapat di Chinatown

Sayur lemak taugeh+tauhu. Tauhu juga hasil borongan di Chinatown

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Tak sampai sejam lepas early dinner T.T

Thursday, April 5, 2012

Masak cepat-cepat

1: Terung balado sesuka hatiku




2: Sambal telur ala ibu mentuaku






Sunday, April 1, 2012

Last day of March

Nak tayang menu cuba-cuba :P




Monday, March 26, 2012

Sunday output

Happy Cupcakes :)

Yummy Spaghetti

Healthy Multigrain Loaf

Thursday, March 22, 2012

Inspiration

Untuk mana2 insan yang memerlukan dinner idea yang tak renyah dan siap cepat;

Daging goreng kunyit, terong balado & sayur
Kari ayam, sambal telur & sayur goreng
Ayam goreng kunyit, kari kentang (untuk geng dengan roti naan), sambal ikan bilis & sayur goreng
Ikan siakap pedas masam & sayur campur
Ginilah keadaannya bila suami tak balik2 walaupun makanan dah lama siap. Sempat la si isteri berfotografi dengan hasil masakan cincai. Dulu rajin la rotate dinner, harini nasi, esok pasta, roast chicken, lepas tu bihun, etc. Sekarang? Nasi nasi nasi nasiiiiiiiiii. Senang nak budget buat bekal lunch keesokan hari.

Saturday, March 17, 2012

Senanggg

Satu lauk sedap gila gila gilaa, cepat & senang dibuat. Bahan pun sikit aje.

Hasil berguru dengan Kak Yani, my senior & my colleague now. Dia memang orang Kelantan, so you can trust her recipe as being authentically Kelantanese. Kalau ada yang tak berapa kena, itu my own modification le tuh.. ;p

Daging goreng kunyit (cara Kelantan)

Bahan-bahan (2-4 orang):

  • 500 g daging lembu dihiris
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1.5 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 6 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang besar kuning (dipotong bulat/ikut suka)
  • 1-2 biji cili hijau (dipotong serong)


Tumbuk halia, kunyit, bawang putih, garam & serbuk kunyit sampai lumat. Jadilah rupanya macam dalam gambar. Di rumah takde cili hijau, jadi kita ganti dengan cili padi pedas berdesing

Step pertama - panaskan pan, masukkan daging. Tak payah letak minyak at this point

Masakkan sampai air daging kering (macam gambar ni). Kerak2 yang terbentuk sekeliling daging tu adalah akibat guna api besar (tak sabar tunggu). Kalau sabar, guna medium flame sudah :)

As soon as air daging kering, masukkan minyak & bahan tumbuk tadi (mungkin tak perlu guna the whole amount, sila agak2 - baki boleh diguna sebagai marinate untuk goreng ayam, ikan). Gaulkan sebati. Bila dah sekata & daging pun dah cantik bergoreng, masukkan bawang & cili hijau. Lepas 2-3 minit, matikan api (taknak bawang layu sangat).

Ginilah rupa daging goreng kunyit. Marvelous! - ni tiru tukang masak French & British, lepas masak, puji kaw2 masakan sendiri ;P

Wednesday, March 14, 2012

Connection restored

Sorry for the long hiatus, mangkuk ayun mana tah call internet provider suruh terminate line ke rumah-rumah di sini. Jenuhlah berjanggut menunggu depa sambung kabel baru. Geram je.

Sesungguhnya ketiadaan internet telah menimbulkan rasa gembira dan syukur tak terkata apabila kemudahan berinternet kembali. Sujud syukur la ni jugak.

Marilah kita merasmikan dengan kisah makanan (apa lagi?)

Apabila sesekali buang tebiat nak makan salad for dinner
Tapi.... Malam seterusnya terus bantai nasi lemak 2 pinggan. Tak tahan daulat
Bila malas masak tapi tetaplah nak mentekedarah. Beli sardin siap siang. Lumur garam+kunyit & goreng. Buat sayur lemak. Potong cili padi & the gang, hulur lesung batu depan hidung si suami yang asyik tengok tv, mintak tolong kerjakan sambal belacan. Maka terciptalah dinner menjilat jari. Jangan tegur special appearance lesung tu. Kan dah kata, malassssssssss


p/s: Baru beli weighing scale. Bini tak turun 1 gram pun, tapi si suami susut 5 kg. Sungguh tidak adil kehidupan iniiiiiiiiiiii

Friday, February 10, 2012

Terkenang

Nostalgia zaman kanak-kanak..

Maktok selalu buat untuk sarapan.

Menariknya, kena guna jari-jemari yang dirapatkan untuk tarik adunan supaya hasilnya bulat elok & sama tebal. Sebabnya? Adunan dia tak terlalu cair, jadi kita tak boleh sekatakan adunan secara menyengetkan kuali leper (pan). Kena buat cepat-cepat sebelum kepanasan sampai ke jari.

Roti tempek/Roti nyoq/Lempeng kelapa
DH tetap nak makan dengan kari. Sudah kuturrunan, apa nak dikata.. ;p

Ni hidangan lewat malam. Selagi tak tidur, selagi tu lah dok mencari makanan. Haru-biru sungguh....

Friday, February 3, 2012

Traffic light

Broccoli with garlic & oyster sauce
Singgang mackerel
Sambal telur
I'm always thrilled to have colorful lauk-pauk to be eaten with rice. At home, I usually cook according to my husband's wish. Just makes my life easier, so I don't have to come up with new list everyday. Boleh mati kutu dibuatnya. Luckily, for tonight's dinner DH requested simple and easy dishes. All ready, just waiting for him to return home at 10.30 pm. :)