Saturday, November 14, 2009

Belated Birthday Parcel

Semalam sampai 1 parcel, tapi sebab i takde kat rumah, En. Hassan Kosem telah meninggalkan parcel itu di Primera, kedai rokok+alat tulis+kudapan yang letaknya kurang 1 km dari rumah.

Lepas baca notis pemberitahuan yang menyuruh kutip parcel di Primera tu, tertanya2 jugak, sapa yang hantar ni.. Adakah mak ayah tersayang atau tunang terchenta? Adik2? Haram la nak pos apa2. Nak beli setem pun konpem berkira. Hahahaha...

Hari ni, lepas je selesai buat cage changing & weighing kesemua 88 ekor tikus (asal 90, 2 dah gol), i pon berkobar2 jalan kaki ke Primera. Sampai je, terus kasi notis pada makcik jaga kedai, dia pun hulur satu parcel putih. Ah, excitednyaa!!!! Pegang2, ringan je.. Apekah di dalamnya? Tak sabar.. Tapi apa2 pun, sebelum mengundur diri dari kedai tu, i rembat la jugak diet coke & kinder bueno. Diet la sangat.. Heheheh...

Nah, sampai je rumah, terus tak sabar nak bukak. Sebenarnya masa dalam lif lagi dah rasa nak koyakkan je wrapping paper tu. Hehe..

Tada!!!! Ada birthday card & birthday gift dari Neng rupanya.. Neng ni kawan baik sejak sekolah rendah lagi. Memang ngam betul. Tak sangka Neng, hang delay 2 bulan nooo... ;D

Yang extra specialnya, ada gambar kawan2 rapat yang lain. Time ni depa pi beraya di rumah i. Bayangkanlah, tuan punya badan xde pun, dorang gi jugak. Terharu i.. 4 ekor ni la kawan2 sehati berdansa sejiwa, kawan2 sekolah rendah ni tau. Memang satu kepala. Mengayam ketupat, serang cinema, ber-bbq, berkelah di pantai yang indah adalah aktiviti kesukaan kami! ;D

Neng, aku dah letak gambar hangpa tu buat penyeri magnetic board aku. Siang malam aku tenung tau. Jangan lupa plan cuti2 kita. Rindu la kat hangpa semua.. Menganyam ketupat sambil pekena kerang bakar di Padang Kota adalah sungguh nikmat. Tunggu aku balik ok!! ;>

2 comments:

hasnahnoh said...

mak pun terharu jugak, terima kasih la kat member ayu 4 orang tu: neng,ju, wan dan jo......memang depa sporting betoi. mak sayang depa sebagai sahabat ayu juga bekas murid SKBL 1990 -1995 !
wei.........
apa dlm kotak tu? (nak kepo jugak, he he)..........

Ayu said...

Mak, betul3x.. Depa mmg sporting habeh kan.. ;D Dalam kotak tu ada miniature latex boot, kilang Neng buat boot tu, so dia siapkan satu yang kecik untuk Ayu. Buat key chain. ; )