Saturday, August 8, 2009

Amsterdam, Cologne, Milan, Venice, Barcelona, Prague, London & Paris

Warning: My longest entry ever

Rasanya diri ini termasuk dalam kategori bertuah apabila berkesempatan melawat, melancong & membeli-belah di kota2 berkenaan, kesemuanya dalam tempoh kurang setahun. Masakan tidak, kebanyakan orang cuma mampu berangan & berharap untuk ke sana, tetapi masih juga belum berkesempatan. Ketika terfikirkan perkara ini, diri ini merasa bersyukur yang tidak terhingga. Hikmahnya Tuhan menentukan jalan hidupku sebegini, dapatlah aku menjejakkan kaki ke negara2 berbeza di benua Eropah. Sementara aku menetap di sini, sementara duit dalam bank adalah dalam mata wang Euro. Sesudah pulang ke Malaysia, dengan duit Ringgit Malaysia, tipis benar rasanya, harapan mahu pusing2
Europe lagi.

Dalam kesukaran hidup di bumi orang, rasanya inilah satu2nya
plus point sambung belajar jauh dari Malaysia. Kita menjadi lebih terbuka terhadap budaya, cara hidup dan pemikiran manusia yang jauh berbeza dengan kita. Kita juga dapat merasa betapa cantiknya bumi ciptaan Tuhan, dengan perbezaan musim yang ketara - musim panas, musim luruh, musim sejuk & musim bunga. Jika di Malaysia, musim panas sepanjang tahun, dengan hujan lebat yang kadang2 ada, kadang2 tiada. Kalau di Netherlands, hujannya jarang sekali lebat, selalunya cuma renyai2 (drizzling). Pengalaman berjalan dalam hujan lebat sambil mencari hotel cuma dialami di Barcelona. Terasa seperti berada di Malaysia ketika itu.. ; )

Bercakap tentang pengangkutan awam, sistem di Eropah adalah sangat teratur dan boleh diharap (
reliable). Anda cuma perlukan buku panduan metro/bus/RER - andai anda bukan seorang yang buta huruf, 99.99% kebarangkalian anda akan tiba ke destinasi dengan selamat, pada waktu yang dianggarkan. Kalau di Malaysia? Saya tiada sebarang komen.

Soal makan? Malaysia tetap no 1!! Kepelbagaian kaum di Malaysia membuatkan pilihan makanan kita menjadi sangat pelbagai, dan hampir kesemuanya sedap2 belaka, dengan adunan rempah ratus dan cara masakan berbeza. Makanan di Netherlands adalah sangat membosankan. Makan tengah hari mereka adalah setaraf dengan sarapan pagi warga Malaysia. Bayangkan roti perang dimakan bersama kepingan keju dan
ham, diikuti dengan yogurt dan susu. Tak hairanlah orang2 Belanda sangat tinggi! Betapa tinggi kandungan kalsium dalam makanan mereka, jika segalanya adalah berasaskan produk tenusu. Makanan Itali & Perancis adalah lebih baik berbanding makanan Belanda, tetapi masih kurang kick pada lidah Melayu saya. Yang boleh tahan adalah makanan Sepanyol, dengan paella dan tapasnya. Cukup rasa. Walaubagaimanapun, sebagai pelancong beragama Islam, pengalaman merasa makanan di negara2 sebegini adalah terbatas kerana kita perlu mencari yang halal. Jika tiada langsung restoran halal, biasanya saya & kawan2 akan memilih menu vegetarian/seafood. Mungkin hal ini mempengaruhi pendapat saya terhadap makanan di benua Eropah. Mana tahu, babi grill itu sangat sedap, tetapi menu vegetarian yang saya pesan memang tak sedap. Wallahualam..

