Sunday, September 6, 2009

Menu cadangan

Selasa depan, Che Dah & I bercadang nak buat majlis berbuka puasa. Tetapi kami agak pening memikir menu. Aduhai... Nak jemput jiran depan pintu skali (walaupun dia bukan Islam), jadi makin rumitlah sebab dia tak boleh makan makanan pedas. Tak boleh ada cili sikit pun. Sudah lah begitu, Gaya pulak tak makan seafood (kecuali ikan) & beef. Tidak lah kami bercadang untuk menghapuskan terus makanan pedas dan beef dari menu, tetapi kami perlu mempelbagaikan hidangan supaya mereka berdua punya lebih banyak pilihan makanan yang boleh dijamah.

Setelah sesi brainstorming selepas berbuka tadi, inilah yang kami dapat senaraikan:

Nasi putih

Ayam goreng berempah

Daging masak kicap

Sambal ikan bilis, tempe & kentang

Pajeri nenas

Sayur campur

Popia goreng

Bubur kacang

Seri muka

Agak2 menyelerakan ke tidak menu ni? Nak buat nasi tomato/nasi ayam/nasi minyak/nasi lemak/nasi daging/nasi briyani, sana sini orang buat menu tu untuk berbuka. Muak la pulak kan.. Kali ni nak cuba nasi putih la pulak. Harap2 lauk2 tu membuka selera lah. Kalau tak, nasib korang lah. Telan je, jangan banyak komplen. Hihihi..

5 comments:

Farina said...

Wah, meriah gituh open house hang nyah. Kalau mak nih jutawan, mak pun nak terbang ke sana and join sekali :)

lala said...

pergh.. gile banyak tak hengat.. jemput lah aku nih.. nak datang.. nak datang

Ayu said...

Farina, mmg kalau ko jutawan n boleh terbang ke sini, ktorang musti jemput punyalah. Hehehe..

Lala, ko nk dtg Utrecht ke? Marilah wess.. Selasa depan tau. 8/9/09. Jam 8.11 malam kita start makan2. ;D

hasnahnoh said...

fullamak,,,,,,, nak celebrate b....d.. ke? anyway semua orang kampung kat sini nak ucapkan happy (1000x)b....d.. my dear, he he he..

Ayu said...

Hehehe.. Mak, ala2 la jugak tu. Tapi kali ni Che Dah buat kenduri banyak, sbb dia sponsor bahan2 mentah. Dia xmau duit den.. Semoga murah rezeki dia. Aminn.. ;>