Sunday, November 29, 2009

Today, I had............

12.00 noon: Muesli with milk for breakfast

3.30 pm: Hotdog & coffee for lunch

7.20 pm: Nasi kuning + rendang daging for dinner
I'm satisfied. What a wonderful day! ;D

Saturday, November 28, 2009

My Aidiladha Diary

Okeh, ni kisah semalam. Lambat bangat nak update sebab menanti2 mood yang sesuai. Sebenarnya sampai la ni i masih headache lagi. Apahal la..... Anyway, back to Aidiladha story..

Pagi2 lagi dah keluar ke pejabat. Sebabnya, plasma samples perlu dihantar ke hematology lab by 8 am. Adoila...... Dalam hujan tu jalan kaki ke lab yang letaknya 1 km dari pejabat. Ok la, nasib baik la 1 km je dek non..

Balik dari hantar samples, rest kejap di pejabat. Makan biskut, minum teh. Sambil2 tu check facebook. Sekali tengok, mak dah upload gambar2 raya daa... Punyalah efisien. Hehehehhe...

Lepas rehat 20 minit, terus turun ke lab animal facility pulak, nak kena timbang dan tukar sangkar 87 ekor tikus2 tu.. Malas betul lah....... Tapi buat la jugak. Sekali dengan bilas dan tukar air dalam botol minuman anak2 nih. Kerja2 selesai pada 11.45 am, apalagi, terus cabut balik

Sampai je rumah dalam jam 12 tengah hari, terasa lapar la pulak. Rebus pasta & panaskan bolognaise sauce 2 hari lepas. Jadilah lunch di Aidiladha

Pastu, projek pulut udang pulak. Nak bawak sebagai buah tangan ke rumah Kak Syahirah. Ni tengah kukus pulut..

Ginilah rupanya sebelum diletakkan inti. Gambar steps seterusnya tiada, sebab dah kelam kabut kejar masa nak ke rumah Kak Syahirah

Dekat kul 4 pm baru sampai rumah Kak Sya. Mula2 makan laksa..

Lepas tu makan nasi dengan gulai mackerel & ayam masak merah

Lepas makan laksa 2 pinggan, nasi 2 pinggan, Kak Syahira keluarkan pulak tiramisu! Adoi Kak.. Awat tak habaq awai2, perut i dah sendat dah ni.. Hehehehe... Btw, sebelah tiramisu tu adalah pulut udang kami. Pulut udang yang terlupa nak dimasukkan kelapa parut dalam intinya. Hahahahah!! ;p

Akhirnya, dalam jam 6 petang, kami pun beransur pulang dari rumah Kak Sya. Sampai2 je, pintu nak masuk ke bangunan apartment pulak buat hal. Tak nak bukak! Alamak... Dah la hujan, angin kuat, sejuk bagai nak gila. Telefon jiran tetangga suruh turun bukakan pintu. Nasib baik la ada yang sudi membantu. Kalau tak konpem dah mati kejung kat luar tuh. Dengannya lah bladder yang sangat sarat. Bahaya2..

Sampai je rumah terus padam sebab sakit kepala melampau. Tu lah, makan lagi sampai sendat. Padan muka.

Sampai sekarang, rendang belum timbul2 lagi. Tapi insyaAllah malam ni akan ada. Hehe..

My latest fav!

Love the beat!!! Just don't go searching for the exact lyrics. Hahah.. ;p



Layannnnnnnnnnnn......................

p/s: I know, i know, this song is not new. Biasalah, i kan ketinggalan zaman sejak dok Belanda nih. ;D

Akan datang

Post bertajuk my aidiladha diary yang penuh gambar.

Hahahahah...

Adalah sangat malas dan tengah sakit kepala nih.

Apakah sebabnya?

Mungkinkah sebab berhujan pagi, tengah hari & petang tadi?

Atauu............

Terlebih makan sudah.... ;D

Friday, November 27, 2009

Aku mahu pulang

Wah, gila apa? Baru lepas tekan butang "publish post", terus saja tanpa ragu2 menekan butang "new post" pulak? Kemaruk nak raya kah? ;D

Sebenarnya nak bagitau, saya ini ingin sekali bertanyakan supervisor,

"When do you think I can leave? The contact person back in my university asked for the departure date because she needs to book the plane ticket.."

Tapi mak tak berani nyahhhhh..........

Nanti tak pasal je kene sembur, experimental work baru separuh jalan, ada hati hang nak tanya tarikh balik?

"Finish your work first before we continue this discussion".


Mau terkedu tang tu.

Sudahlah. Minggu depan saya cuba tanya kalau berani.

Tiada sesalan

Bila makan nasik 3-4 pinggan sehari di musim luruh ni. Sejukk... Logik akal mengatakan bahawa makanan lebih2an adalah perlu, untuk memanaskan badan (apa, lemak tebal di badan tu tak cukup2 kah?). Pagi petang siang malam, asyik makannnnn............ Makan pun tak main yang ringan2. Yang kelakarnya, nanti sebelum tidur, perut akan berkeriuk2 lagi. Apa masalah??

