Raya Kedua di pejabat selama setengah jam sahaja, kemudian balik rumah bermalas2an, basuh baju2 raya (raya pertama tu tibai melaram 2 pasang baju raya), qada rancangan2 raya di catch up tv3, makan, dan tidur. Cari kerja nak buat, contohnya masak memasak ke, buat kek, etc. Tapi tak boleh sebab stok bahan2 masakan semuanya di tahap kritikal. Bawang merah 3 biji je tinggal (macamana nak berendang2an??), telur sebiji (kirim salam la nak buat kek), ayam 3 ketul, dan daging ada la dalam 200 gram gitu. Hahaha.. At last, cuma keluarkan nasi impit Nona & rebus. Kuah kacang pun tak buat sebab berkira bawang. Takut habis. Teruk kes.. Yang penting, dinner kitorang dari hari Isnin-Jumaat terjamin ada. Juadah2 lain hold dulu. Mungkin sabtu ni baru nak replenish bahan2 masakan, & ahadnya buat open house raya sket. Menu masih belum di-finalize-kan.
Raya ketiga ni, saya sudah kembali ke pejabat, tapi mestilah masih terasa nak beraya lagi. Hehehe.. Luckily harini Marchy bawak peanut sauce. Tah apa mimpi dia buat peanut sauce tah la. Apa lagi, tegedik2 la daku pulang ke rumah mengambik nasi impit. Jadinya, merasa la supervisor & rakan sepejabat makan nasi impit, kuah kacang & serunding daging. Sempat jugak mengebas biskut raya Che Dah untuk dibawak ke pejabat. Jamukan rakan2 & supervisor. Dalam kebosanan mengarang ayat untuk thesis ni, mula lah nak update blog, check facebook setiap 5 minit, dan merancang menu open house. Apadaaa..
Research? Disebabkan jawatankuasa penyaringan rancangan penyelidikan menggunakan haiwan telah membuat onar, rancangan penyelidikan saya terpaksa dinilai sekali lagi pada mesyuarat esok. Seminggu selepas itu barulah keputusannya akan diumumkan. Selepas tu barulah boleh mula beli tikus, bla bla bla.. Semuanya sebab rancangan saya itu telah dihantar dalam bahasa Inggeris & bukan bahasa Belanda. Makanya mereka buat alasan tak berapa nak faham itu dan ini. Sebenarnya, dari soalan2 yang mereka kemukakan, nampak gaya, bukan mereka tak faham, tapi mereka tak peduli langsung nak baca lampiran yang saya lampirkan bersama permohonan tersebut. Sungguh kurang hajar mereka2 ini. Sebab inilah saya tidak mahu sambung phD di sini. Saya boleh gila tahu? Ada paham?
Cepat Ayu cepat, bulan September dah nak habis, research belum mula, hujung Februari dah nak balik. Sempat tak? Sempat tak sempat, aku nak balik jugak. Huh. Jangan tanya. Diammmmmmm.......
No comments:
Post a Comment