Sunday, May 31, 2009

Last Post...

... before i leave for London. Hehe.. Nanti korang rindu aku pulak kan.. Hehehe.. My parents & Aiman dah pun berlepas dari Malaysia hampir 5 jam yang lalu. Kami akan berjumpa di London esok pagi. As for now, saya agak kerisauan sebab budak Aiman mula demam & batuk semalam. Harap2 kena angin benua lain, baik terus la demam dia. Kalau tak, tentu tak seronok nak berjalan2..

Lagi sejam++ saya akan keluar dengan beg2 skali, ke rumah Nirmala. Dia ajak dinner pukul 6 petang. Lepas tu saya akan ke rumah Lau & Gaya pulak. Tumpang tidur malam ni, sebab esok pagi nak tangkap train dari stesen dekat dengan rumah diorang. Jam 6 pagi dah kena keluar dah esok.. Excitednya nak jumpa family!!! ;D

Oh, lupa nak cerita, semalam lepas membeli belah, saya & Che Dah singgah di KFC. Saya terbaca blog orang yang tidak dikenali yang mengatakan KFC di Netherlands ni halal. Orang tu orang Malaysia jugak, yang tinggal di sini. Katanya, suaminya telefon manager KFC dan dia mengesahkan ayam2 di KFC halal, kecuali chicken pop ke apetah, yang tak halal sebab diimport dari UK. Suami dia juga ada hantar surat ke KFC dan dapat jawapan yang positif jugak. Setelah membaca cerita tersebut, berkobar2 lah nak pi KFC. Sebelum masuk KFC, melencong ke Toko kejap, beli sebotol kecik coc cili Thai. Hahahahha... Sah2 la KFC Belanda ni takdak sos cili.. Lepas tu masuk KFC, beratur dalam 7 minit, sampai je giliran, terus tanya perempuan di kaunter tu, ayam kat sini halal ke tidak? Dia jawab halal. Confident noxx.. Perempuan kaunter sebelah pulak memang muka arab, sah lah tu. Percaya2.. Maka kami pun order lah 2-piece set. SPICY lagi you..

Tapi sedihnya.. Set dia takdak coleslaw & mashed potato lahh....

Ketchup 4 kupang 1 tub

Sedikit terkuciwa.. Ayam pon tak spicy.. Takpelah, sekurang-kurangnya ada gak KFC halal kan, yang diidam2kan sangat selama ni. Padan muka. Makan. Makan pepuas.

Gambar2 tadi di-snap guna handset, sebab semalam tak bawak camera ke pasar. Bila dah bukak memory card handset ni, terjumpa gambar yang lain pulak. Gambar yang dah lama snap tapi tak ingat nak share.

Seekor merpati hinggap di luar tingkap sewaktu saya tengah melayan perasaan membaca novel sambil mengadap ke luar tingkap bertemankan secawan coklat panas

Ok lah, nak buat last minute check, kot2 la ada lagi benda yang patut disumbat dalam beg. Jumpa lagi!! ;D

Saturday, May 30, 2009

Shake shake shake

Harini betul-betul panas. Terik dan tidak berangin. Dah malam pun panas jugak. Sampai menimbulkan kegilaan. Dan keinginan. Keinginan nak minum Nescafe shake. Wahahahahha!! ;D Guna apa yang ada je lah, Nescafe, susu tepung Nestle, gula, air mendidih. Masuk dalam botol kaca, shake shake shake. Tambah ais, shake shake shake lagi.

At lasttttt........ Pada jam 11.45 malam........

Terlebih sudah. Terlebih whipped cream ;p

Masalahnya, straw takdakkkk...... Spoil betul... Papepun, habis sudah. Esok boleh buat lagi. Hehehehehehhehe......

Alamak, jangan aku tak tido sudah malam ni.

Whenever I ran out of dinner ideas...

I consulted Mr Fiance. This time around, his suggestions were ayam percik or ayam masak merah. I asked him if ayam percik would pair nicely with nasi beriani. He said yes. Betul ke yang?

Disebabkan taat setia & mendengar kata..

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Nasi beriani with ayam percik & acar mentah
Verdict : Memang masukkk... ;D

Today's report:
I managed to finish scoring ONE rat video tape (huge achievement!!!) with 20 clips of 15 minutes recordings - there are 7 others (bleurghhhh). Oh yes, I went home earlier than usual, and did spring cleaning of my room (and the rest of the house too) - in preparation for the arrival of my loved ones. ;D As for now, everybody is invited to run a WHITE glove over the closet top. Hehehehe..