Pengalaman membeli-belah di kota2 ini adalah sangat mengujakan, terutama ketika berada di Venice ketika Krismas menghampiri, tahun lalu. Manakan tidak, kebanyakan butik2 berjenama menawarkan potongan sehingga 50% untuk barang2 terpilih. Memang rambang mata melihatnya.. Yang menariknya, tiada langsung tanda2 bahawa barangan di dalam mempunyai potongan harga, tetapi sebaik sahaja kita menunjukkan minat untuk membeli,
sales assistants mula menerangkan tentang discounted items. Apa lagi, silalah pilih... ;D Seronoknya membeli belah adalah ketika kita berduit. Jika tidak, tahanlah nafsu anda. Barang2 di Eropah ini bukanlah on sale sepanjang masa, ada ketikanya kita bertuah jika ter-melawat ke butik2 pada waktu yang tepat. Dan lagi satu, tolonglah jangan tanya samada sesuatu barang itu murah atau tidak, terutama di Netherlands. Jika saya membeli sesuatu, bukanlah bermakna barang tersebut murah. Saya membeli kerana elaun saya yang diberi oleh kerajaan adalah dalam mata wang Euro. Mungkin sebotol gel mandian berharga 20 euro adalah murah pada saya, tetapi jika anda mahu tukarkan ke RM, bukankan gila namanya tu... Kesimpulannya, segala2 di Netherlands adalah mahal. Kerana cukainya adalah mahal berbanding negara2 Eropah yang lain. Bila saya banding2kan harga Crocs & Clarks nya dengan harga barangan yang sama di Malaysia, ternyata Crocs & Clarks di Malaysia lebih murah. Barangan elektronik seperti kamera, notebook, etc. juga adalah lebih murah jika dibeli di Malaysia.

Nampaknya saya lebih banyak bercerita tentang Netherlands, bukanlah sesuatu yang menghairankan, kerana saya menetap di sini.. ; ) Baiklah, sedikit rumusan tentang tempat2 yang pernah saya lawati.

Amsterdam, the Netherlands - lively city. Segala2nya ada di Amsterdam. Madame Tussaud's, flower markets, flea markets, diamond factories, Anne Frank's house, kincir angin, Sex Museum, Rijksmuseum, dan macam2 lagi. Jika membawa kanak2 ke Amsterdam, hati2 di kedai cenderahati kerana terdapat banyak souvenirs yang tidak senonoh dijual. Marijuana dan ganja juga dijual dalam bentuk lolipop dan daun2 kering. Terkejut? Ini memang negara terbuka. Harap maklum. Jika anda bernasib baik malang anda mungkin terserempak dengan sekumpulan manusia tidak berpakaian mengayuh basikal, seperti yang terjadi kepada kami sekeluarga. ;p Makanan halal bukan masalah kerana terdapat banyak restoran Moroccan di sini.

Cologne, Germany - small, historical city. Banyak bangunan2 lama yang masih kekal di kota ini, memberikan ciri2 senibina Eropah lama. Sebenarnya kota ini tidaklah terlalu kecil, tetapi atmosphere-nya benar2 mesra dan menceriakan. Mungkin juga saya bias kerana saya melawat ke sana ketika adanya 5 Xmas markets di bandar tersebut. Jadi, segala2nya ceria, berwarna-warni dengan muzik berkumandang di sama sini. Selain melawat xmas markets, gereja dan muzium2, di sini juga anda berpeluang melawat Cologne museum/factory, tempat terhasilnya haruman eau de cologne.

Milan, Italy - Kata orang, Milan adalah fashion capital dunia. Ya benar, warga Milan adalah sangat fashion conscious. Designer boutiques bersepah-sepah serata Milan. Akan tetapi, Milan adalah kota yang sangat tidak indah pada mata saya, bangunannya tidak berseni, tiada landscape indah menghiasi tepian jalan, dan metro stations-nya adalah sangat kotor. Gypsy ramai di Milan, semuanya mencari peluang mendapatkan duit dari para pelancong. Pesanan saya - hati2 jika anda ke Milan.

