Saturday, October 31, 2009

Selamat berhujung minggu

Malam ni Kak Liza masak. Yang lain jadi assistants. Heheh..

Spageti hailam Kak Liza

Leganya bila dah sampai ke hari Jumaat. Rasa happy esok boleh bangun lambat & tak perlu jenguk tikus2. Hahhahahaa.. Oh ya, lupa nak cakap. Sekor daripada 90 ekor tu sakit baru2 ni, badannya kembang macam ikan buntal. Akhirnya di-euthanized dalam CO2 chamber dan dibedah siasat. Limpa(spleen)nya besar betul... Most probably due to an infection. Masih disiasat aetiological agent(s) yang terlibat. Harap2 nothing contagious lah. Kalau yang lain pun nak kiok sekali, jawabnya cepat la haku bungkus kain baju balik Malaysia.

Isk. Sadisss......

Selamat berhujung minggu!! ; )

Friday, October 30, 2009

Dinner Pics

Siakap masak pedas, kailan ikan masin & kangkung goreng belacan

Kenapa 2 sayur? Sebab banyak sayur2an Asia yang dibeli di Toko Sabtu lepas, kalau tak masak cepat2 kang, layu semuanya. Baru2 ni taugeh dah gone dah. Geram beli taugeh kat sini. Paling tahan pun 2 hari je dalam fridge, lepas tu lebam lunyai semuanya. Tah apa sebab tah..

Bobotie

Last night, Indah, Kak Liza & I attended a South African dinner at Germari's place (2 steps away from our door - our units face each other). On the menu were bobotie, yellow rice, steamed broccoli & salad (Germari had promised to cook bobotie for us since last year). Not to forget a few drinks, fruits, crackers with dip and desserts too..

Which one is Bobotie? Please Google your way to the right answer ;p

My plate - regretted taking a huge portion of the salad - the cheese in there tasted like kulat on bread. An acquired taste. Hmmmm....

A South African dessert, Koeksisters - tastes like a hard doughnut drenched in sweet syrup

2nd dessert for the night - Malva pudding with cream. Sweet, sweet pudding. Extremely SWEET. Eating it with cream is definitely a wise decision ; )

Germari with her trademark smile ; )

Overall, great experience. Food has always been my passion. Hahaha.. Oh yes, big congrats to Germari for her recent engagement to Filipo (and that 0.5 carat diamond-white gold engagement ring) ;D

Wednesday, October 28, 2009

A guest for dinner

Guest yang menjemput dirinya sendiri. Hahahahah.. Siapa lagi, si Mok la. Bila tau Kak Liza ada di rumah kami, dia kata "Ok babes, i'll stop by to see Liza. Tengok lah, esok petang lepas lab ke. Kita minum2 petang gitu, boleh?" E'eh? Belum sempat nak ajak datang, dia invite dirinya sendiri datang minum petang? Hahaha..

Apa2 la pakcik.. Harini, dok menanti la si Mok ni nak datang minum petang. Ingat nak buat cucur bilis & gorang keropok, dan jamu lasagna semalam. Tapi dah sampai jam 6 petang ni, tak nampak batang hidung pon. Rupa2nya member sangkut di lab sebab ada masalah dengan experimental procedure.

Dah agak dah.. Akhirnya bukan sesi minum petang lah ye, tapi kita makan malam sama2. Makan malam yang lasted for 3++ hours sebab termasuk kisah2 umpat mengumpat & bergossip. Heheheh..

The dinner spread

Inilah si Mok nye. Happy gitu.. ;p

In my plate

Kejap je masak nasik lemak ni, sebab dalam rumah ni ada 3 wanita. Sekor buat nasi lemak & rebus telur, sekor amik kontrak sambal sotong & sekor lagi goreng ikan bilis & kacang. Siap dalam masa 30 minit! ;D

Esok? Esok dinner di rumah Germari, jiran depan pintu. Dia nak masak South African dishes. Minggu lepas kami dah siap belikan daging halal untuk dia masak. Excited nihhh!!! Yang lebih excited adalah, she just got engaged 2 days ago!!! More reasons to celebrate! ;D

(alamak, semuanya ter-italic, tak boleh nak repair daa..)

Tuesday, October 27, 2009

Makan apa?

Petang semalam:

Ni bukan lunch. Ni juadah minum petang. Wahahaha... Indomie perisa soto ayam. Sedap sungguh sebab tengah kebuluran (baru 2 jam lepas menelan, kebuluran konon)..