Friday, May 29, 2009

Cerita ceriti

Harini sudah hari khamis, esok Jumaat. Cepatnya minggu ni berlalu.. Semalam ada gotong-royong membersihkan jabatan, 3 jam kemudiannya, ada jamuan ringan. Ni yang syok ni. Hehe.. Banyak finger food yang boleh dimakan pulak tu, sebab berasaskan ikan. Herring, smoked salmon, etc. Sukanyaaaa... Gambar tiada. Sorry. ; )

Oh ya, Isnin depan Ayah, Mak & Aiman akan tiba di London. Jadi, awal2 pagi lagi saya perlu berada di Schiphol airport untuk catch flight ke London. Masalahnya, Isnin depan adalah public holiday di Belanda. Jadi, tiada bas awal ke Utrecht Centraal dari tempat saya. Tension.. Tapi masalah sudah selesai sebab saya akan tumpang tidur di rumah Gaya & Lau pada Ahad malam. Rumah diorang dekat dengan Treinstation Zuilen yang ada keretapi bergerak awal. The catch? Kena tukar2 keretapi. 3 different trains. Lantakla labuu.. Asalkan sampai ke Schiphol on time untuk check-in pada jam 7.35 pagi. Nak bayar teksi 45 euro ke airport, heiii... Tak mau, tak mau.. Tambah2 tengah kemelesetan ekonomi nih. Kalau time makcik kaya takpa la.. Hehehehe..

Beg baru saja 20% siap packing. Takpa, lambat lagi.. Saya pun bukan nak bawak banyak sangat, nak pi 4 hari je.. Sepasang baju tidur, 4 helai tops, undies, telekung, charger telefon, dan lain2 lebih kurang sudah la. Jeans? Tibai sehelai jeans je straight 4 hari. Bukan berpeluh pun. Hehehe..

Oh ya, nanti pada 5 Jun Adik akan join ke sini jugak. Budak bertuah ni rupanya dah habis exam time tu. Dia takkan join jalan2 di London, tapi dia akan terus land di Amsterdam. Terkocoh2 beli tiket tambahan ke Paris untuk dia baru2 ni. Sebaik ada lagi. Selamatt...

Ok lah, cerita diakhiri dengan sekeping gambar (nak jugakk). Dinner tadi. Puas hati.... ;D

Thursday, May 28, 2009

The Simplest Homemade Dessert

Cooking class!! ; )

Apple Crumble
(for 1 person)

Sorang je nak makan, jadi guna 1/4 apple cukup lah

Diced apple +2 tbsp brown sugar + 0.5 tspn cinnamon powder

Pack apple dices in a ramekin/other ovenproof container

Meanwhile, mix 1 tbsp butter + 2 tbsp flour + 1 tbsp chopped nuts

Mix well with fingers until the mixture resembles breadcrumbs

Sprinkle the crumbs on top of apple layer

Preheat the oven at 180'C. When ready, bake for 15-20 minutes

Tadaaa!!! Hasil dari oven

For an extra uumph, top with your favourite ice cream ;>

Happy trying!!

Wednesday, May 27, 2009

Selasa Yang Suwey

Kenapa suwey? Malas betui nak ulas.. Tapi nak cerita jugak la. Hehe..

Pagi2 sampai office, depan pintu ada kertas bertulis:

Please close the windows whenever a storm is predicted. All my papers are soaked!

Joost

Halamakkkk.... Hampesnya rasa... Memang makcik ni lah yang bukak tingkap kecik2 tu semalam. Bukan tingkap besar pun, tingkap halus2 je kat atas dinding tu. Semalam panassss.... Lagipun saya tak tau akan ada storm semalam. Ye la, newspaper Dutch saya tak reti baca. Amponnnn.. Sehubungan itu, saya telah mengarang satu nota "sorry" untuk office mate saya yang malang..

Lepas tu, jam 9 pagi saya & Marchy dah tercangak di Lab Animal Unit. Rupa2nya procedure yang patut kitorang tengok tu cancelled. Cet. Sia-sia i bangun awal u know..........

Dah pergi ke Lab Animal Unit tu, maka terlepas la Journal Club meeting pukul 9 pagi tadi. Sampai2 office je masuk e-mail ni:

Dear JC members,
We had a very dissappointing attendence this morning. So we decided to postpone this week's article untill next week. Nobody received any notices that people couldn't come today. Please remind for the future to send a message to the JC if you're not able to attend. I want to remind the MSc-student that the JC is obligatory for them.

Hadoi la.. Memang kena la kat batang hidung ni. Dah la MSc students kat jabatan ni cuma ada 2 je, Marchy & Ayu. Benci2.. Apa lagi, pastuh saya karang lah e-mail mohon ampun & maaf, memberitahu sebab2 ketidakhadiran pagi tadi. Kerja harini, takdak lain, karang kata2 maaf je la..

Lepas tu ada pulak kes penyelia A menyerang penyelia B. Alkisahnya, modul penyelia A tergendala sebab penyelia B punya modul masih panjang (task dia kasi adalah sangat panjang & membebankan). Bukannya kami (saya & course mate) mengadu. Kami cuma menjawab soalan penyelia A. Alih2, berlaku lah sedikit komunikasi tak berapa lembut antara mereka. Kami jugak yang tersepit di tengah2. I benci, benciiiii.......

