Monday, October 12, 2009

Alaaaaa......

Esok dah Isnin..........

Cepatnya hujung minggu habis!! Takpe, lagi 5 hari dia datang lagi. Another weekend. ; )

Hari ni, duduk bertapa atas kayangan. Langsung tak jejak tanah. Sebenarnya bangun tengah hari pagi2, lepas mandi terus siap2. Konon nak pergi ke Spar supermarket, nak cari prepaid telefon. Bodoh ke hapa, harini hari Ahad, lupa pulak waktu operasinya adalah dari 4 petang - 8 malam. Cehhh... Buang karan betul. Selamat sedar cepat, sebelum keluar rumah. Terus tanggalkan jaket & tukar baju. Terbazir 2 semburan perfume. Ceh.

Dah kuciwa tak dapat ke supermarket tu, mulalah nak merepek cari aktiviti. Bosannnn.... Nampak pisang terlebih ranum 3 biji atas meja, terus dapat idea nak buat kek pisang. Nampak pulak ada walnut lebih (masa buat carrot cake 2-3 bulan lepas). Cantekkk!!! Banana walnut cake la jadinya.


Kalau nak resipi, amik la nih. Senang bangat. Sedap pulak tu, lembut & gebu. Hihihihi...

Banana Walnut Cake

1/2 cup (110 g) butter
1 cup (200 g) sugar
2 eggs
1/8 teaspoon salt
1 teaspoon baking soda
2 cups (250 g) flour
3 large bananas (mashed)
1/2 cup (60 g) chopped walnut
  1. Cream butter & sugar.
  2. Add eggs, beating in one at a time.
  3. Sift in dry ingredients.
  4. Stir in bananas & walnut.
  5. Pour mixture into a greased baking pan.
  6. Bake at 160'C for 75 minutes.
Dinner pulak, sudah plan dari malam semalam lagi nak masak apa. Bab makan, memang semangat. Sentiasa bermotivasi & sanggup buat apa saja. Wahahahah.. ;D

Nasi daging utara

Selalunya nasi daging ni jadi juadah istimewa ketika hari raya korban, terutama di Kedah. Daging akan direbus & airnya akan diguna untuk masak nasi. Daging yang direbus tu pulak akan dihidang bersama air asam kerisik. Besttt...

Al-kisahnya, walaupun i orang utara (Penang), tapi kali pertama makan nasi daging ni nak tau kat mana? Kat UPM Serdang - beli di pasar malam Serdang. I selalu beli nasi daging ni sebab dah bosan asyik beli nasi ayam, nasi beriani, nasi lemak kat pasar malam. Nasi daging yang dijual di gerai tu ada daging rebus, air asam (takde kerisik), timun & sebungkus kecil kari daging. Memang terangkat air asam dia, pedas!! I memang tak pernah masak nasi daging masa kat Malaysia dulu. Sejak datang negara Belanda ni je la baru try, sebab teringin.

Cara masak nasi daging ni senang saja. Kalau nak tau resipi, i'll jot it down here. Tapi ni my own resipi lah ye, berdasarkan pemerhatian, firasat & rasa nasi daging yang pernah dimakan. Hahaha.. Suka hati..

Nasi Daging (2-3 orang makan)

200 gram daging
1 liter air
Sebatang serai (dititik)
3 hiris halia
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1/2 sudu teh garam
1 bunjut sup
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Beras secukupnya (dibasuh bersih)

  1. Humban semua bahan dalam periuk, kecuali beras.
  2. Bila daging sudah empuk, keluarkan. Hiris daging ikut ketebalan macam dalam gambar di atas.
  3. Air rebusan dengan sampah sarap semua tu, guna untuk masak nasi. Kalau tak cukup air, sila tambah. Tanak nasi macam biasa.
Air Asam Kerisik

Air asam jawa pekat (3/4 cawan)
Jus dari 1 biji lime
1 sudu teh serbuk belacan
2 sudu besar kerisik
1 biji tomato didadu
1/2 biji bawang besar dihiris
8 biji cili padi dihiris
Garam
Gula

Campur semua. Adjust garam gula secukup rasa. Kepedasan pun boleh adjust ikut selera masing2.

Bahan2 lain (kalau tak nak pun takpe):
  1. Timun dihiris
  2. Kari daging/kari kentang/kari kentang & carrot
Itulah dia 2 resipi harini. Cerita lain tiada. Cerita masak & makan je ada. Hehe.. Oh ya, Ejad pun suka sangat nasi daging. Bila bagitau dia i nak buat nasi daging for dinner tonite, terus dia cakap esok nak ke pasar malam beli nasi daging. Cet, tiru worang... Sebenarnya, tiap kali makan nasi daging mesti teringat Ejad. Sebab setiap kali makan nasi daging ni, mesti sama2 dengan dia. Tu kisah dulu la. Tetiba pulak. Sudah.

Good nite... ;D

4 comments:

Anonymous said...

ayu..kite ni dahla hantu pisang..tgk banana kek tu sangat teruja k!

Ayu said...

Kalo gitu Mieza, cepat2 la pi cari kek pisang. Nanti tido malam pun termimpi2. Hehe..

Ami said...

waa sedap2.dulu pon ami selalu beli nasi daging kat pasar malam,tapi sambal kerisik tak penah rasa.

Ayu said...

Ami, mmg best kan nasi daging? Teringat pun telan air liur dibuatnye. Hehe.. Air asam kerisik tu lebih kurang je dgn air asam biasa, cima kick lebey sket bila ada kerisik. Lebih ngam dengan daging. Hehehe..