Pastuh dinner pulak ada nasi putih, pecal, ikan goreng & sambal belacan. Ni menu menjamu Kak Liza yang baru sampai di rumah. Kami ada tetamu sepanjang 2 minggu ni.. Maafkan gambar2 yang sungguhla tak senonoh. Memang nak cepat masa tu, tak sempat nak hidangkan dengan lebih sopan.


Tu kisah semalam. Harini pulak, hidangan makan malamnya adalah:

Chicken+beef lasagna, potato wedges & salad

Esok? Belum plan. Tunggu... ; )

Sunday, October 25, 2009

Cubaan tak berjaya

Sebenarnya dua tiga hari ni dok teringat ke Old Town french toast. Begini rupanya...

Err... Yang roti tu la, yang lelain tu sila abaikan ;p

Tengah2nya ada peanut butter. Kemudian kedua2 keping roti tu disalut telur dan digoreng la. Dah siap tu, atasnya didrizzlekan pulak dengan madu & a slice of butter. Bayangkan lah betapa nak tersumbatnye arteries dengan all the lemak2 tepu segala. Hahahah... Satu padanan yang agak pelik sebab sebelum ni tak pernah makan french toast macam tu, apetah lagi bila ada madu plak. Macam tak kena je telur dengan madu kan. Tapi bila makan, bestttt.... Roti dia fluffy2 kenyal & garing2 di keseluruhan permukaan luar dia. Ni semua angkara Ejad yang nak order menatang tu lah, kalau i, konpem tak order. Hihihi..

So, pagi eh, tengah hari dah ni nak la buat sesuatu yang seakan2 Old Town frech toast. Tapi peanut butter takde, so pakai choc paste. Salut telur, goreng, skali jadi ropa gini..

Terkelepet semacamm je roti haku..

Bukan salah akak, roti tu yang salah. Hahahahaha... Kat sini xde roti yang close to Gardenia/Hi-5 nye texture, roti2nya sumenya kering2, slalunya wholemeal & kaler pun brown semacam je.. Terus terbantut hasrat nak drizzlekan madu atas tu, butter pun xyah le. Terasa di hati macam nak cicah dengan sos cili je. Habis, choc paste kat tengah tu?? Ahahhaha, memang tak la... Bila makan, terasa cam tak syok langsung la. Soggy semacam, roti pulak takde kenyal2 fluffy tu. Cessss........

GAGAL.

Day light saving time

Summer time, or day light saving time for 2009 officially ends at 2 am, 25 October (Sunday).

I am supposed to adjust all clocks & watches 1 hour back at 2 am. But hell no, I won't wake up at 2 am just to adjust the time. I did it just now, at 10 pm (Saturday). ;p

So, friends & family back in Malaysia, our time difference is now 7 hours (instead of 6 hours).

I'll have to get used to this (again). Malaysia is 7 hours ahead of the Netherlands. Hopefully I'll remember that. ; )

Happy

Rasa gumbira hari ni sebab:

1. Dapat shopping baju & toiletteries, pastuh dapat samples & free gift. Sukaaa... ;> Dapat beli baju tu pun bersyukur, sebab banyak stores dah masuk, semuanya tak berkenan. Ada yang berkenan tapi bila try, cutting pelik2. Leher luas, labuh sangat, etc.

Free gifts - a small tote & product samples. Salesperson murah hati..

2. Dapat makan salmon goreng di pasar. Ni memang favourite Che Dah & I, bukan tiap2 weekend ada. Bergantung pada stok salmon. Sejak sejuk2 ni, ada pulak salmonnye. Agaknya salmon ni pun bermusim kot. Ntah.

Fried salmon with garlic sauce. Yummy!!

3. Sembang dengan Kak Long through YM & bincang hal2 peribody. ;p

4. Nasik kabu for dinner! Mengidam nasik kabu. Tengah hari tadi gi Toko, beli telur masin. Rupanya telur tu dah siap direbus dah. Bila potong, tengok kaler yolk dia semacam je.. Tapi bau & rasa ok.. Apalagi, balunnnn!!! ;D

Friday, October 23, 2009

RM 500

Penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan akan menerima bayaran khas RM500 pada bulan Disember ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan hari ini. - Bernama

So? Happy ke tidak? ;D

Bersyukurlah wahai umat.. RM500 pun RM500 la. Bukan senang duit nak datang kat kita. Kalau menadah tepi jalan tu, silap2 sekupang pun tak dapat. ;p

Mode kuduss...

Ayam Woku Balanga


Akibat tertengok gambar ini di Facebook, di mana salah seorang sahabat Indonesia di-tag oleh tukang masak lauk ni, terliur bebbb... Siap cari resipi lagi. Nasib baik la tukang masak yang muat naik gambar ni letak nama masakan ni. Namanya ayam woku balanga. Sejenis masakan Menado ya puan-puan. Adoi.. Macam sedap nampak. Sudah la, semua yang terlihat dikata sedap. Apa yang tak sedap entah la.. ;p

Siap Google resipi lagi tau. Untuk memudahkan rujukan sendiri di masa depan (esok ke), ini resipinya:

Bahan:

1 ekor (1,1 kg) ayam, potong 8 bagian
2 sdm air jeruk nipis (jus limau nipis)
1 sdt garam
3 sdm minyak sayur
5 buah cabai hijau, tumbuk kasar
2 batang serai, memarkan
2 batang daun bawang, potong-potong
3 lembar daun jeruk purut (daun limau purut), iris halus
1 lembar daun pandan, iris kasar
1 lembar daun kunyit, iris halus
20 helai daun kemangi

Haluskan:
8 buah cabai merah
4 buah cabai rawit (cili padi)
8 butir bawang merah
3 siung bawang putih
2 cm kunyit
1 cm jahe (halia)
1 buah tomat, potong
2 sdt garam

Cara membuat:
# Lumuri potongan ayam dengan air jeruk nipis dan garam. Diamkan selama 30 menit.
# Panaskan minyak, tumis bumbu halus hingga wangi.
# Masukkan ayam, aduk hingga kaku.
# Tambahkan bumbu lainnya kecuali daun bawang, daun kemangi, dan cabai hijau. Aduk rata. Tuangi 150 ml air, masak hingga mendidih dan ayam matang.
# Masukkan cabai hijau, daun bawang, dan daun kemangi. Masak hingga kuah susut.
# Angkat dan sajikan hangat.

Iya ibuk ibuk pemirsa sekalian, jangan lupa dicobain dong.. ;D

Errr.... Satu masalah, daun kemangi tu mana nak cekau ntah la. Daun kunyit pon tiada. Hah, tibai la labuuuuuu.......

Sweet little surprise

Thank God for the blessings. I'm blessed to have a super cute-kind-sweet-thoughtful neighbor. She went to Florence, Italy for a conference, stopped by Tuscany to visit Leaning Tower of Pisa and returned with these. Thank you Germari dearie!!! Your gifts are very much appreciated.. ;D

Thursday, October 22, 2009

Tidur petang

(Post untuk Ejad)

"Rajin die eh tdo ptg. X elok tau.."
(nasehat separa mengutuk yang disampaikan secara penuh berlapik)

Yang, tau ke i bangun jam berapa, tido malam jam berapa? Dengan letih minda lagi sepanjang hari i kat office tau (exaggeration harus lebeh2). Haihhhhhh..........

Kasi la i tido jappp je petang2. 1 jam ++ je pon.

Kalau taknak i tido petang, please skype with me setiap petang & kalau sms, please sms sepenuh hati, bukan sambil baca majalah kereta/moto lalu menjawab dengan sambil lewa.

I bosan tau. Sebab tu i tido. You are found guilty in this case. ;p

p/s: Siap die, i balik nanti, i nak sorok semua majalah2 tu. Huh.

Tuesday, October 20, 2009

GILA

Kenapa engkau gila, hah????

Kegilaan engkau bagaikan orang bercinta 20 tahun, lepas tu pasangan mati eksiden.

Bila aku nak pegang, engkau lompat2, terjah dinding, lubang sangkar, tangan aku.

Serabut aku serabutttt...

Bukannya engkau tak tahu aku ni lemah semangatttt..................

Patutlah, kata orang, BALB/c memang nervous. Penakut. Cepat panik.

Pada aku, perkataan2 tersebut sangatlah tak sesuai. Yang sebenarnya engkau GILA. SASAU. SEWEL.

Tahukah engkau, setiap malam aku sukar nak lelap, sebab terkenangkan esok pagi? Esok pagi aku perlu restraint engkau, engkau dan engkau lagi.

Walaupun cuma 10 ekor yang disahkan gila, cukuplah. Cukup.

Kalau berterusan begini, sudahnya aku yang gila.

Tapi bagus jugak, dengan adanya engkau, engkau & engkau yang gila, aku lebih mengingati Tuhan.

Bukak pintu baca bismillah, bukak cage lid baca bismillah, sambil angkat shelter engkau pun aku baca bismillah. Bila dah sudah, berjaya pegang engkau, engkau, & engkau, aku ucapkan pulak alhamdulillah.

Alhamdulillah......

Dalam hati: rasa macam nak jerit, "Bring me the guillotine!!!!!!!!!!!"

Monday, October 19, 2009

...<3...


Suka gambar ni. Tengok setiap saat pun takpe. Orang lain, sila jangan tenung lama2 haa... ;p

Sunday, October 18, 2009

Settle!


Hal2 birthday gifts & birthday cards for my brothers. Ada 3 ekor kesemuanya, remember? Birthday ketiga2 tu pulak beratur cantik, dari 23 November - 6 Disember. Baik bersiap sedia awal2 sebelum kekurangan dana.

So, adik2 gong sekalian, nantikan..

p/s: Rasa2nya budak2 ni tak baca blog. ;p

Saturday, October 17, 2009

Dinner Pics

Nak share gambar2 dinner hari Jumaat. Selalunya bila sampai Jumaat, mood celebration sudah mari. Hehe.. So, akan masak lama2 sikit la, selalunya humban cepat2 je. Tapi menu harini pun cepat jugak, cuma yang extra special-nya adalah 2 lauk binatang, 1 lauk sayur. Selalunya 1 binatang + 1 sayur je. Susah sangat nak explain, pakai saja la term "binatang" tu. Binatang maksudnya ayam/daging/makanan laut ye tuan2 dan puan2..

Kari kepala (+ separuh badan) ikan siakap/sea bass

Sambal tumis sotong (+ bebola sotong)

Ulam timun + kubis

Pada tekak i, kari ikan + sambal tumis sotong memang la pair sungguh marvelous. Sehingga menjilat siku. Hehehe.. Bila nak digengkan dengan sayur, kalau boleh biarlah sayur yang mild tasting, ulam2 lagi bagus, sebab kari & sambal tumis tu dua2 mempunyai rasa yang kuat. Dah sedap dah. Ewah, bab makan no. 1. ;D

Yang ni pulak gambar dinner Isnin lepas, Che Dah rajin pulak nak beradun nasi tomato di hari Isnin. Teringin agaknya.. Nasi & ayam dimasak oleh Che Dah. I yang pemalas ni cuma goreng sayur & papadom je. Aci? ;p


Eh, macam banyak bebeno masa yang ada sampai gambar makanan pun nak snap kan.. Hihi..

Huwaaaa.........

Sedihnya Nur Kasih minggu ni.

Habis beberapa keping tisu (dan lengan baju) buat kesat air mata.

Baiknya Nur, sabarnya Katrina..

Tapi tengok si Adam tu rasa macam nak lempang je. Hey come on, Katrina tu la yang ko cintakan dulu, susah senang zaman belajar sama2. Sekarang dia pandang macam takde makna je. Keputusan yang dibuat sekarang ni pun, sebab Nur yang suruh.

Podah. Benci benci.

Rilex la akak, nama pun drama. Hihihi..

Thursday, October 15, 2009

Red Light District

Tau apa itu Red Light District? Apa yang ada di situ? Di mana letaknya?

Sila cari sendiri. Malas i nak mentarbiahkan anda2 semua dengan info tersebut. ;p

I'm gonna write about my own red light district room instead.

Sebenarnya, nak share keterujaan harini. Tikus2 sudah sampai!!! Mice, jadi istilah bahasa Melayunya adalah... Mencit. Betul ke? Ni tikus yang kecik2 tu, bukan rats tau.. Stuart Little, bukan tikus Ratatouille. Hehe..

Kesemuanya berjumlah 90 ekor. 45 daripadanya berwarna hitam, strain C57BL/6 (sebut betul2, see fifty seven black six). 45 lagi berwarna putih, strain BALB/6 (sebut je balb see).

Marilah kita sharing2 beberapa keping gambar curi.

Ada 6 kotak macam ni, setiap satu ada 15 ekor tikus

Close-up satu kotak. Dalam ni ada makanan & sebungkus jelly jernih (air la tu, kalau letak air betul2 kang tumpah pulak) untuk bekalan tikus2 sepanjang delivery process, takde la kebuluran dan kedahagaan mereka2 itu..

The red lights in my experimental room. Tikus tak boleh melihat cahaya merah. Jadi, bagi tikus, waktu lampu merah terpasang adalah waktu malam, di mana tikus akan menjalani fasa aktifnya

Rupa individual cages di atas rak, sebelum tikus dipindahkan masuk

Kerja i siang tadi adalah memeriksa tikus, tengok betul ke tidak depa deliver sebagaimana yang tercatat pada order form. Musti jantan semuanya. Mesti betul strain masing2.

Lepas tu pindahkan setiap sekor ke sangkar masing2, bagi makanan dan minuman, serta siapkan kad tanda pada setiap sangkar. Ada jugak uji lampu, tengok betul ke tidak setting dia. Sebab setting lampu yang dikehendaki adalah 12 jam red light, 12 jam white light.