Dah habis kisah suwey diri sendiri, ada satu lagi kisah suwey orang lain. Ni betui2 suwey. Seorang kawan perempuan Thai yang buat phD kat jabatan ni, terjumpa underwear lelaki dalam beg dia. Ke mana lagi dia nak pi mengadu kalau tak kepada Marchy. Maka dia pun datanglah ke bilik kami membawa bag pack yang mengandungi underwear tersebut. Kata dia, dia memang biasa tinggal beg & tak kunci office dia. Alih2 bila dia seluk beg nak ambik fail, tiba2 tersentuh sesuatu yang asing. Wahahahha!! Penat kami reka2 teori macamana menda alah tu masuk dalam beg dia. Marchy punya teori lah yang paling best. Katanya (dalam bahasa Inggeris) yang bermaksud;

"ada seorang pencuri telah masuk ke bilik itu dan mencari barang2 bernilai dalam beg tersebut. Disebabkan geram tak dapat apa2 barang berharga dalam tu, pencuri tu pun londehkan seluar, tanggalkan underwear dia & masukkan dalam beg tu"

Masa dia cerita ni dia siap buat gaya sekali. Wahahahah!! ;D Lepas dah tengok underwear bersaiz L tu, setiap lelaki yang berlalu depan pintu, kami akan note: "tak mungkin, kecik sangat dia ni" ATAU "ha, yang ni mungkin!"

Sewelll........

Crime Scene Investigation ;p

Tuesday, May 26, 2009

Khas Untuk Anim

Request Anim pada post lepas dijawab di sini lah ye. Panjang sangat nak tulis kat comment box. ; )

Resipi Ayam Halia Chinese Style

(2 orang makan)

Bahan-bahan:
  • Minyak masak - 3 sudu besar
  • Bawang putih - 1 ulas (hiris)
  • Halia - 2x amaun bawang putih (hiris memanjang)
  • Isi ayam secukupnya
  • Cili kering - 3 tangkai (hiris serong)
  • Sos tiram - 3 sudu besar
  • Sos cili - 2 sudu besar
  • Sedikit gajus siap digoreng
  • Lada sulah
  • Garam
  • Minyak bijan (3-4 titik)
  • Daun bawang - 3 helai (potong 1.5cm panjang)
Langkah memasak:
  1. Tumis halia & bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan isi ayam & goreng sampai bertukar warna.
  3. Masukkan cili kering, sos tiram & sos cili - kacau2.
  4. Kalau perlu, masukkan sedikit air.
  5. Masukkan pula gajus, kacau lagi.
  6. Perasakan dengan lada sulah, minyak bijan & garam (kalau tak cukup masin).
  7. Last sekali humbankan daun bawang.
  8. Siap!
Resipi Sayur Goreng Ala Cina
(2 orang makan)

Bahan-bahan:
  • Minyak masak - 2 sudu besar
  • Bawang putih - 1 ulas (dicincang)
  • Udang secukupnya
  • Carrot - 1/2 batang sederhana (hiris suka hati)
  • Kacang buncis - segenggam (potong serong)
  • Baby jagung - 3 batang (potong serong)
  • Cendawan butang -5 biji (belah dua)
  • 1/2 batang cili merah (hiris serong)
  • Serbuk pati ayam - 1/2 sudu teh
  • Garam
  • Lada sulah
  • Minyak bijan (3-4 titik)
  • Tepung jagung - 1 sudu teh (bancuh dengan sedikit air)
Langkah memasak:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan udang & goreng sekejap.
  3. Masukkan semua sayur2an (mula dari sayur yang keras dulu) & kacau.
  4. Tuangkan 1/2 cawan air.
  5. Perasakan dengan pati ayam, garam, lada sulah & minyak bijan.
  6. Kacau2 sampai sayur agak lembut.
  7. Masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata.
  8. Siap untuk dihidang! ; )
Tips: Untuk kedua2 hidangan ni, paling afdal pakai api besar & sentiasa kacau goreng! ; )

Nasi Campur

Menu malam ni - nasi putih, ayam halia Chinese style, daging kandar & sayur goreng ala Cina.


Konsep muhibah hasil usahasama Che Dah & Ayu. Semuanya sedapp (kes masuk bakul lagi). Kalau sesapa nak try daging kandar tu, resipinya di sini. Trylah, senang plak tu. Ke satu dunia memang dah tau masak daging macam tu, I je yg ketinggalan ketapi.. ;p

Monday, May 25, 2009

Ahad Yang Panassss

Suhu di Netherlands boleh naik turun naik turun dengan mendadak. Contohnya, pada hari Isnin suhunya mungkin 11'C tetapi pada hari Selasa pulak, mungkin boleh meningkat ke 19'C atau 20'C. As for today, the temperature went up to 20'C in Utrecht. Sungguh panas.. Jangankan air-cond, kipas pun takdak. Tinggal nak lipat kertas ja buat kipas, & kipas dengan tangan. Bukan apa, bukak tingkap seluas2 alam pun tidak berguna. Harini angin mati (maksudnya tak berangin).