Juadah minum petang, semalam

Sangat2 suka, terutama bila wasabi, kicap Jepun & halia jeruk diberi dalam amaun yang tak kedekut langsung ;D

Makan malam, sehari sebelum Aidiladha
(o-oh, patutlah asyik lupa, makan kepala ikan rupanya..)

Ada rasa nak buat rendang sebenarnya tadi. Tapi bila difikir2kan, biarlah dulu. Esok baru kita pulun rendang2an. Heeee....... ;p

Thursday, November 26, 2009

Rayakah aku??

Sindri pikir. Hehe..

Di kesempatan ini, selamat menyambut aidiladha kepada anda, anda dan anda. Semoga disambut penuh pengertian dengan amalan2 sunat yang dituntut. Jangan main makannnnnnnn je tau. Jeles nih. Hehehehehe... ;D

Errr..... Ape ah nak masak raya nih? Part makan sebuk je.. Walaupon penuh jadual esok sampai tiada ruang nak ke embassy solat sunat, meriahkan raya dengan makan2 adalah perlu untuk membangkitkan suasana raya. Heee..........

Monday, November 23, 2009

Resipi lasagna

Okeh, cooking class! ;D

Lasagna suka hati

*Boleh dapat satu medium casserole dish, untuk 4-6 orang.

Bahan2:
  1. 1 kotak precooked lasagna sheets
  2. Bolognaise sauce resipi korang sendiri yang dimasak pekat (wajib pekat!)
  3. Bechamal sauce
  4. Grated cheddar+mozarella+parmesan (atau salah satu, atau mana2 grated cheese mixture untuk pizza/pasta) secukupnya
*Bolognaise sauce tu suka hati la nak beef/chicken atau nak campur ke. Suka hati ok.. ; ) Btw, I nak ajar cara buat bechamel sauce je la ok, sebab bolognaise sauce semua orang tau buat kan. Kalau x tau jugak, silalah google. ;p

Bechamel sauce
  • 70 g butter
  • 40 g flour
  • 1/2 L milk
  • salt
  • pepper
  1. Melt the butter on low heat, add the flour, cooking slightly.
  2. Add the milk gradually, beating the mixture with a whisk and waiting until it boils before adding more milk.
  3. Once it achieves the consistency of cream, season with salt & pepper to taste.
Okeh, cara2 nak ensemble lasagna korang:
  1. Ambil sesenduk bolognaise sauce, ratakan dalam casserole.
  2. Atur precooked lasagna sheets di atasnya. Atur la sebanyak mana yang diperlukan untuk menutupi lapisan bolognaise sauce tadi.
  3. Kemudian, ratakan pulak bechamel sauce di atas lasagna sheets.
  4. Sprinkle grated cheese secukupnya di atas bechamel sauce.
  5. Kemudian, ulang langkah2 1-4 sebanyak dua kali lagi. Kalau cukup bahan, nak buat 4-5 layer pun boleh. Selagi tak melimpah keluar dari casserole tu lah k..
  6. Cover casserole dengan aluminum foil dan bakar dalam preheated oven pada 175'C selama 45 minit.
  7. Selepas 30 minit proses baking tu, buangkan aluminium foil dan teruskan baking selama 15 minit lagi.
Lasagna yang sudah dipotong - yang ni I tabur mixed Italian herbs di atasnya

Serving suggestion. Hahahha..

Oh ye, resipi untuk daging masak hitam kat bawah ni aku cilok dari sini. Bezanya, aku potong daging agak tebal dan tak blend bawang & cili dalam kicap. Aku tumis blended ingredients dulu sebelum masukkan kicap pekat. Selamat mencuba! ; )

Sunday, November 22, 2009

Ahhh, letihnyaaaaa............

Semalam host dinner untuk kawan2 yang tak berapa ramai. Ohh... We had the best time filling out crops & stomachs (yeah, like chickens, it seems like we have crops ;p) while chatting about everything under the sun. Was a great dinner!

The regulars, plus the special guest from Maastricht, Azwan
Satu lagi, kali ni set timer supaya semua boleh bergambar sama

My friends yang sangat2 suka makan. Hepi sokmo. ; )

Ok, tuan rumah enter frame skali lagi

Nasi ayam penyet yang marvellous (boleh gitu?) ;p

Gaya & Inneke arrived nearly an hour later. Nasib baik masih ada ayam nya. Kalau tak, korang makan nasi penyet je la. Hihi..

Hari ni? Seharian merayau di Centraal. Tengok New Moon!!! ;D Bukan semua suka, but us, the girls, semuanya sukaaa!!! Mok, Azwan, too bad lah korang terasa terseksa dalam cinema tuh. Heheh.. Jalan cerita kali ni memang la lembap sket bebanding the 1st movie. Tapi masih berbaloi menengoknya. Well, that's my personal opinion. And i'm still having my eyes on Edward, walaupun mukanya terlebih berbedak kali nih. Hahahahah!!! ;D

Sekarang baru pukul 7.35 malam, tapi letihnya mak ai, rasa macam dah tengah malam pulak. I may go to bed right after this. Good nite people!