Kerja2 buruh kasar telah berakhir pada jam 3 petang. Best jugak main2 tikus ni. Tadi ada satu blackie yang buat aksi akrobatik, lompat ke lantai sewaktu proses pertukaran sangkar. Huarghhh!!!! Panik2. Nasib baik ada biotechnician yang berpengalaman. Dia suruh tenang, dan akhirnya dapat la tangkap balik mamat itam tu. Selamat...

Ni baru hari pertama research saya yang bertajuk Effects of Saphenous Venipuncture & Cheek Puncture in BALB/c & C57BL/6 Mice. Jangka keseluruhan kerja2 eksperimen adalah 10 minggu, tidak termasuk analisa makmal dan penulisan thesis. Makanya experimental work akan berakhir pada 20 Disember 2009, ngam2 sangat, sebelum semua biotechnicians blah untuk Xmas holiday.

Doa2kanlah yang saya sempat menghabiskan analisa, penulisan, etc. sebelum tibanya hujung Februari 2010, sebab apa jadi sekalipun, 1 Mac 2010 saya musti mau pulang ke Malaysia for good. Huh. Semangattttt!!!!!! ;D

Monday, October 12, 2009

Alaaaaa......

Esok dah Isnin..........

Cepatnya hujung minggu habis!! Takpe, lagi 5 hari dia datang lagi. Another weekend. ; )

Hari ni, duduk bertapa atas kayangan. Langsung tak jejak tanah. Sebenarnya bangun tengah hari pagi2, lepas mandi terus siap2. Konon nak pergi ke Spar supermarket, nak cari prepaid telefon. Bodoh ke hapa, harini hari Ahad, lupa pulak waktu operasinya adalah dari 4 petang - 8 malam. Cehhh... Buang karan betul. Selamat sedar cepat, sebelum keluar rumah. Terus tanggalkan jaket & tukar baju. Terbazir 2 semburan perfume. Ceh.

Dah kuciwa tak dapat ke supermarket tu, mulalah nak merepek cari aktiviti. Bosannnn.... Nampak pisang terlebih ranum 3 biji atas meja, terus dapat idea nak buat kek pisang. Nampak pulak ada walnut lebih (masa buat carrot cake 2-3 bulan lepas). Cantekkk!!! Banana walnut cake la jadinya.


Kalau nak resipi, amik la nih. Senang bangat. Sedap pulak tu, lembut & gebu. Hihihihi...

Banana Walnut Cake

1/2 cup (110 g) butter
1 cup (200 g) sugar
2 eggs
1/8 teaspoon salt
1 teaspoon baking soda
2 cups (250 g) flour
3 large bananas (mashed)
1/2 cup (60 g) chopped walnut
  1. Cream butter & sugar.
  2. Add eggs, beating in one at a time.
  3. Sift in dry ingredients.
  4. Stir in bananas & walnut.
  5. Pour mixture into a greased baking pan.
  6. Bake at 160'C for 75 minutes.
Dinner pulak, sudah plan dari malam semalam lagi nak masak apa. Bab makan, memang semangat. Sentiasa bermotivasi & sanggup buat apa saja. Wahahahah.. ;D

Nasi daging utara

Selalunya nasi daging ni jadi juadah istimewa ketika hari raya korban, terutama di Kedah. Daging akan direbus & airnya akan diguna untuk masak nasi. Daging yang direbus tu pulak akan dihidang bersama air asam kerisik. Besttt...

Al-kisahnya, walaupun i orang utara (Penang), tapi kali pertama makan nasi daging ni nak tau kat mana? Kat UPM Serdang - beli di pasar malam Serdang. I selalu beli nasi daging ni sebab dah bosan asyik beli nasi ayam, nasi beriani, nasi lemak kat pasar malam. Nasi daging yang dijual di gerai tu ada daging rebus, air asam (takde kerisik), timun & sebungkus kecil kari daging. Memang terangkat air asam dia, pedas!! I memang tak pernah masak nasi daging masa kat Malaysia dulu. Sejak datang negara Belanda ni je la baru try, sebab teringin.

Cara masak nasi daging ni senang saja. Kalau nak tau resipi, i'll jot it down here. Tapi ni my own resipi lah ye, berdasarkan pemerhatian, firasat & rasa nasi daging yang pernah dimakan. Hahaha.. Suka hati..

