Saturday, August 22, 2009

Mood sudah datang

Bukan mood mau tulis paper, tapi mood masak menda2 merapu. Al-maklumlah, esok kan mau start puasa? Jadinya, mood gila nak makan itu ini semasa berbuka datang dulu. Hehehe.. Esok puasa yeayy!!! Walaupun kerat jari nye lah, mak2 Arab kat Utrecht ni semuanya dah start berpuasa harini. Maaf ye makcik, i orang Malaysia, yang akur dengan pekeliling Kedutaan Malaysia. ;p

Awal petang tadi, ada diskusi dengan Mr Fiance thru sms, biasalah, kalau dah pi balik, pi balik sms tu, bila takde modal, keluarlah soalan2 tahap Aiman, iaitu: "Makan apa harini?", "Plan nak masak apa malam kang?"

I jawab, tak sure lagi nak masak apa. Sejak akhir2 ni buntu memikir menu. Bila tanya dia, jawabnya, "Buatlah nasi tomato. Tak pun nasi air." I cakap, "takde bahan la sayang..". "Kalau macam tu, buat yang senang2 je macam hot dog IKEA, takpun mi Sedap goreng basah", kata dia. I jawab lagi, "yang tu lagi lah i takde bahan nak membuatnya". Sudahnya dia fed-up nak mencadangkan. Hahahahahha.. Ampun.... ;p

Sayang, i ni beli barang2 dapur seminggu sekali. Tu pun kena naik bas turun bas, jalan kaki bergendong2 tau, nak makan punya hal. Bukan macam kat Malaysia tu, start enjin kereta terus sampai mini market, beli itu ini, dah kau.. Jadi la mi Sedap goreng basah. Nak lagi senang, start enjin, tuju ke restoran, kasi kunci kat tukang cuci kereta, pi duduk, terus jerit "teh ais, mi goreng basah!". Takdelah pernah aku menjerit pun slama ni. Contoh je tuh.. ;p

Walaubagaimanapun, setelah merujuk kitab (Myresipi.com) untuk ilham makan malam, inilah yang terhasil;

Nasi kuning + rendang ayam ala Lemongrass

Fuh, sedappp, hingga menjilat jari.. Tak kempunan lagi dah nak makan nasi kuning with chicken rendang kat Lemongrass. Betul2 macam kat Lemongrass, kecuali i tak letak telur rebus 1/2 biji, kacang goreng & juga sekeping daun pisang mengalas pinggan. Resipi nasi kuning i ambik dari sini. Kalau teringin, try2lah ye.. ;D

Oh ya, selamat bersahur buat Mak, Ayah, adik2ku di Malaysia, juga sahabat handai & sanak sedara yang lain. Kalau bersahur dengan telur masin, papadom, telur dadar & acar Mak Tok, jangan lupakan saya di sini. Tsk tsk..

2 comments:

animed said...

Adehh..sungguh menggoda kalbuku. Hari2 terakhir di Wageningen ni..kami berbuka makan kebab ja ayu. Nanti balik Malaysia rindu pulak kebab kat sini :-)
Tunggu la anim balik malaysia...anim boh gambar makanan2 yang anim beli kt bazar ramadhan (geleng kepala lagi suamiku)

Ayu said...

Ohh... Anim tak balik lagi rupanya. Igt dah selamat sampai M'sia. Sorry, kepala otak ni dah gelong sket, sbb ramai yang balik M'sia sejak akhir2 ni, dah terkonpius.. Haa.. Anim letak makanan bazar ramadhan, meleleh la air liur saya tgk tu nanti.. Hihi..