Pemandangan dari bilik saya boleh dikatakan cantik juga. Tambah cantik sebab ada manusia2 sunbathing nun di bawah sana. Saya mahu mengambil gambar sebagai bukti tetapi malu. Di padang hijau itu selalunya terdapat biri-biri gemuk berkeliaran, tetapi tidak terlihat dalam gambar ini. Mungkin juga mereka telah dipindahkan ke paddock lain pada waktu tengah hari, sebabnya pagi tadi ada mereka di bawah sana. Tidak mengapa, lain kali saya akan menempek gambar biri-biri, kuda padi & arnab liar pulak ok.. ; )

Sunday, May 24, 2009

Beef Rawon, Horses & Shopping

Today, Lau arrived at our house at 11.25 pm to cook beef rawon (Indonesian beef soup) that she planned to serve with koey teow. Koey teow sup la jadinya tu.. I made sambal kicap to go with the dish sebab semuanya kaki makan pedas, and they requested for it. Antara manusia bertuah yang turut sama menjayakan sesi makan2 tengah hari tadi adalah Mokrish. Yang lain tak dijemput sebab mereka tidak boleh makan beef. Mereka adalah Nirmala & Gaya. Hehe.. Amponn.. Sesi makan2 ini adalah dirahsiakan daripada pengetahuan mereka. Harap maklum.

Sedappppp.... Berair2 hidung makan menda alah ni

Dalam pada nak mula makan, terdengar detak detuk kaki kuda berlari. Terus la jenguk dari tingkap dapur & nampak barisan kereta kuda yang panjang. Harini ada horse show di dalam campus!! ;D

Kuda!! Kudaaaa!!

Dah kenyang makan 2-3 round, Lau terus mintak diri untuk pulang, manakala Ayu, Che Dah & Mok pula pergi ke Centraal. Kali ini I berniat untuk membeli sedikit keperluan (baju2 untuk tujuan pelancongan). Hehe.. Rembatan dibuat di H&M, store yang sesuai ketika kering macam sekarang ni. Dalam pada nak beli sikiit saja, terbabas jugak, tapi tak banyak. Adoii.. Takpa2, keperluan. Perlu2.. ; )

Begitulah laporan hari Sabtu, setakat sini dulu. Saya akhiri dengan serangkap pantun - berakit2 ke hulu, berenang2 ke tepian, bersakit2 dahulu, bersenang2 kemudian. ; )

Saturday, May 23, 2009

My Day After Ascension Day

Ascension Day marks the day when Jesus Christ ascended up into Heaven. It was 40 days after his resurrection from the dead, which was on Easter Sunday. This year, Ascension Day fell on 21st May, 2009 (which was last Thursday). In the Netherlands, Ascension Day is a public holiday. Well, i just love holidays, lantakla apa sebab sekalipun, asalkan cuti. ; )

On Friday the next day, I went to the office as usual. However, I arrived quite late, because I took some time preparing my lunch as I predicted I will spent a long day in the office doing behavioral scoring of rats. I arrived at the office at 10.30 am to be exact. Quite late, you see.. ;p

However, I noticed the carpark on my way to the office was 80% empty. So I already knew that most people extended their holidays, taking Friday off too.. Well well well.. So Belanda.. Hahaha, Malaysian pun samalah kan.

Di jabatan I pun sama, cuma 5 bilik saja yang pintunya terbuka, yang lain semua tutup rapat. Sampai je ke bilik sendiri, cuma ada Marchy di dalamnya. Manon & Joost (my Dutch office mates) pun cuti nampak gayanya.

Tak mengapa, Marchy & I terus ke video room & buat behavioral observation. Baru habis score 1 cage, masing2 sudah mengantuk2. Lantas kami pun balik ke bilik kami semula. Saya terus lunch & Marchy terus telefon mak nya di Bangkok. Hahahahh.. Amik kesempatan, takdak manusia kan, terus dia buat khidmat masyarakat guna telefon office. Hehehe.. Selepas itu, kami sambung scoring 1 cage tikus lagi & kemudiannya dah tak tahan sangat, terus berangkat pulang. Lagipun jabatan yang lengang membuatkan semangat nak buat kerja terus padam. Alasann..

Susah2 buat bekal bawak pi office la konon, pukul 1.30 petang dah chow. Hahaha.. Buang karan.

Random pics dalam office pada hari Jumaat lepas

Ni la bilik untuk video scoring tu, macam hapa ntah..

Thursday, May 21, 2009

Siapa yang membuat onar??

Kisah semalam. Sebelum ke padang untuk sukaneka, i decided to go home, take my camera. Memandangkan office & bangunan apartmentku 5 minit jalan kaki je, ulang alik 10 kali sehari pun takpe. Hehehe..

Since i live on the 11th floor, 99% probability adalah saya akan naik lif. Kalau tetiba terasa nak buat latihan cardiovascular barulah i kerabat anak2 tangga. So, i pun tekan la butang lif. "Ting!", bunyi pintu lif terbukak di ground floor tu. Memang takde manusia. I sorang2 je.