Nasi Daging (2-3 orang makan)

200 gram daging
1 liter air
Sebatang serai (dititik)
3 hiris halia
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
1/2 sudu teh garam
1 bunjut sup
Sebatang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Beras secukupnya (dibasuh bersih)

  1. Humban semua bahan dalam periuk, kecuali beras.
  2. Bila daging sudah empuk, keluarkan. Hiris daging ikut ketebalan macam dalam gambar di atas.
  3. Air rebusan dengan sampah sarap semua tu, guna untuk masak nasi. Kalau tak cukup air, sila tambah. Tanak nasi macam biasa.
Air Asam Kerisik

Air asam jawa pekat (3/4 cawan)
Jus dari 1 biji lime
1 sudu teh serbuk belacan
2 sudu besar kerisik
1 biji tomato didadu
1/2 biji bawang besar dihiris
8 biji cili padi dihiris
Garam
Gula

Campur semua. Adjust garam gula secukup rasa. Kepedasan pun boleh adjust ikut selera masing2.

Bahan2 lain (kalau tak nak pun takpe):
  1. Timun dihiris
  2. Kari daging/kari kentang/kari kentang & carrot
Itulah dia 2 resipi harini. Cerita lain tiada. Cerita masak & makan je ada. Hehe.. Oh ya, Ejad pun suka sangat nasi daging. Bila bagitau dia i nak buat nasi daging for dinner tonite, terus dia cakap esok nak ke pasar malam beli nasi daging. Cet, tiru worang... Sebenarnya, tiap kali makan nasi daging mesti teringat Ejad. Sebab setiap kali makan nasi daging ni, mesti sama2 dengan dia. Tu kisah dulu la. Tetiba pulak. Sudah.

Good nite... ;D

Sunday, October 11, 2009

Padan muka!

Sibuk sangat nak mencutikan diri semalam, sampai lupa nak periksa agenda. Rupa2nya ada tercatat: 10 am - meeting with Hein. Waaaaaaaaaaaaa............ Memang nak mampuss!! Dah jam 6 petang baru tersedar, hapanya.. Padan muka! Nasib baik Hein, my daily supervisor, is an extremely kind guy. Lepas hantar e-mel mintak maaf, dia balas cepat betul. Siap dengan kata2 perangsang lagi supaya my coursemate & i rehat cukup2 sebelm experiment bermula, jangan stress2 sangat. Everything will be fine, kata dia. Baik gila2 kan? (Ke dia perli?) Fakta yang agak sukar diterima akal memandangkan dia memang Dutch. Tau2 je la orang Dutch perangai macam mana kan? Mana ada peribahasa atau simpulan bahasa yang ada perkataan "Belanda" yang membawa maksud yang baik? Semuanya buruk2. Hahahhah.. Ok, cukup2 la mengumpat kan.

As for today, aktiviti hari Sabtu yang macam biasa saja, tiada yang luar biasa. Layan Facebook, berladang di Farmville, tengok Ketuk-ketuk Ramadan di youtube dan ber-YM dengan Ejad. Sebagai penyeri silalah jamu mata tengok lunch & dinner kami yang tak seberapa.

Lunch

Dinner

p/s: I miss my family.. Lama tak skype, semua asyik busy saja..

Friday, October 9, 2009

The last working day of the week

And I am working. At home. Working my jaw and hand muscles.


It's definitely a relaxing day, and I've decided to make today my stress free day.

Stress free = more sleep, more food, no headache. ;D

Thursday, October 8, 2009

Tom Yam Talay with Marchy

Petang tadi Marchy telah bermurah hati sudi menjadi chef jemputan di dapur kami. Katanya, nak buat Tom Yam Talay, tom yam makanan laut yang ada santan. Di Thailand, kalau seafood tom yam memang macam ni la, ada santan. Tapi kalau tomyam udang saja (tom yam goong), yang tu yang kuah dia jernih warna oren-merah yang kita biasa makan tu. Kalau kat Malaysia pulak, hentam kromo saja la. Lempar la udang, ayam, daging, mentibang laut ka apa ka, semuanya kita buat yang kuah jernih oren-merah tu.

Baiklah, mari kita lihat resipinya. Resipi kali ni takdak sukatan sebab kami berdua memang jenis yang masak main agak saja. Tak payah la nak tanya berapa ml atau berapa gram, kita bukan nak buat kek ye puan2. Sila agak pakai logik akal.


Bahan2 (2 orang makan):

  • 1 liter air
  • 3 sudu besar Thai roasted chili paste
  • 1 batang serai
  • 3 hirisan lengkuas
  • 6 biji cili padi ditumbuk kasar
  • 3 keping daun limau purut
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • 1 mangkuk kecil sos ikan (nampla)
  • Gula
  • Garam (kalau perlu)
  • Jus limau nipis/lemon
  • 3 sudu besar santan pekat
  • Ketulan ikan dory/panga/apa2 ikan la
  • Udang
  • Sotong
  • Cendawan putih yang lebar & nipis tu
  • Daun coriander Thai (yang bau dia kuat semacam tu)
E'eh, ada la jugak sukatannya. Eheheheh..


