Monday, May 11, 2009

Lox-C-Tan

Sambungan kepada post yang lepas, Ada Apa Dalam Post Box? ; )

2 hari selepas mendapat kad tersebut, dengan tergedik2nya pergi jugak la ke L'Occitane boutique di Utrecht Centraal. Sebenarnya pergi beli halia & serai kat Toko, tapi dah alang2 dekat sangat, maka tersinggah lah. Hehe.. Masuk je, tunjuk kad tu pada sales person, dia cakap dengan senyuman, "This is a great offer for our special customer, but you have to purchase something in order to get the gifts. Buy something, a small soap for example". Haa kau, sales person boleh kasi advise macam ni. Kalau kat Malaysia, dia jeling kita semacam je la kalau nak beli sabun kecik semata-mata sebab nak dapat free gifts. Hahaha.. Bukti kukuh orang Belanda memang cheapskate. ; ) Apalagi, cadangan yang bagus harus dituruti. Maka i pun beli lah seketul sabun (cuma 3.25 euro) & mendapat.......


Semua di atas, kecuali sabun seketul tu yang dibeli. Termasuk juga satu sampel Olive Tree Organic Moisturizing Face Lotion yang telah digunakan sampai habis, so tiada dalam gambar. Hehe.. Memang moisturizing & best sangat guna selepas cuci muka sebelum tidur. ;> Lepas tu kann... Tak habis lagi tau.. Ada lagiii... Dia kasi ni pulak....

Beli mana2 produk dalam range Almond berjumlah 25 euro, dan dapatkan Shower Oil & Massager percuma. Tawaran sah dari 15 Mei - 15 Julai 2009

Ahh, sudah! Kali ni betul2 rasa macam nak sepak diri sendiri kalau terjebak lagi. Mungkinkah? Tidakkkkk.........

7 comments:

NadiahKhair said...

murah ke ayu loxctan tuh kat sana?
kalau murah mau kirim. wakakak. mcm nak beli sebundle jek.
kelakar seyh part kahfu. mmg betul. semorg salah.

Farina said...

Ayu, ampun!!! aku tak tau address blog baru ko nih.. Awat hang tak link dari friendster blog.. Anyway, nasib baiklah aku pi balik ke comment2 hang and click dari link situ.. Anyway, aku dah link kan blog baru ko dah.. Nanti aku balas tag ko pasal makanan tuh ek.. Erm,berkeriuk perut ku ini!!
P/S : aku pun nak tukar layout blog aku lah.. cantik nye layout ko..

Ayu said...

Kak Long - harga almond shower oil 250ml - 16.50 euro, shea butter foot cream 150ml - 20 euro, shea butter hand cream 30ml - 6.50 euro. Yang lain2 tak ingat la.. So how, murah ke? Sbb harga kat Malaysia Ayu tak tau lah.. Kalau mau kirim boleh.. Nanti Ayu mintak mak bwk blk. ; )

Farina - Takpe nyah, aku pun mintak ampun gak, saja aku tak link kan kat fster sbb aku taknak semua orang baca, aku nak kwn2 terdekat/family je, sbb aku nak cerita mcm2. Kang kalau org yg tak rapat, meluat pulak baca cerita2 kita. Hehe.. Ok, aku tggu cerita makanan dari ko. Layout ni, mak aku yg komen, kalau background gelap mcm fster blog aku, lagi mengancam katanya. Tu yg aku cari background gelap tu. Hehe..

Anonymous said...

baru aku tau camne nak sebut dgn betul brand tu heheh..loxiten (kalo eja cam org melayu kita heheh)..tak penah pon try brand ni kat msia..besh ek ayu?

kalo aku nak as wedding gift bole? haha melampau punya permintaan!

Ayu said...

Besh la brand ni, semua product dia so far mmg sgt memuaskan hati, tapi rege dia pun sedap la sket. Hehe.. Boleh2.. Tapi wedding gift terlambat boleh tak? Julai ok? I tggu budget turun dari langit, u... ; )

Hana said...

wah bestnya ..nak sedozen?hehe..

Ayu said...

Amboi, Faza! Boleh2.. Hehe.. ;>