Tapii..... Apekejadah ni?? Bau busuk mak aii.. Nak kata bau sampah, bukan. Bau tikus mampos, bukan. This was more like bau KENTOT. Macam orang yang makan telur rebus 10 biji, lepas tu kentut puas2 dalam lif. Geram gila rasa, bau tu pekat nak mampus. Lif pulak terkedek2 nak ke tingkat 11. Seksa oiii....

Mula2 memang rasa marah, tapi dah lama2, rasa risau pulak. Alamakkk.. Buatnya ada manusia di tingkat 5 ke 6 ke yang nak ke tingkat atas, mampos aku. Masuk je manusia lain dalam lif ni, konpem la dia ingat aku yang kentut. Dah aku sorang je ada dalam ni. Tak relaaaaaaaaaaaaaaa.....................

Dalam pada pikir memikir tuh, boleh pulak tergelak sorang2 bagai nak gila. Saiko ok, pasal bau kentut ni, aku nak stress pulak. Dah la ada CCTV dalam lif, kalau ada orang yang tengok, mesti orang tu pelik tetiba i gelak sorang2.

Dalam kemarahan, tekanan perasaan & gelak2 tu, lif pun sampai tingkat 11. Cepat2 i cabut keluar. Lega. Alhamdulillah.. : )

An Award


Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie:

1. Bakal kakak ipar ku yang lawa & vouge selalu. Puji ikhlas, puji ikhlas.. ; )
2. Baru dapat 2nd baby sebulan++ yang lalu. Sangat adorable baby Mia Sarah ituu..
3. Mempunyai career yang sama dengan saya (career menyeksa diri) di universiti yang sama, tapi fakulti lain2.
4. Suka shopping (sapa la yang tak suka kan??).
5. Ada sebuah keluarga bahagia & complete pada usia yang boleh dikatakan muda. Sungguh dengkiiiii...... ;p

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya :
1. Saya sangat suka bertangguh2 kerja, terutama kerja yang takdak deadline. Mahap le..
2. Makanan, makan, dan makan lagi dah jadi hiburan dan aktiviti mengisi masa terluang. Tolong, tolongggg.......
3. Sangat tak sabar menunggu ketibaan Mak, Ayah & Aiman. Yeahoooo!!!
4. Merasakan Mr Fiance adalah sangat adorable walaupun muka dia garang. Kadang2. Hehe..
5. Ada orang yang konpius, dia ingat saya orang Kelantan. Walaupun saya dilahirkan di negeri Cik Siti Wan Kembang (sebab tu saya kembang??), mak bapak & tok nenek saya orang Penang. Saya pun membesar di Penang. Di sini mengisyhtiharkan, saya orang Penang. Tapi bukan anak mami. Tengok hidung pon korang patutnya tau lah kan. Penyek. ;p
6. Saya pernah jadi cikgu bahasa inggeris selama 3 bulan, cikgu muzik pon 3 bulan jugak, masa cuti semester zaman degree dulu. I love being a primary school teacher. Rasa macam nak tukar profession je..
7. Ada 1 plan hebat, yang cuma akan terlaksana kalau saya boleh mengawal nafsu sopping dari sekarang sampailah bulan Januari nanti. Gila susahh....
8. Saya overweight. Since forever. Sabar je lah..
9. Rambut gugur melampau2 sejak akhir2 ni, sampai terpikir, akan botakkah aku 6 bulan lagi??
10. I don't like yellow gold. Kulit coklat ku bertambah coklat jadinya. I think. Heee..

Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka :

1. You know who you are :P
2. Kak Rima - The friendliest person on earth. Daripada tak kenal, boleh mesra & rasa macam kenal lama. Anak2nya sangat adorable..
3. Shila - Ex-course mate, sekarang bahagia dengan husband & baby Hazim yang comel.
4. Ella - Sepupu yang dah lama tak jumpa, tapi connected thru the net. ;>
5. Fazhana - Ex-course mate juga, sekarang ni banyak sangat benda yang dibuatnya pada satu masa. Kagum2..
6. Ayen - Teman melepak sehati sejiwa di bumi Belanda nih. You rock girll!! Bila ko nak heret Mai datang Utrecht lagi weh? Jom2!!
7. Anim - Senasib di bumi Belanda. Ada baby Muaz yang kiut sangatt.. ; )
8. Mieza - Another rocking Georgian. Nak kawen dah dia bulan Jun nih.. All the best dear!! ;>
9. Zehan - Lagi ex-course mate yang dah jadi colleague. Sekarang di Glasgow. All the best with ur studies & congratulations on your newborn Adaira!! ;D

Tak sampai 10, jangan marahh.. Terimalah "anugerah" ini, you all truly deserve it!!

P/S: Kepada Kak Long, thanx for this award!! I like it because it's pink. ;D

Sukaneka

Tah pasal apa petang tadi jabatan haiwan, sains & masyarakat (my department) buat sukaneka. Depa kata "games". Ingatkan berlawan2 lah, rupanya tak pun, suka2 je, bukan pertandingan. Hahaha.. Kelakar pulak. Tapi takpe jugak, sebab ada snek & air free. Yang sadisnya bila mereka mula hidupkan api bbq & keluarkan sosej besar, mak aii.. Yang empunya diri cuma tengok sajalah..

