Sunday, November 15, 2009

Jimmy Choo for H&M

Tengah hari tadi ke Centraal untuk buat marketing barang2 dapur & toiletteries. Jalan punya jalan, Che Dah terperasan 2-3 ladies mengelek paper bag berwarna biru gelap, bertulis JIMMY CHOO for H&M. Mata kau terang Che Dah, kalau harapkan mak ni ha, konpem menonong je jalan. Tak nampak kiri kanan.

Bila dah bagitau i, apalagi. "Eh, jomlah kita gi tengok. Apa yang ada sampai ye2 dorang memborong nih." Pergilah ke H&M. Mak ai, ramai!!! Semua tengah berebut2 membelek beg2 uncle Jimmy yang dilonggok saja di meja. Konsep: rock chic. Penuh studs. On black leather. Ada juga koleksi baju2 dan jacket, masih membawa tema yang sama. Harga? Lebih mahal daripada biasa, tetapi tentu sahaja lebih murah berbanding produk keluaran uncle Jimmy sendiri. Produk2 kolaborasi ini mungkin saja memakai rekaan uncle Jimmy tetapi dihasilkan oleh H&M, hence the slightly lower price tags.

Selepas 5 minit scanning, hati rasa tak berkenan. Terus meneroka koleksi2 biasa di H&M. Jalan lagi ke belakang. Mak ai, rupa2nya kasut2 uncle Jimmy disusun di belakang!! Manusia berebut2 memilih saiz kasut yang sesuai. Apa lagi, peluang yang ada jangan disia-siakan. Ni yang benci ni. Dengan boots & socks kita nak mencuba 3 inches heels. Harus la terkial2 menanggalkan boots & stokin dulu. Wallah, design memang sexy habis. Sungguh Jimmy Choo. Ballerina pumps & gladiator sandals pun ada jugak, semuanya penuh studded dengan silver hardware.

Di atas meja belakang ada juga longgokan hand bags & clutches (cuma 3 jenis), accesories & scarf (sejenis je). Manusia memang ramai, seolah2 berebut2 je merembat itu ini. Masa tu baru jam 12.30 tengah hari. Tiba2, masuk je pukul 1 petang, staf2 H&M mula mengemas barang2 di atas meja, dengan meja2 sekali disimpannya. Apa yang tinggal? Kasut2 uncle Jimmy yang bersusun di rak. Dalam sekelip mata, medan peperangan tadi dah kosong, dan digantikan dengan rak2 baju koleksi biasa H&M. Huh? Pening kejap.

Tapi dalam pening2 tu, yang di tangan tetap tak dilepaskan. Hehehhe.. Makanya, for the 1st time in my life, merasa la items2 yang membawa nama Jimmy Choo. Orang Malaysia okeh. We should be proud of him. Walaubagaimanapun, sedar2 la yang bukannya uncle Jimmy yang buat rekaan tu semua. Sudah tentulah designers dia yang buat. Lagipun, bukan Jimmy Choo yang menjadi founder & president untuk label Jimmy Choo. Tamara Mellon is. Cuma nama dia saja yang dipakai. Pikir2, macam sadis pulak kan. Isk..

Btw, the shoes, bags, clutches and coin purse are made of real leather. So, the price tags are very much justified.
Murah la, murah. Bukan lah 2 kupang, but still...

Sekian cerita Jimmy Choo for H&M. Yang penting, hatiku berbunga2. Persoalannya, bila dan di mana nak melenjan semua2 tu? Ah, itu belakang kira. Yang penting, beli dulu. ;p

6 comments:

NadiahKhair said...

Hoihhhhh!!
Klong jeles ok.
Binci Binci Binci.
Cepatlah camwhore ngn kasut tuh. Klong dpt salivate pun jadilah.
Sedeyh nih. Hhahha

Ayu said...

Hahahahahha... Kak Long, mmg saja buat post ni untuk Kak Long. Orang lain sure tak peduli punye. Hehe.. Kalaulah tau dari awal pasal dorang nak buat jualan pada 14/11, i'll let you know earlier. Boleh kirim ke hape. Ni kitorang dikira bertuah sebab dalam tak tau langsung, boleh ter-nampak & ter-pergi. Erk, bertuah ke? ;p

Ami said...

laaa,semlm tak pegi stadt!aah tunjuk la ayu hihi.betul beli kasut/baju time winter adalah sgt tension,nak kene bukak boots,bukak coat,sweater and seploh layer lagi.

Ayu said...

Ami, tu ha dah tunjuk dah tu... ;D Sayanglah Ami tak kuar semalam. Ayu pun xtau ada menda alah ni. Rupa2nya seantero dunia mmg dia buat pada 14 Nov. Baru search informationnye. Betul la tuh, autumn/winter ni kalau nak try baju mmg lah geram. Kalau try coat/jacket tahan sket. Hehe..

shila ariff said...

wah wah...sungguh seksi high heel tu...so jeles..

Ayu said...

Shila... Sexy kan? Aku gatal2 beli ni, nak pakai time bila belum tau lagi. ;p