Hari ini hari Jumaat. Saya telah mencutikan diri dengan bermalas-malasan di rumah. Kemas2 bilik &
browsing the net satu hari suntuk. Tengah hari tadi, jam 1.35 pm sampai la satu
parcel, dihantar oleh mak ayah. Kandungannya? Sepasang baju raya!!
Remember in a previous post, di mana saya telah tuliskan bahawa salah satu baju raya yang dikirim tu besar saiznya?
Well.. Mak tak puas hati lalu mengirim sepasang lagi ke sini. Terima kasih mak, ayah, sebab kirim macam2 ke sini. ; ) Biskut2 raya tu belum sampai, mungkin esok atau minggu depan kot..
Gambar kotak saja, kandungannya belum boleh tunjuk, nanti tak
surprise. Hehe..
Oh, lupa pulak, pagi tadi sampai lah 3 kad raya ke dalam
mail inbox. Kad raya
virtual la, apa lagi. La ni orang hantar
e-card saja, senang & cepat. Terima kasih kepada yang sudi mengirim.. Tanda ingatan tu sangat2 lah dihargai.. ; )
Raya lusa ni, tapi yang musykil sikit adalah perancangan raya kali ni. Adakah akan beraya dengan keluarga En Rosman ataupun beraya di Utrecht saja dengan kawan2 yang masih berbaki? Susah nak jawab. En Rosman mendiamkan diri dari
facebook message. Adakah dia tak nak kami pi beraya dengan dia? Ataupun dia tengah
out station sekarang? Bukan apa, kalau lah kami akan beraya di Utrecht, kami nak la jemput siap2 kawan2 datang ke
open house raya. Kalau tak, kami diam saja la. Cemana niiii.....
Ah, cakap pasal raya, teringat2 suasana nak sambut raya di Teluk Kumbar. Petang raya selalunya saya & mak akan ke pasaraya Chin Teik Hin, beli bahan2 mentah untuk dimasak. Ayam, daging & udang selalunya pesan saja.
So menatang2 tu akan dihantar ke rumah. Selalunya mak buat nasi impit, kuah kacang, ayam masak merah untuk hidangan pagi raya. Raya pertama tu jugak selalunya ada nasi beriani. Rendang daging mak baru start buat 2-3 tahun lepas. Hasil membaca banyak sangat resipi2 rendang dalam majalah. Sebelum2 tu mak tak pernah buat rendang pun. Hehehe..
Ketupat hasil anyaman mak - 1st time mak berjaya, setelah diajar oleh guru besar ;D
Pasal kemas rumah pulak, ni benda besar la jugak, sebab rumah kami selalunya bersepah & semak tahap gaban, bila nak raya memang la sakit jiwa nak kemas. Tu belum
part ganti langsir lagi. Ni semuanya gara2 ayah yang suka rumah banyak2 tingkap. Seksa... ;p
Selalunya lagi seminggu nak raya, sibuklah kami sekeluarga pi mencari baju2 raya, kasut raya, seluar raya, dan macam2 raya lagi lah. Hehe.. Kalau pasal baju raya, Aiman la yang paling pelik sekali. Tiap2 tahun dia memang tak semangat nak
shopping baju raya. Dia akan kata,
"buat apa nak beli lagi, tahun lepas kan dah beli dah. Hish, Aiman tak suka tau". Tapi lain pulak keadaanya dengan abang2 dia. Depa akan siap
list nak kasut tu, nak seluar ni. Sangat
specific. Kena cari sampai jumpa. Tapi tahun ni budak Hisyam kena beli baju raya sendiri sebab dah kerja. Hihihi...
Tahun ni jugak, budak Hisyam yang bayarkan zakat fitrah untuk kami sekeluarga. Semoga murah rezeki.. Pahala tu, tak sia2 dapat gaji. ; )
Kakak? Apa sumbangan kakak sempena raya? Habuk pun takdak. Baju raya kakak pun mak ayah belikan. Mengabiskan boreh. Pastu kuih-muih pun mak ayah poskan. Apadaaa... E'eh, baru sedar, 26 kali sambut raya, sekali pun belum pernah beli baju raya sendiri. Tak patut sungguh.. Mak, ayah, tahun depan Ayu pulak beli baju raya untuk mak & ayah k. Tahun depan kita raya sakan. Tak sabar tunggu tahun depan. Mercun, bunga api, semuanya den nak main. ;D
Akhir kata, selamat membuat persiapan menyambut Aidilfitri!!! ; )