Cabaran pertama: Bawak basikal ni mengelilingi bola & kon. Kelakarnya, orang2 Belanda tak boleh buat dengan jayanya walaupun depa kayuh basikal hari2. I pulak yang maju jaya dalam acara ini. ;D

Tengah gelakkan pakcik Theo yang terbabas2 naik basikal tadi

Itulah satu2nya course mate saya, Marchy

Marchy & Robert bermain badminton sambil yang lain menonton. Janneke pulak tengah sumbat chips dalam mulut dengan bersungguh2.

Giliran Ayu & Hetty pulak ok..

Adik2 keluar bermain bila cuaca bagus macam hari ini

Dengan Hetty & Janneke. Masa ni tengah kepanasan. Pakai baju tebal sebab pagi tadi suhu 11'C. Alih2 masa ni naik ke 20'C pulak.

Aksi menarik Marchy & Robert

Sedikit sewel

Bukan tiub basikal. Itulah Dutch liquorice drop. ; )

Wednesday, May 20, 2009

Rats, Dinner & I

Today I went to the office at 10.30am and did behavioral observation of rats in home cage (on video). Actually, I did the scoring with Marchy, as we helped each other to type the scores, when one of us had eyes fixed on the tv screen. This is too complicated. My fingers are not well trained to hit the right alphabet on the keyboard without looking at it. I hope this is not considered cheating, as our scores will be used for a colleague's phd project data. Hah. Aku dah kata aku takdak pengalaman, ko suruh jugak apehal.. Moga2 result research ko adalah reproducible. Aminnnn...

Other progress? Hmmphh.. Macam kekure. Yang penting, bila tengok agenda (organizer), baru sedar lagi 2 minggu dah nak masuk bulan Jun. My parents & Aiman will arrive in London on June 1st, and I will meet them there. So, minggu pertama bulan Jun dah ala2 gone. 2nd week of June, we will leave for Paris. Gone case lagi sekali. Sekarang kena tampar diri kuat2, dengan harapan tolonglah buat kerja dengan advance sekarang to make up for the coming weeks off. Adoila. Will power nak buat kerja belum ada. Marilah mariii...

Gambar sekadar hiasan ;p

Yang penting, hari2 i will get excited when it comes to dinner time. Boleh separuh hari pikir nak makan apa. Makin kronik & severe penyakit nih. As for tonight, cadangan menunya adalah creamy spaghetti with grilled chicken, atau nasi+ayam masak kicap+sayur campur. I asked Mr Fiance to help, by sms voting. Hahaha.. Jawapannya - "I wan my feveret. Spageti". Okay dear, it will be spaghetti then. Akan tetapi, spaghetti tinggal beberapa urat saja rupanya, i was not aware of that. So, i used tricolor spiral pasta instead. Nah, i dedicate gambar ni untuk eby.. ; ) Untuk eby berangan2 macamana rasanya dalam mulut sekarang. Hehee..


Seterusnya, mission malam ini adalah untuk buatkan London itinerary yang baru siap separuh jalan tu. Adoii.. Susah jugak rupanya buat kerja2 planning ni, bila kita tak pernah tau pun tempat tu macam mana. My dad insists on having a well planned itinerary, sebab tak nak bazirkan masa & he wants to make sure we will visit tempat2 yang patut dilawati, sebanyak2 tempat yang boleh lah. Ok ayah, sabar ok. Tengah diusahakan. Maaf di atas kelewatan. Hehe..

On another note, harini i telah menggangu hidup Mr Fiance dengan men-demand tentang sesuatu (bukan material), but the way he responded was so great, I think I'm falling in love again with this man.. ;> Tu je la, sebelum keluar ayat2 power yang lain, baik i stop di sini saja okes. Hee.. ;D

Tuesday, May 19, 2009

Salam Pantai Timur

Hehehe.. Suka hati je buat tajuk gitu kan. Sebenarnya nak tayang dinner hari Isnin.
Tadaa..........

Nasi kerabu & daging goreng kunyit

Nasi kerabu setelah berperang ;p

1st time buat natang nih. Sebelum nih xpenah attempt pun, sebab pasar malam bersepah kat Malaysia. Tak yah susah2.. Ni bukan apa, asyik dengar Mr Fiance cerita makan nasik kerabu, tak tahan lah.. Nak jugak. Tadi pun dia sms cakap makan nasik kerabu abang iparnya belikan. Tak bleh jadi nih. Hehe..

Lagipun, mengingatkan taugeh (baki buat laksam) & ikan halus2 yang Marchy kasi tu masih ada, menu ni lah yang paling seswai malam ni. Hasil usahasama dengan Che Dah yang buat daging goreng kunyit & potong ulam2an, jadi jugak. Resipinya dicilok dari sini.