Baiklah, cara2 membuatnya:

  1. Masukkan air dalam periuk, panaskan sampai mendidih.
  2. Humbankan serai, lengkuas, roasted chili paste, cili padi, daun limau purut.
  3. Lepas dah agak2 keluar rasa dan bau bahan2 tadi, boleh la humban seafood & cendawan.
  4. Perisakan dengan air asam jawa, sos ikan & gula.
  5. Masukkan santan.
  6. Akhir sekali bila dah agak2 masak semuanya, matikan api.
  7. Kemudian perahkan jus limau nipis & tabur daun coriander.
  8. Kalau tak cukup rasa, tambah la lagi apa yang patut k..

Chef Marchy dengan 1/2 periuk tom yam talay

Tom yam talay koey teow for dinner tonight

Sedappp..... : ) Thank you Marchy, jasamu dikenanggg!!! Next time menu lain pulak okeh. Hehehe..

Wednesday, October 7, 2009

Tikus nak sampai dah!!!

Minggu depan. Rabu. Sementara menunggu ketibaan tikus2, i kat sini dah tunggang-langgang hidup nak make sure everything will go on smoothly. Experimental plan ni memang la masa dalam peringkat cadangan semuanya boleh, possible, bagus, brilliant, no hal. Bila tiba part execution ni baru la sedar dek untung. Macam2 cengkadak la pulak.. Itu tak boleh, ini tak possible. Adoi mak aiiii.............

Masa2 macam ni memang la. Menyesal pon tarak guna.

Sedia atau tidak, bolos saja dinding itu!!

Eh, tercilok ayat Zizan. ;D

Sunday, October 4, 2009

Makin tak kreatif..

... Bila sampai ke hal nak bubuh tajuk post. Huarghhhhh........

Harini tiada story yang out of the world pun. Balik2 cerita sama la. Semalam nak tidur punya lah seksa, sejuk nak mampos. Heater pulak ala2 hidup segan mati tak mau, dah bukak maksimum dah, tapi panas dia ala2 air suam dalam cawan. Harun betul.

Akhirnya, selepas sejam++ tossing & turning, bukak almari, keluarkan quilt lagi satu. Kiranya 2 lapis quilt la berbungkus semalam. Tu pun seksa ya amat, sampai kena masuk kepala sekali ke dalam selimut baru ok. Tapi 5 minit pastuh rasa macam sesak napas pulak. Dah tebal sangat, agaknya oxygen concentration pun makin kurang.

Tah pukul berapa terlelap ntahla, tapi bila bangun kul 6 pagi, sampai berpeluh2 pulak. Panas!! Cabut stokin, tendang quilt semua. Sewel betul. Dan al kisahnya, hari ini panas pulak dah. Sampai kena bukak tingkap seluas2 alam. Itulah dia, cuaca dan suhu di sini memang unpredictable, sebab tu la kalau jumpa kawan2, topik cuaca ni boleh mencipta satu perbualan panjang. Bunyi macam topik yang bosan, tapi kalau kat sini, tak pernah bosan cakap pasal cuaca. Hehehe..

Dalam kebosanan tak dak cerita ni, ambiklah sekeping gambar lunch tadi. Lunch orang pemalas.

Basmathi rice + lettuce + mint + fishballs dalam kuah asam pedas tumis

Kuah asam pedas tumis tu baki dinner semalam. Ikan siakapnya dah habis dikerjakan, kuahnya sayang nak buang, sebab sedapp.. Sendiri masak sendiri cakap sedap. Elok sangat la tu. ;p

Saturday

Hari ini hari Sabtu. Sabtu yang sejuk dan berangin. Hujan renyai2. Angin menghempas2 tingkap bilik yang memang besar saiznya nih. Masuk bawah selimut memang sedap.. ; )

Tengah hari tadi, ke Utrecht Centraal, replenish barang2 dapur & toiletteries. Ada jugak terbeli autumn jacket. Jackets lama yang besar2 sumuanya tu insyaAllah akan diiklankan Isnin depan. Iklan bergambar dah siap dah, tinggal nak print saja. Tolonglah ada yang berminat. Bukan sikit2 tau, 9 helai kesemuanya. Tu yang sakit hati tu. Dah la tebal2, space occupying betul.......

Tadi jugak ada belikan hadiah untuk Hisyam & Adik (birthday bulan November). Beli siap2 senang, nanti takde la susah nak plan budget. Birthday gift untuk Aiman saja yang belum beli, sebab tak tau nak beli apa. Budak kecik ni birthday awal Disember pulak. Berderet2..

Hari ini i berpuasa. Dah berapa Syawal dah ni, baru dapat hidayah nak puasa. Hihihi.. Puasa hari ni memang tak terasa sangat. Bangun pun dah lewat. Tengah hari pi shopping, balik dah petang. Jam 7.13 pm bukak puasa. Ok la.. ; )

Esok belum tahu nak puasa ke tidak, sebab nak kena setelkan buat detailed experimental plan (pukul berapa, buat apa, tarikh, etc). I kalau time nak buat kerja memikir, kena ada coffee, baru otak ni jalan laju sket. Hehe.. Nampaknya ada masalah BESARRRR dengan experimental plan ni. Mungkin ada satu parameter yang perlu digugurkan, sebab memang nak ambik measurement untuk parameter tu akan memakan masa yang panjang. Tapi insyaAllah akan settle, tolonglah doa2kan kalau sudi. Plan ni kena siap by Monday sebab bos besar balik dari bercuti on Monday. Rabu dah nak order tikus. Next week insyaAllah boleh start, kalau semuanya baik2 saja. Tolonglahhhh......

Oh ya, bukak puasa tadi makan nasi dengan asam pedas tumis ikan siakap, sotong goreng kunyit & sayur campur. Leganyaaa.... Puas hati ya amat dapat makan asam pedas. Sedap bangat rasanya, tambah2 time sejuk2 ni. Rasanya stahun++ la jugak tak makan asam pedas. Nasib baik bunga kantan & daun kesum yang Kak Nina sedekah haritu masih berbaki. Gambar dinner takdak, sebab tadi tengah kusyuk nak terkam makanan, lupa terus. Dah lama tak tampal gambar makanan kan..

Hah, tengah taip post ni tadi Che Dah datang, bagitau yang dia sudah printkan iklan jaket terpakai kami. Hehehe.. Turun ke bawah jap tadi, di lobby (agak2 macam lobby la) apartment ni ada notice board. Tampal iklan kat situ.. Kali ni ada gambarnya. Hihihi.. Gatal..

Che Dah tengah menekan thumb tack ke kertas iklan

Jaket2ku yang nak dijual semuanya

5 euro pon i jual. Free pun takpe la, asalkan tak menyemak dalam almari. Susah betul nak cari orang yang muat saiz besar2 ni. Kalau ada kawan yang boleh pakai, memang i kasi je. Tapi ada satu exception, snow jacket yang kaler pink tu i memang nak jual. Sebab tak pernah pakai sejak dibeli. Ye la, masa tu ada plan nak ke Switzerland dengan kawan2. Lepas tu plan cancelled. Cet... Harganya hampir 150 euro. Agak2 kalau nak jual boleh letak berapa harga ye? Tak reti la bab2 menjual2 nih..

Friday, October 2, 2009

Berita baik, berita baik

Akhirnya masuk jugak dana sejumlah, eh, rahsia jumlahnya, ke dalam Dutch bank account petang tadi. Alhamdulillah.......... Tak pernah2 dibuatnya dah habis bulan baru duit masuk. Kali ni memang embassy kena sumpah seranah. Walaupun tak kedengaran, tapi kerat jari nye lah, mesti dah berbakul2 kena maki. Hehehe..

Walau agak besar jumlahnya, tapi dana tersebut adalah untuk kegunaan bulan Oktober-Disember. So, pandai2 la budget. Baiklah, esok sesudah subuh i akan pergi bayar house rent October -December! Hehehe.. Over......

Makanya, ini juga bermaksud, dana berikutnya akan masuk pada hujung Disember. Dana tersebut adalah yang terakhir bakal diterima, sebab hujung bulan Februari i nak balik dah. Bye Holland!! Tak sabarrrrr.......... ;D

Oh ya, hari ini presentation pasal experimental plan di Laboratory Animal Facility telah berjalan dengan jayanya. Mana taknya, ni kali kedua i kasi presentation yang sama. Akak dah experienced, you all.. Hehehe..

InsyaAllah jika tiada aral melintang, 2 minggu dari sekarang, sampai la anak2 tikus. Dan eksperimen pun boleh lah dimulakan. Setelah dicongak2, rasanya eksperimen itu akan berakhir pada 17 December 2009. Oklah tu, ada masa 2 bulan setengah untuk analisis & write-up. Masa tu akan pulun cukup2, nak balik punya pasal.

Ceh. Baru dapat green light untuk carry out eksperimen, dah berangan jejak KLIA. ;p