Thursday, August 20, 2009

Sebelum tibanya Ramadhan

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan;

Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
  • Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya
Maka Rasulullah pun mengatakan "Amiin" sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Maka dengan ilmu yang baru diketahui ini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala dosa dan kesilapan yang pernah dilakukan samada sengaja atau tidak kepada Mak, Ayah, kaum keluarga yang lain, dan sahabat handai. Harap dimaafkan..

Selamat meyambut Ramadhan yang bakal menjelang. Semoga beroleh keberkatan dan rahmat dari-Nya. Amiin...

4 comments:

intan suriati said...

ayu,aku pun sama lah.mintak maaf banyak2 dgn ko selama hayat aku kenal ko...kim salam cikdah naa..selamat berpuasa dan sama-samalah kite mencari keberkatan ramadhan..amiiinnn...

Ayu said...

Intan, sama2 la kita bermaafan k. Nanti raya 2nd round mintak maaf plak. ;D Ok, insyaAllah aku bgtau dia ble ktorang bertemu ptg nanti. Hehe..

Hana said...

erkk!! ada ciri2 copy paste nih..heheh..sma2 la kita ayu ek..sahur pa nih nanti?ekeke

Ayu said...

Ayu dapat ni dari e-mel, lepas tu ramai pulak yang buat entry pasal ni. Apa salahnya kita share pengetahuan dengan yang lain kan. ; ) Sahur xtau lg la Faza, mgkin xbley pose pon, kita tgk dulu camne.. ;p