Nostalgia betul la bila makan nasik kerabu nih, teringat zaman student kat UPM. Kalau pergi pasar malam Serdang, 60% kebarangkaliannya mesti terbeli nasik kabu. Hehe.. Teringat jugak masa dating bukak puasa dengan Mr Fiance kat cafe fakulti dia. Isk2x.. ; )

Monday, May 18, 2009

Sunday Summary

Harini tak buat apa2 sangat, kecuali bangun lewat, makan2, vacuum rumah & browsing the net. Bosannnn... Cuaca di luar pulak mendung, berangin, hujan & sejukk.. Spring konon. Ceh.

Tiba malam, barulah excited sket sebab jiran depan pintu, Germari, ajak dinner di rumahnya. Makanya kami pun pergilah.. Bawak sate daging, nasi impit, serunding & kuah kacang. Di sana jumpa kawan Germari, Elga. Tuan rumah jamu mixed salad with strawberry vinegar (starter) dan juga nasi putih bersama tilapia & kentang (main course).

Elga & Germari

Tambah sekor lagi. Hehe..

Biasalah, aktiviti makan2, sembang2 & kemudiannya main satu board game yang sangatlah complicated rules dia. Took us 15 mins to figure out the way of playing. Adoi laa.. Hampir2 nak give up, si Elga pun dah tak kuasa, tapi Germari nak jugak main. Dia nak try jugak game yang dia beli dengan harga 50 eurocents masa Queens Day haritu. Hehehe.. Tapi macamanapun, enjoyy.. Che Dah menang game ni. Hehehe..


Oops, lupa nak cerita. Tengah2 main board game tadi, Germari datang bawak pinggan, dan hidangkan dessert pulak. Minah ni.. Mesti lengkap course nya. Kalau tak, tak sah lah dinner di rumah dia. ; )

Waffle with apple & raisin
Warm, sweet & yummy!!

Lepas habis makan & Che Dah menang game tadi, sesekor pun beransur pulang. Begitulah berakhirnya hari ini. Sekarang perut kembung & ketat. Katil pulak memanggil2. Hehe.. Good nite.. ;>

Sunday, May 17, 2009

Kalaulah..

I ni orang Jepun, adakah nama i akan jadi Ayumi Hamasaki? Wahahaah.. ;D

For the instructions, add your name on the list and simply spell out your name using the given Japanese letter - translations below. Tag six of your friends and inform them of the tag. Have fun. TRANSLATION:

A - ka----F - lu---- K - me---- P - no---- U - do---- Z - zi

B - tu----G - ji----- L - ta----- Q - ke ----V - ru

C - mi----H - ri ----M - rin ----R - shi ---W - mei

D - te----I - ki -----N - to----- S - ari---- X - na

E - ku--- J - zu ----O - mo ----T - chi---- Y - fu


Hasilnya..
  • Todoshi Ritatekafudo (nama penuh)
  • Kafudo (nama pendek)
Macam nama lelaki je.. Hehe.. Thanx Sheila, kerana menge-tag saya! ;D

Angels & Demons, and More..

Harini, bangun tidur je, terus siap2, keluar ke Centraal untuk tengok Angels & Demons. Ceritanya boleh tahan, tapi i tak minat la cerita yang dark & sengsara jiwa macam ni. Banyak scene penyeksaan, bunuh orang dengan cara membakar hidup2, etc. Sepanjang cerita asyik bercerita pasal Catholic Church, Catholics & Illuminati. Sesapa yang suka cerita2 begini, silalah serang panggung sekarang. ; )

Hah, lupa nak cerita. Duduk je dalam cinema tu, Mok terus keluarkan sesuatu dari beg, dan kasi pada Che Dah & I sorang satu. Rupa2nya, fridge magnet dari Sweden. Mok baru lepas hadir ke satu conference di sana. Suka2!! ;D

Swedish moose. Kiut kan.. ;>

Selepas habis movie tu, Lau dengan senyuman bertanya, "you all nak join tengok Star Trek tak?" Kitorang pun jawab la dengan penuh semangat, "Nak2, bila??". Rupanya Lau & Mok nak tengok Star Trek harini jugak, pukul 3 ptg. Adoi. Pening kepala tgk demons tak abes lagi, ko nak ajak aku tengok perang galaksi pulak. Tak mau, tak mau..

So kitorang pun lepas tu terus la ke pasar, jenguk2 gerai seafood, nampak ada ikan temenung & cencaru. 1st time tengok ikan2 ni kat sini. Selalunya tak ada. So, rembat la ikan temenung 4 ekor. Lepas tu sempat la makan mussels goreng & ikan mackerel goreng di vishandel (gerai seafood)tu jugak.

Sesekali buang tebiat bergambar di vishandel

Lepas dah kenyang, Che Dah & I jalan kaki ke Lombok, cari ayam & daging halal. Kat situ jugaklah shopping barang2 dapur, makanan & toiletteries di supermarket Albert Hein. Sampai rumah, dah pukul 4.15 pm. Letihnyaaa... Tapi terus la siang ikan, ayam, segala sebelum masukkan ke freezer. Lepas tu masing2 masuk bilik, rehat2.

