Tuesday, October 20, 2009

GILA

Kenapa engkau gila, hah????

Kegilaan engkau bagaikan orang bercinta 20 tahun, lepas tu pasangan mati eksiden.

Bila aku nak pegang, engkau lompat2, terjah dinding, lubang sangkar, tangan aku.

Serabut aku serabutttt...

Bukannya engkau tak tahu aku ni lemah semangatttt..................

Patutlah, kata orang, BALB/c memang nervous. Penakut. Cepat panik.

Pada aku, perkataan2 tersebut sangatlah tak sesuai. Yang sebenarnya engkau GILA. SASAU. SEWEL.

Tahukah engkau, setiap malam aku sukar nak lelap, sebab terkenangkan esok pagi? Esok pagi aku perlu restraint engkau, engkau dan engkau lagi.

Walaupun cuma 10 ekor yang disahkan gila, cukuplah. Cukup.

Kalau berterusan begini, sudahnya aku yang gila.

Tapi bagus jugak, dengan adanya engkau, engkau & engkau yang gila, aku lebih mengingati Tuhan.

Bukak pintu baca bismillah, bukak cage lid baca bismillah, sambil angkat shelter engkau pun aku baca bismillah. Bila dah sudah, berjaya pegang engkau, engkau, & engkau, aku ucapkan pulak alhamdulillah.

Alhamdulillah......

Dalam hati: rasa macam nak jerit, "Bring me the guillotine!!!!!!!!!!!"

3 comments:

Hana said...

haha..kecian ayu..memang gelabah kan pegang menatang tu..dah lah lembik2..hehe..good luck ayu!

hasnahnoh said...

alamak, sabaq, sabaq !
biaq la menatang tu saja dok tunjuk sewel...... relax2.... jgn sampai jadi nightmare pula !
apa pun doa mak semoga semuanya berjalan lancar...... tak lama lagi dah !

Ayu said...

Adoi la Faza, harini menjadi2 pulak tunjuk perasaan tikus2 itu. Sampai akak gave up. Sambung esok. Serious rasa nak nanges sorang2. Huwaaaa.......

Mak, memang dah 2 mlm dok mimpi handle tikus. Harun betui. Tak sangka sampai begini jadinya. Baru tikus, bukannya ular ka boya ka. Hihihi.. Terima kasih di atas doanya. Sila doa lagi, doa penenang pulak (untuk tikus, bukan eden). ; )