Venice, Italy - Saya ke Venice ketika musim sejuk, beberapa hari sebelum Krismas tahun lepas. Mungkin keadaan yang berkabus, tambahan pula ketika itu Venice baru saja dibersihkan selepas dilanda banjir, membuatkan segala2nya tampak kotor, kurang menawan pada pendapat saya. Dari kaca mata saya, tiada yang cantik di Venice. Bahkan, kedudukannya dikelilingi laut membuatkan Venice berbau lumpur laut. Bangunannya kelihatan sedikit usang. Cuma yang saya benar2 suka di Venice adalah saiznya yang kecil. Ke mana2 sahaja menaiki water bus. Segala2nya terasa mesra dan selamat. Sehinggakan membeli-belah di designer boutiques di Venice terasa seperti membeli belah di Watsons. ;p Satu lagi, gelato di Venice, berhampiran Grand Bridge adalah sangat2 lazatt!!

Barcelona, Spain - Kota ceria berwarna-warni, berseni, punya budaya dan architecture menarik. Banyak hasil kerja arkitek Antoni Gaudi dengan stail art nouveau terdapat di Barcelona. Lain-lain yang menarik di Barcelona adalah muzium2nya, pertunjukan laga lembu, tarian flamenco & seafood paella! Oh ya, kalau ke Barcelona/Spain, jangan ketinggalan membeli barangan Zara. Asalnya Zara daripada Spain. Memang harga barangan yang sama lebih murah berbanding di Netherlands. Terbukti! ;D

Prague, Czech Republic - Magical city. Saya sangat suka dengan Prague!!!! Kotanya kecil, tetapi terasa bagaikan kembali ke zaman dahulu. Senibina bercirikan Old Europe kekal, kerana bangunan2nya adalah bangunan2 lama. Landscape sepanjang jalan terjaga rapi. Makanan murah, pengangkutan juga murah. Jika ke Prague, silalah lawati Prague Castle & Cesky Krumlov, satu kota lengkap dengan istana & perkampungan zaman medieval yang dipelihara sehingga sekarang. Suasana Prague di waktu malam adalah sangat indah, sukar digambar dengan kata2, terutama ketika terlihat lampu2an dari Prague Castle nun di atas bukit dan pantulan lampu2 jalan sepanjang sungai di Charles Bridge. Soo magical... ; )

London, United Kingdom - Sesuatu yang kelakar, saya merasa sangat lega ketika berada di London, kerana akhirnya saya faham bahasanya!! ;D Rasa macam balik kampung.. Hehehehe.. London adalah kota yang sangat lively, manusia tak putus2 berjalan siang dan malam. Terdapat pelbagai attractions untuk dilawati di London. Pilih saja - museums, castles, churches, parks, etc. 4 hari sememangnya tidak mencukupi untuk meneroka seluruh tempat2 menarik di London. Satu pesanan saya, London Zoo adalah tidak berbaloi untuk dilawati. Destinasinya yang jauh dari metro station terdekat membuatkan diri hampir give-up untuk meneruskan perjalanan. Tambah kecewa apabila binatang2 pameran semuanya lebih suka menyorok di kandang masing2. Pertama kali saya katakan, Zoo Negara lebih baik!!

Paris, France - Kata orang, Paris adalah city of love. Peliknya, tiada sekelumit pun perasaan romantik yang saya rasakan sepanjang berada di sana. Mungkin juga kerana kami sekeluarga adalah terkejar2 masa dan cuma meluangkan 3 hari di sana, suasana sebenar Paris tidak kami rasai. Aim kami cuma untuk ke Disneyland Paris, jadi, itulah yang kami benar2 enjoy. Jika ada peluang, mungkin saya mahu ke Paris lagi.. ; )

Panjang benar rasanya karangan saya malam ini. Mungkin terlalu senang kerana esok hari Sabtu. Baiklah, saya berhenti di sini dulu.
Good nite Netherlands, selamat pagi Malaysia!