Malamnya, mulalah aktiviti buat laksam. Haa.. Tu lah gunanya ikan temenung siang tadi. Guna 1.5 ekor ja untuk kuah laksam, sebab 2 orang je nak makan. Masalah terbesar adalah nak buatkan laksamnya (yang macam koey teow gulung tu). Menda alah tu kena dikukus. Masalahnya, camno?? Periuk kukus takde, periuk nasi pun takde. Plan B adalah untuk guna spagheti je, biar macam laksa Johor tuh. Hehe.. At last, terpikir la nak microwavekan saja bancuhan tepung beras+tepung gandum tu. Dann.. Menjadi!! Tuang adunan nipis je dalam tupperware, tutupkan penutupnya dengan longgar dan microwavekan selama 1 minit. Hahaha.. Terasa genius plak diri ni. ;p

Laksam Che Dah & Ayu ;p
Klik sini untuk resipi

Saturday, May 16, 2009

Khas Untuk Mak

Mak, Selamat Hari Guru!! ; )

Sejak hari Ayu dilahirkan, mak memang bergelar cikgu, sampai lah ke hari ni. Kawan2 Ayu pun (esp. Wan, Neng, Ju, Joe, Mat Pidos) semua panggil mak cikgu. Suruh depa panggil makcik, tapi depa kata tak boleh lah. Hehehe..

Mak, jadi cikgu tu pekerjaan yang sungguh rewarding. Ini pandangan ikhlas Ayu, setelah berkesempatan jadi cikgu selama 6 bulan. Tahniah sebab selama ni mak telah memilih kerjaya yang tepat (Ayu pulak yang agak termenyesal di sini. Wahaaa...). Ayu doakan mak akan terus enjoy menjadi seorang guru yang terbaik, dan berjaya dengan pelajaran mak di OUM. Aminn..

Dengan itu, Ayu dedicate lagu ni:

Kami guru Malaysia
Berikrar & berjanji
Mendidik & memimpin
Putera puteri negara kita


Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun negara kita
Panduan hidup kami semua


Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu membina
Negara yang tercinta


Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan
Tunai tetap kami tunaikan

Eheh. Berkat join koir guru masa jadi cikgu muzik dulu, terhafal pulak lagu nih. ;D

Little Fish

Earlier today, my one & only, lovely course mate gave 300-400 grams little fish (that's what her Yahoo Messenger message said). With that, I spent half of my day thinking what to do with the little guys, and finally decided to cook nasi lemak (rice in coconut milk) with fish sambal. And now, all I want to say is:

Marchy dear, thank you for the little fish, they tasted great!!! ;D

Friday, May 15, 2009

How Many Brothers Do I Have??

Lanjutan daripada kuiz "How Well Do You Know Me" di Facebook, adalah amat mengejutkan apabila 80% daripada colan2 memberi jawapan yang salah kepada soalan di atas. Adoii.. Sungguh tak sangka. Adakah i kurang menceritakan tentang adik2 yang lagi 2 ekor tu? Sampai semua kawan2 jadi konpius? Kesemua daripada 80% tadi menjawab "two" walhal jawapan sebenarnya adalah "three". Adoii..

Dipaparkan ketiga2 adik kesayangan:

Ni lah kedua2 adikku yang dah besar. Kiri - Adik, kanan - Hisyam
  1. Hisyam (Muhammad Hisyam) lahir pada 1986, sekarang bekerja dengan Jabil Circuit di Penang.
  2. Adik (Muhammad Ridzwan) lahir pada 1988, sedang menyambung pelajarannya di sebuah kolej di Shah Alam. Boleh pulak i lupa nama kolej tu. Mak, please help. Hehe..
Pesanan penaja: Kalau terjumpa dua ekor ni buat benda pelik2, jangan segan2, tolonglah report kat sini.

Dan latest addition to the family (tak lah latest sangat sebab dah nak masuk 7 tahun) adalah:

Aiman

Tu je lah yang cek nak habaq. Three tau, bukan two. Yep, cek anak pompuan sorang. Yang sulung. Tapi tetap, cek lah yang nampak paling muda sekali. Aiman tak termasuk. ;p ;p

Thursday, May 14, 2009

Kisah Aiman

Muhammad Aiman Fitry bin Mazlan was born on December 6, 2002. Di hening pagi Aidilfitri. Sekarang Aiman dah masuk darjah 1, tapi tak habis2 lagi cerita pasal budak ni. Hehehe.. ;D

Hasil kerja seni Aiman

Cikgu kasi C ;p

Kad hari ibu dari Aiman untuk mama

Kandungan kad tersebut - macam2 dia lukis
Mama & Aiman jalan sama2

Sambil jalan tu, ada pulak dia mengenang masa lalu
"Ni Aiman masa kecik2" katanya

Adoi. Eja nama sendiri pun tak betul..

Version kedua plak. Hehe..

Ni plak version tulisan jawi. Boleh gitu?
Memang nak kena sekeh budak ni.. ;D

Walau eja nama tunggang terbalik, markahnya boleh tahan.
Go Aiman go! Kakak is so proud of you.. ; )