Saturday, October 17, 2009

Dinner Pics

Nak share gambar2 dinner hari Jumaat. Selalunya bila sampai Jumaat, mood celebration sudah mari. Hehe.. So, akan masak lama2 sikit la, selalunya humban cepat2 je. Tapi menu harini pun cepat jugak, cuma yang extra special-nya adalah 2 lauk binatang, 1 lauk sayur. Selalunya 1 binatang + 1 sayur je. Susah sangat nak explain, pakai saja la term "binatang" tu. Binatang maksudnya ayam/daging/makanan laut ye tuan2 dan puan2..

Kari kepala (+ separuh badan) ikan siakap/sea bass

Sambal tumis sotong (+ bebola sotong)

Ulam timun + kubis

Pada tekak i, kari ikan + sambal tumis sotong memang la pair sungguh marvelous. Sehingga menjilat siku. Hehehe.. Bila nak digengkan dengan sayur, kalau boleh biarlah sayur yang mild tasting, ulam2 lagi bagus, sebab kari & sambal tumis tu dua2 mempunyai rasa yang kuat. Dah sedap dah. Ewah, bab makan no. 1. ;D

Yang ni pulak gambar dinner Isnin lepas, Che Dah rajin pulak nak beradun nasi tomato di hari Isnin. Teringin agaknya.. Nasi & ayam dimasak oleh Che Dah. I yang pemalas ni cuma goreng sayur & papadom je. Aci? ;p


Eh, macam banyak bebeno masa yang ada sampai gambar makanan pun nak snap kan.. Hihi..

2 comments:

hasnahnoh said...

ni memang la melampau........ kalau dah tayang gambaq2 tu hengat2 la oghang yg tengah baca blog ni sama k...

Ayu said...

Alaa... Orang yang baca blog buleh beli di kedai Kudrat atau kedai Zainab, kalau malas nak masak sendiri. Heheheheh...