... Bila sampai ke hal nak bubuh tajuk post. Huarghhhhh........
Harini tiada story yang out of the world pun. Balik2 cerita sama la. Semalam nak tidur punya lah seksa, sejuk nak mampos. Heater pulak ala2 hidup segan mati tak mau, dah bukak maksimum dah, tapi panas dia ala2 air suam dalam cawan. Harun betul.
Akhirnya, selepas sejam++ tossing & turning, bukak almari, keluarkan quilt lagi satu. Kiranya 2 lapis quilt la berbungkus semalam. Tu pun seksa ya amat, sampai kena masuk kepala sekali ke dalam selimut baru ok. Tapi 5 minit pastuh rasa macam sesak napas pulak. Dah tebal sangat, agaknya oxygen concentration pun makin kurang.
Tah pukul berapa terlelap ntahla, tapi bila bangun kul 6 pagi, sampai berpeluh2 pulak. Panas!! Cabut stokin, tendang quilt semua. Sewel betul. Dan al kisahnya, hari ini panas pulak dah. Sampai kena bukak tingkap seluas2 alam. Itulah dia, cuaca dan suhu di sini memang unpredictable, sebab tu la kalau jumpa kawan2, topik cuaca ni boleh mencipta satu perbualan panjang. Bunyi macam topik yang bosan, tapi kalau kat sini, tak pernah bosan cakap pasal cuaca. Hehehe..
Dalam kebosanan tak dak cerita ni, ambiklah sekeping gambar lunch tadi. Lunch orang pemalas.
No comments:
Post a Comment