17 comments:

lala said...

kalau kat malaysia.. jalan2 kat jb pon boleh sesat.. hahahah...

saya pon suke prague!! nak pegi prague lag!!

Ayu said...

Lala, betul tu.. Hehehe.. Jom g Prague lagi, aku sukaaaaa!!! ;D

intan suriati said...

gud job! aku rase ni entry ko yang paling berilmiah skali...(sbb yg lain2 gambo lauk jer kan,kurang kata2 heheheh)gaya penulisan yg sgt menarik,kemasan rumusan yg sgt tepat, pandangan peribadi yg telus dan tidak cliche' dan membuat kan hati ini untuk mengumpul duit dan melawati tempat2 yg telah kau lawati...gitu! heheheh well done!

Ayu said...

Intan, terima kasih sahabatkuuu..... ;D Tapi kalau ko menanti2 entry sebegini, mungkin setahun sekali je lah ada, sebab most of the time aku adalah sangat xde mood nak mengarang. Jalan pintas adalah tampal gambar & description, tanpa pendapat dan penaakulan ilmiah. Hehehehehe.........

Anonymous said...

Wow, incredible blog layout! How long have
you been blogging for? you made blogging look easy. The overall look of your website is excellent, let alone the content!


Here is my page Breast Enhancement Program

Anonymous said...

Yes! Finally someone writes about thyroid problems in men.


Have a look at my web-site :: thyroid gland function

Anonymous said...

Hello there! I know this is somewhat off topic but I was wondering which blog platform are you using for this site?
I'm getting sick and tired of Wordpress because I've
had issues with hackers and I'm looking at options for another platform. I would be fantastic if you could point me in the direction of a good platform.

Also visit my weblog: virility ex

Anonymous said...

I am sure this article has touched all the internet users, its really really pleasant article on building up new weblog.


Feel free to surf to my website :: virilityexstore.net

Anonymous said...

Although these pills are over-the-counter pills and do not require your doctor's permission but to be on the safety side there is no harm is consulting him to know about proper dosage and suitability to your body. If you refer the internet then you will find out positive feedback about Vig - Rx plus pills, confirming its credibility and reliability in treating all sexual problems. Merely you can consume Cialis to fight against this erection problem to provide your partner what she actually requires from you.

Here is my web-site; http://vigrxplustruth.com/

Anonymous said...

Your style is so unique compared to other people I have
read stuff from. I appreciate you for posting when you've got the opportunity, Guess I'll just book mark this page.


Feel free to visit my webpage: breast actives breast enhancement

Anonymous said...

It's impressive that you are getting ideas from this post as well as from our argument made here.

My weblog - buy smoke deter

Anonymous said...

Hi my loved one! I wish to say that this article is amazing, great written
and include approximately all vital infos. I would like to look extra
posts like this .

my web-site Smoke deter

Anonymous said...

Hello, its fastidious paragraph about media print, we all be familiar with media is a great source of facts.


Here is my page :: http://www.macrofauna.com/

Anonymous said...

you are actually a good webmaster. The web site loading velocity is incredible.

It sort of feels that you're doing any distinctive trick. Moreover, The contents are masterpiece. you've
performed a great activity on this matter!

my page: buyaciphex.beep.com

Anonymous said...

Great post. I was checking constantly this blog and I'm inspired! Very helpful info particularly the ultimate part :) I deal with such information much. I used to be looking for this certain info for a long time. Thanks and best of luck.

my webpage :: male enhancement comparison

Anonymous said...

Hi! I understand this is sort of off-topic but I had to
ask. Does operating a well-established website such as yours take
a lot of work? I am brand new to operating a blog but I do write
in my journal on a daily basis. I'd like to start a blog so I can share my own experience and views online. Please let me know if you have any kind of ideas or tips for new aspiring blog owners. Thankyou!

Have a look at my webpage; get rid of cellulite

Anonymous said...

e cig reviews, e cigarette, smokeless cigarettes, electronic cigarette, electronic cigarettes, e cigarette reviews