Apa agaknya aktiviti kami apabila berlakunya masalah sistem internet di pejabat? Kami pergi mengutip wild blackberries di semak samun yang letaknya 2km dari pejabat.
Kakak Marchy punya idea lah ni
Nampak daun2 yang tepinya tajam tu? Itu bukan daun pokok blackberry, tidak diketahui namanya, tapi daun itu menyengat!! Rasa sakitnya memedihkan bagai disengat serangga. Sakit!!
Nampak daun2 yang tepinya tajam tu? Itu bukan daun pokok blackberry, tidak diketahui namanya, tapi daun itu menyengat!! Rasa sakitnya memedihkan bagai disengat serangga. Sakit!!
Proses memetik perlu dilakukan dengan berhati2 untuk mengelakkan daun2 menyengat, selain batang pokok blackberry yang sememangnya berduri tajam. Bukan senang oii..
Sedang asyik memetik, terdengar bunyi enjin motosikal. Kelihatan seorang pengawal keselamatan menghampiri. Ah, sudahh....... Soalan pertama yang keluar dari mulutnya: "Lekker?" (sedap?) sambil tersenyum. Ahh pakcik.. Ingatkan kau nak marah, rupa2nya mahu turut serta.
Pose terakhir sebelum angkat kaki dari situ
Hasil kutipan - macam beli dari supermarket jadinya ;D
Hasil kutipan - macam beli dari supermarket jadinya ;D
Dah, itu sahaja ceritanya. Kesimpulan dari cerita ini: jangan pakai yang mendedahkan aurat jika mahu mengutip blackberries. Habis lah lengan, betis dan peha disengat dek daun2 menyengat itu. Tapi, bila difikir2 semula, mungkin patut pakai.. Dapatlah menarik perhatian jejaka2 datang menolong kutipkan blackberries. Hahaha.. ;D
2 comments:
Nox, aku dah sentap dah tgk ko nye title.. Ingatkan hp idaman mak tadi nyah.. Oh, aku ade tinggalkan comment on post pasal wish birthday ko from Ejad, tapi tak kuar pulak..
Aku nak kata, Ejad is so sweeeeetttt.. Mak suke nyah dapat benda2 cam tuh, rasa bercinta zaman sekolah.. :)
Farina, aku rasa musti ramai yang terbayang natang blackberry yang tu bila terbaca title kali nih. Hehe..
Oh, tq2 puji laki mak noxx... Dia memang suwett sekali. Sebaik mak dah chop awal2. Hehehe.. ;D
Post a Comment