Wednesday, August 5, 2009

Tetamu dari Delft

Maisarah & Nor Ain adalah dua tutor UTM yang baru sahaja menamatkan masters di TU Delft, Netherlands. Sekarang mereka menanti waktu untuk pulang ke Malaysia. Sebenarnya, mereka akan berangkat pulang esok! Wahh... Seronoknya adik2 ni nak balik ke kampung halaman masing2.. Dengki sungguh sebab mereka akan beraya bersama keluarga, sedangkan yang empunya diri beraya di tanah Belanda (lagi sekali). Sadisss....

Selama mereka berada di Utrecht, tidur bangun & makan mereka di sini. Dengan Kakak Ayu & Kakak Indah yang mereka kasi nama Cik Senah & Cik Gayah. Disebabkan Kakak Ayu selalu sahaja menyediakan hidangan untuk mereka pagi petang siang malam, makanya gelaran itu dipanjangkan menjadi Gayah Godek (sebab asyik godek periuk). Tak seswai...........

Masih teringat kali pertama kami bertemu adalah pada sambutan Aidilfitri tahun lalu di kedutaan Malaysia. Selepas diperkenalkan oleh Kak Yus (kenal Kak Yus masa sama2 ber-BTN di Ulu Sepri), kami terus ngam, walaupun selepas Kak Yus pulang ke Malaysia. Kami selalu berbalas2 kunjungan - Delft ke Utrecht, Utrecht ke Delft untuk luangkan hujung minggu bersama2, overnight di rumah masing2, makan2, sembang2 & menonton filem di YouTube. Nampaknya selepas ini tiada lagi sesi lepak2 bersama Mai & Ain. Sedih2..

Sebab esok mereka akan berangkat pulang, makanya Kakak Ayu menjadi sedikit sentimental. Wajar rasanya diimbas aktiviti makan2 kami bersama sepanjang mereka berada di sini. Gambar aktiviti jalan2 adalah kurang, harap maaf..

Strawberry Cheese Yogurt Cake yang dibawa oleh Mok pada sesi lunch meraikan Ain & Mai. Bukan salah eja, tapi memang betul cheese yogurt cake - lebih yogurt dari cheese. Bahkan, selepas gambar ni diambil, cake terus lembik & meleper. Hahaha.. Nevertheless, cake ini adalah sangat sedapp.. ;D Sayangnya, gambar lauk2 lunch terlupa nak ambil, sebab masa tu lapar sangat. Menu ala Thai - tomyam campur, sea bass masam manis, kerabu daging, ulam & sambal belacan.

Malamnya, dinner bihun Singapore - sebab lunch adalah sangat elaborate, malamnya kami bersederhana. Hehehe..

Ain & Mai di Utrecht Centraal - semalam kami ke sana, masa kecemasan untuk mereka membeli souvenir untuk dibawa pulang ke Malaysia

Setelah penat kaki berjalan2, kami singgah di Istanbul Kebab & makan kapsalon - bawah sekali ada fries, diikuti shredded vegetables, marinated chicken pieces & melted cheese. Makan dengan sambal Arab yang pedas2 masin & sos bawang putih yang creamy.

Ni pulak sebahagian daripada dinner semalam. Budak2 ni tak pernah makan pecal rupa2nya.. Hehe..

Lastly, ucapan untuk Mai & Ain:

Korang memang best!! Kitorang tentu akan rindukan korang lepas ni. Harap layanan semasa berada di rumah ni adalah memuaskan & kalau ada yang terkurang minta maaf banyak2.. Tahniah sebab berjaya mendapatkan Masters. Semoga selamat semuanya & silalah bersemangat nak sambung phD pulak. Hehehe..

Yang dengki,

Cik Gayah Godek

2 comments:

animed said...

Ayu, camni punya menu kami pun nak jadi tetamu jugak la..ahakss :-)

Ayu said...

Tu laa.. Anim nak balik dah, kalau tak bleh kita berpiknik2 tengok itik & bebiri sambil makan2. Best tau dok dalam campus nih. Hehe..