Bangun pagi2, suhu punyalah sejuk, dengan mendung2, berangin. Kuat sungguh kata hati, supaya haku menipu saja, kata sakit perut lalu tak perlu lah bersiap2 nak pi bersukan. Tapi pikir2 semula, ceh, alasan tu budah tadika pun guna. Tak mau pi sekolah, "sakit perut la......". Ye lah, sapa tau sakit ke tidak, sakit perut tu tak nampak, tak boleh pegang. Hehe..
At last pergi lah jugak ke office jam 8.30 pagi. Sports day bermula jam 8.45 pagi.
Hari ini dalam sejarah. Saya main hoki, soccer, bungee cord basketball, tarik tractor (mcm tarik tali, tapi tarik tractor sejauh 35m), susun kotak, lari sambil pakai seluar berkembar 4, golek kawan atas bola angin mengikut laluan zig zag, laluan berhalangan atas istana inflatable dan meluncur badan di laluan berbuih sabun. Semuanya dalam suhu 12'C, berangin kencang & hujan sekejap ada sekejap berhenti. Ada lagi beberapa acara sadis yang saya tidak join sebab tidak memerlukan kesemua peserta beraksi.
Serius rasa macam nak pengsan. Letih mak aii... Kalau bukan kerana tak cukup peserta, tak hingin nak buat semua tu. Letih & sakit2 badan sebab asyik menghempas badan masa laluan berhalangan atas istana inflatable tuh.
Gambar tiada, sebab i tengah bersokan kan tadi.. Tapi coach kitorang ada amik gambar. Nanti kalau dia dah transfer out dari handset, akan ditampal di sini okeh.
Ok, ni la gambar laluan basah berbuih sabun tu. Ni gambar tahun lepas, masa tu i baru 3 hari sampai di Belanda, supervisor bawak tengok sports day. ;> I remember watching this game last year, thinking "gila betui depa ni, sejuk2 macam ni main air". Mana sangka, tahun ni i termasuk dalam golongan gila tuh.
Ni pulak acara pillow fight di atas palang. Acara ni i tak join, sebab i chickened out. My opponent adalah seorang lelaki yang besau. Terus bagitau coach suruh announce yang group kitorang dah habis peserta. Hahahah.. Tak berani, tak berani.. Nak melonjak naik ke atas palang tu pon, rasanya tak lepas kot.. Ni gambar tahun lepas jugak.
Sampai rumah jam 5.20 petang tadi, rasa sungguh leteh. Lepas mandi, bantai tidur sampai terlepas waktu berbuka. Hahhaa...
Harap2 penangan sports day harini, turun la lagi 2-3 kg. Hehhehe.. ;p
Ni pon penangan sports day jugak:
1. Lepas makan nasik sepinggan, masih tak kenyang. Panaskan baki yong tau foo & bihun semalam. Telan sampai puas hati.
2. Jam 10.45 malam, korek fridge lagi. Konon nak makan buah, tapi ter-top up pisang, anggur & kiwi tu dengan satu cedukan aiskrim yang sungguh giant. Huarghhhh.......... Camno lah nak turun lagi 2-3 kg kalau macam ni gayanya...
No comments:
Post a Comment