Thursday, August 27, 2009

Jemputan Berbuka Puasa Pertama

Yaaa... Orang yang dari awal (sebelum Ramadhan) menjemput saya dan Che Dah berbuka puasa adalah jiran depan, Germari. Sebenarnya tidaklah dia kata "berbuka puasa", tapi istilahnya "dinner". Alah, kalau jatuh dalam bulan puasa makanya nama dia berbuka puasa lah kan. Hehe.. Kami dari awal sudah pun menerangkan bahawa pada 26 Ogos, kami akan berpuasa dan cuma boleh makan pada jam 8.41 malam. Germari yang sentiasa memahami, setuju untuk mulakan dinner pada jam 9 malam. Memang bagus, sempat la Maghrib dulu. ;)

Dinner kali ni sempena meraikan kedatangan ex-course mate dia, Shams (orang Bangladesh) bersama isteri. Sekarang Shams sambung phD di London, dan tengah bercuti2 Eropah. Germari juga ada menjemput lagi 2 rakan dari South Africa, sorang nama Ben, sorang lagi tak sempat nak tangkap ape ke namanya. Filipo, boyfriend Germari pun ada tadi, dan dialah yang masakkan pasta & nasi. Hebat kan.. Pasangan ni siap went all the way mencari ayam halal, etc. Very kind & considerate tau mereka nih..

Grilled chicken on skewer, peanut sauce, smoked mackerel, mixed salad, carrot & pineapple salad and tricolor pasta

Kurma (kami bawak) & nasi (beras biasa & pulut hitam) pun ada
Che Dah, Shams, his wife & Filipo
My plate (1st round)
Us, with Filipo (masa ni lagi 2 kawan dia dah balik)
Finally, with the hostess - sweet as always, Germari ; )

Shams & isteri dia pun Islam jugak, so seronok la borak pasal Ramadhan. Yang menarik malam tadi adalah makanannya. Macam nasi tu. Kata dia, white & black rice. Rupa2nya yang black tu adalah pulut hitam. Sungguh unusual. Ye la, orang Melayu bubur pulut hitam ada lah. Nak makan begitu saja macam makan nasik tidak pernah dibuat orang. Tapi ok jugak, not bad.. Cuma keras lah sikit black rice tu.. Menu yang kedua yang menarik adalah grilled chicken on skewer & peanut sauce. Sebenarnya Germari cuba nak buat sate ayam. Kami pernah jamu dia sate ayam dan dia sangat suka, siap mintak resipi kuah kacang tu. Tapi tadi dia grill ayam takde perapan & buat kuah kacang guna mixture siap di Toko. Walaubagaimanapun, kata dia, dia tetap ikut resipi sikit2 bilamana dia ada blend bawang & tumis dulu. Bagus, syabbas betti!! ;D Bangga i dapat menyebar ilmu pasal makanan Malaysia. Hehehehe.. Oh ya, bawang tu dia blend pakai blender yang mak & ayah hadiahkan pada dia Jun lepas. ;>

Itupun, tambahnya "i planned to make chookuduk, but Filipo said no, there's gonna be too much food". Apakah itu chookuduk?? Well3x.. Jangan tak tau, itu satu lagi makanan Malaysia yang dia sangat2 suka, lepas kami bawak ke rumah dia dulu. Itulah cokodok. Hahahahaha.. ;D Lawak la pulak, suka betul dia dengan chookuduk tu.

Tadi i bawak juga puding sagu gula melaka. Buat banyak sangat, sejak 2 hari lepas tak habis2. Baik bawak ke rumah dia, ada jugak faedahnya. Hehe.. My goodness, seseko suka bebeno dengan menatang tu, siap mintak resipi. Habis la, lepas ni akak kita ni akan jamu puding sagu gula melaka pulak pada dinner party yang akan datang. Hehehehehe..

Kesimpulannya, good food, good company. I'm very happy tonight. ;D

2 comments:

hasnahnoh said...

wah, meriah betoi, sampaikan black rice pun saapuu juga, very international, he he.........apa pun syabas kat sagu gula melaka tu, mak di sini pun terlioq juga, so kena buat nih

Ayu said...

Mak, tu la, memang kalau rajin pi rumah kengkawan antarabangsa nih, menu dia pun antarabangsa la jugak. Hehehe.. Buat jangan tak buat sagu gula melaka tu. Bestt... ; )