Friday, August 21, 2009

Bila puasa?

Al-kisahnya, Masjid Turki telah mengumumkan bahawa puasa jatuh pada Jumaat 22 Ogos 2009. Akan tetapi, pihak Kedutaan Malaysia pula menyatakan bahawa 1 Ramadhan jatuh pada 23 Ogos 2009 (Sabtu). Mana satu ni........ Pening tau tak.......... Disebabkan esok2 nak raya nanti, nak pakai pengumuman dari embassy, maka saya memilih (boleh ke gini?) untuk mula berpuasa hari Sabtu. Lagipun, kalau puasa hari ini (Jumaat), i tak dapat join lah, masih cuti lagi.. ; )

Aktiviti hari ini adalah mencutikan diri, lepak di rumah saja. Nak sambut puasa atenye.. Hihihi... Buat masa sekarang, i sedang menanti apple raisin muffins keluar dari oven. Selepas ini, nak tengok Nur Kasih di Catch Up TV, TV3. Dinner malam ni pun masih belum difikirkan lagi menunya. Sahur? Selalunya i sahur minum air setengah liter, so no worries pasal sahur.

Apple raisin muffins yang masih panass

Besar harapan dapat mula berpuasa, dapat bertarawih & membanyakkan amalan di bulan Ramadhan ini. Semoga berubah sikap juga, menjadi seorang yang lebih rajin & tekun menyiapkan tugas2 penyelidikan. Aminn....

2 comments:

animed said...

selamat berpuasa ayu. Anim minta maaf atas salah silap anim sepanjang kita berkawan..
p/s:ayu, jgn terkejut tau kalau selang sejam kat live traffic feed ayu tu..ada ja org mai dari blog anim. Suami la..nak memanaskan anim..sat2 check tgk kot ayu ada upload menu hari ni..eeee geram!!

Ayu said...

Anim!!! Rindunya... Sejak balik diam je.. Tengok blog Anim, xde post baru.. Sama2 la kita memaafkan, walaupun rasanya so far xde lgsung salah Anim pada Ayu. Hehe.. Hahahaha.. Sabar la Anim, bulan puasa tak baik marah2.. Ni post seterusnya ni Ayu nak tempek gambar lah ni. Nampaknya pasni Anim pon kena tempek menu jugak. ;D