Sunday, October 4, 2009

Saturday

Hari ini hari Sabtu. Sabtu yang sejuk dan berangin. Hujan renyai2. Angin menghempas2 tingkap bilik yang memang besar saiznya nih. Masuk bawah selimut memang sedap.. ; )

Tengah hari tadi, ke Utrecht Centraal, replenish barang2 dapur & toiletteries. Ada jugak terbeli autumn jacket. Jackets lama yang besar2 sumuanya tu insyaAllah akan diiklankan Isnin depan. Iklan bergambar dah siap dah, tinggal nak print saja. Tolonglah ada yang berminat. Bukan sikit2 tau, 9 helai kesemuanya. Tu yang sakit hati tu. Dah la tebal2, space occupying betul.......

Tadi jugak ada belikan hadiah untuk Hisyam & Adik (birthday bulan November). Beli siap2 senang, nanti takde la susah nak plan budget. Birthday gift untuk Aiman saja yang belum beli, sebab tak tau nak beli apa. Budak kecik ni birthday awal Disember pulak. Berderet2..

Hari ini i berpuasa. Dah berapa Syawal dah ni, baru dapat hidayah nak puasa. Hihihi.. Puasa hari ni memang tak terasa sangat. Bangun pun dah lewat. Tengah hari pi shopping, balik dah petang. Jam 7.13 pm bukak puasa. Ok la.. ; )

Esok belum tahu nak puasa ke tidak, sebab nak kena setelkan buat detailed experimental plan (pukul berapa, buat apa, tarikh, etc). I kalau time nak buat kerja memikir, kena ada coffee, baru otak ni jalan laju sket. Hehe.. Nampaknya ada masalah BESARRRR dengan experimental plan ni. Mungkin ada satu parameter yang perlu digugurkan, sebab memang nak ambik measurement untuk parameter tu akan memakan masa yang panjang. Tapi insyaAllah akan settle, tolonglah doa2kan kalau sudi. Plan ni kena siap by Monday sebab bos besar balik dari bercuti on Monday. Rabu dah nak order tikus. Next week insyaAllah boleh start, kalau semuanya baik2 saja. Tolonglahhhh......

Oh ya, bukak puasa tadi makan nasi dengan asam pedas tumis ikan siakap, sotong goreng kunyit & sayur campur. Leganyaaa.... Puas hati ya amat dapat makan asam pedas. Sedap bangat rasanya, tambah2 time sejuk2 ni. Rasanya stahun++ la jugak tak makan asam pedas. Nasib baik bunga kantan & daun kesum yang Kak Nina sedekah haritu masih berbaki. Gambar dinner takdak, sebab tadi tengah kusyuk nak terkam makanan, lupa terus. Dah lama tak tampal gambar makanan kan..

Hah, tengah taip post ni tadi Che Dah datang, bagitau yang dia sudah printkan iklan jaket terpakai kami. Hehehe.. Turun ke bawah jap tadi, di lobby (agak2 macam lobby la) apartment ni ada notice board. Tampal iklan kat situ.. Kali ni ada gambarnya. Hihihi.. Gatal..

Che Dah tengah menekan thumb tack ke kertas iklan

Jaket2ku yang nak dijual semuanya

5 euro pon i jual. Free pun takpe la, asalkan tak menyemak dalam almari. Susah betul nak cari orang yang muat saiz besar2 ni. Kalau ada kawan yang boleh pakai, memang i kasi je. Tapi ada satu exception, snow jacket yang kaler pink tu i memang nak jual. Sebab tak pernah pakai sejak dibeli. Ye la, masa tu ada plan nak ke Switzerland dengan kawan2. Lepas tu plan cancelled. Cet... Harganya hampir 150 euro. Agak2 kalau nak jual boleh letak berapa harga ye? Tak reti la bab2 menjual2 nih..

4 comments:

shila ariff said...

hai cik ayu..mmgu lps aku pi le seminar pasal lab animal science..terjumpa le Dr. Fuzina..n terciter le pasal ko kat sana..Depa dok harap ko smbg phd...pe citer?? kui kui kui...

Ayu said...

Laa.. Ko jgn la dok pi cerita yang aku xnak sambung phd kt sini pulak. Diam2 sudah. Depa mmg la nak lepas tangan suh aku sambung phd kat sini. Belanda ni bukan UK mak ai.. Susah dok sini. Aku tak nak..

shila ariff said...

heee..jgn bimbang, depa tak tau pun pasal tu...

Ayu said...

Hehe.. Bagus ko Shila, penyimpan mohor besar betul. ;) Tq2!!