Thursday, October 8, 2009

Tom Yam Talay with Marchy

Petang tadi Marchy telah bermurah hati sudi menjadi chef jemputan di dapur kami. Katanya, nak buat Tom Yam Talay, tom yam makanan laut yang ada santan. Di Thailand, kalau seafood tom yam memang macam ni la, ada santan. Tapi kalau tomyam udang saja (tom yam goong), yang tu yang kuah dia jernih warna oren-merah yang kita biasa makan tu. Kalau kat Malaysia pulak, hentam kromo saja la. Lempar la udang, ayam, daging, mentibang laut ka apa ka, semuanya kita buat yang kuah jernih oren-merah tu.

Baiklah, mari kita lihat resipinya. Resipi kali ni takdak sukatan sebab kami berdua memang jenis yang masak main agak saja. Tak payah la nak tanya berapa ml atau berapa gram, kita bukan nak buat kek ye puan2. Sila agak pakai logik akal.


Bahan2 (2 orang makan):

  • 1 liter air
  • 3 sudu besar Thai roasted chili paste
  • 1 batang serai
  • 3 hirisan lengkuas
  • 6 biji cili padi ditumbuk kasar
  • 3 keping daun limau purut
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • 1 mangkuk kecil sos ikan (nampla)
  • Gula
  • Garam (kalau perlu)
  • Jus limau nipis/lemon
  • 3 sudu besar santan pekat
  • Ketulan ikan dory/panga/apa2 ikan la
  • Udang
  • Sotong
  • Cendawan putih yang lebar & nipis tu
  • Daun coriander Thai (yang bau dia kuat semacam tu)
E'eh, ada la jugak sukatannya. Eheheheh..


Baiklah, cara2 membuatnya:

  1. Masukkan air dalam periuk, panaskan sampai mendidih.
  2. Humbankan serai, lengkuas, roasted chili paste, cili padi, daun limau purut.
  3. Lepas dah agak2 keluar rasa dan bau bahan2 tadi, boleh la humban seafood & cendawan.
  4. Perisakan dengan air asam jawa, sos ikan & gula.
  5. Masukkan santan.
  6. Akhir sekali bila dah agak2 masak semuanya, matikan api.
  7. Kemudian perahkan jus limau nipis & tabur daun coriander.
  8. Kalau tak cukup rasa, tambah la lagi apa yang patut k..

Chef Marchy dengan 1/2 periuk tom yam talay

Tom yam talay koey teow for dinner tonight

Sedappp..... : ) Thank you Marchy, jasamu dikenanggg!!! Next time menu lain pulak okeh. Hehehe..

No comments: