Pagi: Hantar Mok ke Schiphol. Dia mau pulang ke Malaysia untuk menyambut lebaran. Huwaaaaaaaaaaaaaa....................... Sungguh tak best okeh, mak nak balik jugakkkk...........
Muka2 senget sebab tak dapat balik beraya. Ahhhhhhhhhh..........
Tengah hari: Kembali ke Utrecht Centraal, beli barang2 dapur & buah tangan untuk baby Kak Syahira. Dia bersalin lebih seminggu yang lalu, baru sekarang berkesempatan nak gi melawat. Baby cukup bulan, tapi kecik je. 2.4kg. Namanya Nurul Iman. So sweet.. ; )
Bersama kakak sulung Nurul Iman. Excited dapat adik! Hehe..
Petang: Sampai rumah, ada surprise dalam post box. Ada kad dari cinta hatiku, juga notis pemberitahuan bahawa parcel untuk saya ditinggalkan bersama jiran di rumah 210. Apalagi, berkobar2 pi tekan door bell kawan tu. Dua kali tekan, dia tak bukak. Dah putus harapan, tetiba pintu terbukak. Mamat tu sambil tenyeh2 mata terus kasi parcel. Dia tidur rupanya, maaf encik jiran. Hehe.. Saya excited terlebih nak ambik hadiah. ;D
Crocs Malindi in brown ;>
Tang jibbitz dia ni yang special nih. Tak sangka Ejad hadiahkan jugak dua jibbitz ni. Walaupun sekali pandang macam kurang sesuai dengan kanak2 berusia 26 tawon ni, tapi i likeee... Sebab Ejad yang kasi. Hehe.. I'm so happy!!!! Tq bebby!! ;D
Malam: Masak laksa (walaupun tak puasa, masih mengidam nak makan itu ini).
Tak jumpa laksa kering di Toko, so substitute dengan udon (a type of Japanese noodle). Not bad at all!! Lega dapat makan laksa!!! Walaupun serba kekurangan (takdak daun kesum & bunga kantan), bolehlah setakat nak melepaskan rasa kempunan tu. Hehe..
Itulah dia report untuk hari Sabtu yang membahagiakan ini. Semoga hari Ahad pun membahagiakan jugak hendaknya. Amiin.. Selamat berpuasa dan menghayati Ramadhan di saat2 terakhir ini. Cepatnya masa berlalu kan..
4 comments:
Wah wah.. kasut buaya gituh :) Bestnye dapat parcel.. Bile lah aku nak dapat parcel sedemikian rupa..
Hehehe.. Time kat M'sia dulu tak terbeli2 kasut buaya ni, dok terai menerai je. Hehehe.. Sukaaa!!! ;> Sabar Farina, nanti adalah parcel untuk ko. Abg Jai kasi surprise. Hehe..
ala kiutnya dia bagi gak crocs tu..huhu kat cni dah berlambak org pakai..aku pon dok try2 gak tp tak terbeli2 pon hehehe..
Tu la Mieza, dulu dok try tapi x beli2. Ni bila dah xde, gatal pulak nak beli. Hehe.. Ada Crocs baru, Lily ke apa nama dia, cun woo... ; )
Post a Comment