Sunday, December 25, 2011

Mengidam

Dear husband mengidam biryani Lahore. ;p Makanya lepas Zohor terus jalan kaki ke Tufnell Park tube station untuk ke Edgware Road. Perjalanan bukan mudah sebab kena tukar tube di King's Cross station, tapi kalau dah terasa2 di tekak tu nak buat macamana kan? Jom!! : )


Sukanyaa dah sampai Lahore
Nak jugak ambik gambar. Tapi lepas snap, tiap2 kali mesti tanya "nampak gemuk tak?" Haih la, kalau dah gemuk tu takkan lah nampak kurus pulak dalam gambar ye tak? ;p
Lamb tikka biryani & chicken tikka biryani sampai. Bau pun dah menggoda hidung..
Tambah lagi satu vegetable dish, Bombay aloo - sejenis kari kentang yang mild, creamy, dan sedikit manis
Lepas tu naan pulak sampai. Naan dia sedap sangatt.. : )
Lepas makan singgah Marks & Spencer beli keperluan dapur, lepas tu zass nak balik. Asar masuk 1.30pm,  Maghrib pulak 3.55pm. Masjid susah jumpa. Baik balik rumah terus..
Disebabkan hari ini ramai umat dah balik kampung nak ber-Christmas, maka tube adalah sangat lengang. Mohle kita buat peghak ambik2 gambar sesama sendiri. Gambar bini tak jadi tempek sebab GEMUK sangat


Sekian diari 24 Disember 2011 : )

9 comments:

DeLancrettLurpak said...

dgr cite tube tak jalan masa boxing day, sebab driver tube pakat2 nak strike.. merasa la ko naik bus kalau nak bertinju nokkk... hehehe

Ayu said...

DLL - tak munasabah betul tube worker nak mintak gaji 3x ganda kalau kerja pada boxing day. 3x!! That's too much! Tp aku rasa dorang pakat2 je tu, dorang pun nak merasa soping on boxing day nok, apa kelas orang lain soping dorang keje. Hehe..

clasaad said...

nampak macam sedap ja nasi dia.. beras panjang2.. macam terbau2 ja aroma dia.. :)

Mokrish said...

kellllas ko kan shopping brg dapur kat marks and spencer..i like....ijad dah kurus ok...

Ayu said...

Cla - mmg sedap. Dah 4 kedai biryani halal aku try, mmg kedai Lahore ni la yg paling sedap. Tah apa la resipi dia pakai. : )

Pakcik - M&S kat sini mcm Jusco kat M'sia je, takde kellas tang mana pun. Biasa2 saja.. : )Tu lah, cek pun rasa laki cek dah kurus, dah cerah sikit lepas 2 bulan+ dok sini. Hehe..

Hajjah Noraini @Nanie said...

Salam Ziarah, tak de lah gemuk mana, okaylah tuh..jgn naik lagi sudeyyy..hehehehehe
Huishhhh..nasi tu nampak sedap, kentang dish dan roti nan memang sedap juga..
Braper rege makan macam tuh kat kedai lahore ni?

Ayu said...

Salam auntie.. Betullah tu, jgn makin naik sudah.. Tak sanggup.. Hehe.. Semua yg dimakan plus air mineral 2 botol, jumlah harganya GBP 22.30. Kira ok lah tu, sebab order macam-macam. Yang penting sedap & puas hati rasa membayarnya : )

Liasari said...

wahhhh bestnya mkn biryani... owhhh sy suka aloo tu

Ayu said...

Kak Lia - Mmg sedap makanan kat kedai ni. Kalau dekat, agaknya hari2 berumah tangga situ kot. Hehe..