1. Tingkap bilik sudah dibaiki oleh pakcik pembaiki kerosakan rumah. Sebelum ni tak boleh ditutup rapat, dan bila suhu turun, sejuknyaaa tak tahan.. Tapi harini selepas tingkap sudah sihat, panas terik mak ai.. Hehe.. Bukan setakat betulkan itu saja, besi penapis di atas tingkap (yang jatuh semasa mak datang sini dulu) pun pakcik tu pasangkan balik. Pandai dia cari besi yang den sorokkan belakang curtain tu. Hehehe.. Nasib baik masa dia betulkan tadi i berada di office. So, Che Dah la yang kena tempiasnya. Diajar cara menutup tingkap dengan betul. Hahaha.. Maaf2.. ;>
2. Parcel kiriman mak ayah sudah sampaiii!!!! Setelah saya menanti2 sejak semalam. Bestnyaa!! ;D
Kotaknya sudah cedera sikit la..
Kandungannya - suratcinta, kad hari jadi & 2 pasang baju raya ; )
Kandungannya - surat
Walaupun sudah diberitahu, baju raya baru adalah tidak perlu (walaupun baju2 kurung yang ditempah sebelum datang ke sini sudah menjadi besar), mak tetap nak beli. Mak takut anak yang sorang ni beraya dengan baju lobey (kata orang utara, maksudnya baju yang terlalu besar). Tapi makkk, awat mak pi beli baju kembang payung ala Kak CT tu saiz 44?? Bukan ka gajah tu... Sayang sungguh... Hehehe.. Takpa mak, raya nanti Ayu pakai baju yang coklat tu. Yang hijau tu nanti sampai Malaysia Ayu alter bagi kecik. Apa2 pun, jutaan terima kasih untuk mak & ayah. Terharu i dapat hadiah birthday + raya kali ni.. ;> Pesanan untuk ayah: sila jangan pos basikal, den tak mauuu........ Hihihihi........
3 comments:
Happy birthday ayu!!! Anim sekeluarga doakan ayu dirahmati Allah sentiasa dan dipermudahkan segala urusan. Apa crita holland? Rindu la pulak kat sana..tambah2 nak masuk autmn ni..
rasa terharu je bc post ni...mana tak nye, walaupun berjauhan di bulan2 yang mulia ini...kasih sayang ibu ayah tetap suci dan murni....
Anim, thank you dia ats ucapan & doa tu. Amiin amiin amiin... ;> Holland la ni suhu tak menentu, pagi panas, petang sejuk. Kdg2 mlm sejuk gila, kdg2 panas berkuap. Hehe..
Shila, betul tu.. Aku pun terharu.. ; )
Post a Comment