Monday, August 24, 2009

Sharing is caring


Nak resipi ayam percik sempena bulan puasa?? Ni resipi dari Kak Yani, mek Kelate. Mak & abah dia memang dulu buat jual ayam percik ni. So kira resipi tried & tested la ni. I pun pernah try, memang sedapp.. Kalau anda nak try tapi PEMALAS, boleh lah jugak digoreng ayamnya (tapi jangan garing sangat ye) dan kuah yang dimasak sampai pekat tu, tuangkan saja di atas ayam.

Untuk 1 ekor ayam;
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 batang serai
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar garam
  • Halia (lebih kurang sama banyak dengan 2 ulas bawang merah)
Bahan2 di atas dikisar - digunakan untuk memerap ayam. Lagi lama diperap lagi sedap.

Kuah ayam percik;
  • Santan (1.5 cawan santan pekat: 1 cawan air)
  • 2 sudu gula
  • 5-10 batang cili kering (ikut suka)
  • 2 ulas bawang merah
  • Halia (lebih kurang sama banyak dengan 2 ulas bawang merah)
  1. Cili, bawang & halia dikisar halus, dan dimasak bersama santan.
  2. Kacau sampai pekat.
  3. Kalau suka lebih kuah, bolehlah tambah santan ikut ratio pencairan yang diberi.
Cara memasak ayam percik;
  1. Grill/panggang ayam yang telah diperap sampai betul-betul masak.
  2. Secara selang seli, sapukan kuah ayam percik sambil menterbalikkan (??) ayam.
  3. Grill/panggang sampai kuah yang disapu kelihatan agak kering pada ayam.
  4. Kuah yang lebih boleh disiram pada ayam sewaktu menghidang.
  5. Selamat mencuba! ;D

No comments: