Saya adalah sama sekali tidak sedar bahawa bulan Ogos membawa erti dalam hidup saya. Yang saya ingat, 23 Ogos adalah tarikh lahir mak saya yang tersayang.
Kalaulah tunang saya tidak mengingatkan saya bahawa kami telah bertunang pada bulan Ogos, tentunya saya takkan teringat langsung.
Tapi yang kelakarnya, dia fikir kami bertunang pada 23 Ogos. Walaupun dia silap, sekurang2nya dia ingat. Memang, pada awalnya kami rancang untuk buat majlis tu pada 23 Ogos, tetapi akhirnya diawalkan ke 2 Ogos.
Tak sangka dah setahun saya bertunang. Tak terasa pun, sebab lepas bertunang, saya terus sibuk buat persiapan untuk ke Netherlands. 2 minggu selepas tu, saya mula cuti belajar. Encik tunang telah mengikut saya pulang ke Pulau Pinang - itulah hujung minggu terakhir yang kami luangkan bersama2.. Hari Ahadnya, dia pulang ke Serdang dan saya luangkan seminggu di rumah, sebelum kami sama2 ke KLIA pada 31 Ogos 2008.
Kiranya, sudah hampir setahun jugalah kami tidak bersua muka. Cuma bersua suara dan tulisan sahaja.
Hari ini, setelah 5 hari tarikh 2 Ogos 2009 berlalu, saya terima sekeping kad ucapan. Kad ucapan UPM
Itulah kad engagement anniversary saya, daripada my ever thoughtful, sweet fiance.
Saya pula masih belum mengirim sebarang kad ucapan untuknya, semuanya gara2 kedai Primera (kedai kad, kudapan, alat tulis & pejabat pos) yang tutup sejak 2 minggu lepas.
Apa2pun, yang menarik dalam kad kali ini selain karangannya, adalah lukisannya. So sweettt....... ; )
Happy 1st engagement anniversary my dear Ejad.. ;>
8 comments:
Wakakakkakakakakka. Ok ape die bawak jln2 pi kedai tuh. Knowing Ejad, dapat bawak pi SOGO pun dah besar rahmat. bersukurlah wahai cik ayu. teeheehee.
btw, happy anniversary. klong pun lupe juga yg korg dah setahun tunang. pdhal mase tuh dah mabukkan si sarah. cumer belum reveal pd sesaper yet. ni si sarah dah kuar, konpem la dah setahun masa berlalu.
oh anniversary klong pun coming august nih. anniversary start pakai tudung. :P
Kak Long, blum tdo lagi yee... Hehehe.. Congratulations on ur 1st anniversary (pakai tudung), sangat2 lah bermakna. ; ) Hah, dh tgk gmbar Mia dkt facebook Busu, memang montel, gebu & cute habis. Sungguh geram!!
Sweet! semoga berkekalan ke akhir hayat!
astadilla
Thanx my dear Dilla!! Same goes to you.. ;D Tq jugak sbb mai majlis tunang aku tahun lepas..
jgn lupa jemput masa kenduri nanti tau!
Mieza, insyaAllah jemput.. Don't worry k.. ; )
hepi anniversary!!
..ur 1st engagement anniversary = my birthday....:)
Thanx!! Happy belated birthday!! ;D
Post a Comment