Friday, November 20, 2009

Dinner pics again

Kali ni gambar2 tak sempat touch up. Lapaq lapaq!!

Siakap bakar sumbat sambal kelapa & sambal kicap

Brokoli + buncis goreng, tempe goreng & papadom

Dah, tu je nak tayang. Tiada sebarang ulasan & penaakulan mantik. Hee.. ;D

Wednesday, November 18, 2009

Oops i did it again

Now i learned my lesson. Never ever buy early birthday gift for anybody, especially if the gift is something i really, really like.

1st incident - bought a strawbery gift set for a friend. Ended up using the shower gel and body butter. The bath lily is left unused (already have mine). Had to buy another gift to replace the gift set. Mengongs.

Bahan bukti yang tinggal. How could i not be tempted??

2nd incident - last Saturday I bought a white musk gift set for my best friend whose birthday is in January. Tak tahan daulat, petang tadi bukak wrapper and spray the EDT on myself. Macamlah tak cukup2 pewangi yang ada.... Why the heck???? Ayuuuuuuuuuuuuuu............................

Again, see how seductive the set is? Maybe I've been lured by the cosmetic bag. Duhh...

And now, i have extra bath lilies. Do you think i could pass wrapping two bath lilies in a box, giving them as a birthday present? ;p

What I've gotten myself into

Nowadays, i'm occupied with all these...........

Tail vein incision on all my 88 mice - every morning, 4 days a week

Btw, those are the hands of a kind hearted biotechnician who helps performing the incision. Me? I'm the boss. I monitor sampling duration limit and let him know when to stop. ;p Hahahhaa..

Weighing and cage changing every fortnight

Didn't know that weighing and cage changing (+ cleaning drinking bottles & adding feed pellets) for 88 mice could take nearly 4 hours of my precious time...

Behavioral recording

I record the behavior of 30 mice per week, 7 mice at one go, for a period of 30 minutes per animal. This one, I'm not complaining much.. ; )

But the most annoying part is........................

Behavioural scoring

Scoring the recorded visual is an absolute torture. Arghhhhhhhhhhhhhh.................

Can't wait for weekend to come. I'm soo looking forward to see my Edward.

Oh, Edward............ ;D

p/s: Please excuse the crappy Blackberry iPhone Nokia photos. Hihihihi...

Monday, November 16, 2009

Kali pertama

...masak ikan sebelah waktu makan malam tadi. Che Dah yang masak. Hehe.. Goreng dulu (lumur garam kunyit), lepas tu buat sambal dan tuang di atasnya. Sedapp...

Sebelum ni dah pernah makan ikan sebelah semasa makan di Amsterdam dengan keluarga (bulan Jun lepas), tapi itu ikan sebelah digoreng bersalut tepung. Kali ni nak cuba masak sendiri di rumah. Bukan apa, sebelum ni tak terbeli2 ikan tu, sebab tak ada ilham nak masak lauk apa.

Gambar hidangan tadi tiada. Tapi lebih kurang begini lah rupa ikan sebelah tu sebelum dimasak:


Okeh, lain kali boleh beli lagi! ; )

Sunday, November 15, 2009

Jimmy Choo for H&M

Tengah hari tadi ke Centraal untuk buat marketing barang2 dapur & toiletteries. Jalan punya jalan, Che Dah terperasan 2-3 ladies mengelek paper bag berwarna biru gelap, bertulis JIMMY CHOO for H&M. Mata kau terang Che Dah, kalau harapkan mak ni ha, konpem menonong je jalan. Tak nampak kiri kanan.

Bila dah bagitau i, apalagi. "Eh, jomlah kita gi tengok. Apa yang ada sampai ye2 dorang memborong nih." Pergilah ke H&M. Mak ai, ramai!!! Semua tengah berebut2 membelek beg2 uncle Jimmy yang dilonggok saja di meja. Konsep: rock chic. Penuh studs. On black leather. Ada juga koleksi baju2 dan jacket, masih membawa tema yang sama. Harga? Lebih mahal daripada biasa, tetapi tentu sahaja lebih murah berbanding produk keluaran uncle Jimmy sendiri. Produk2 kolaborasi ini mungkin saja memakai rekaan uncle Jimmy tetapi dihasilkan oleh H&M, hence the slightly lower price tags.

Selepas 5 minit scanning, hati rasa tak berkenan. Terus meneroka koleksi2 biasa di H&M. Jalan lagi ke belakang. Mak ai, rupa2nya kasut2 uncle Jimmy disusun di belakang!! Manusia berebut2 memilih saiz kasut yang sesuai. Apa lagi, peluang yang ada jangan disia-siakan. Ni yang benci ni. Dengan boots & socks kita nak mencuba 3 inches heels. Harus la terkial2 menanggalkan boots & stokin dulu. Wallah, design memang sexy habis. Sungguh Jimmy Choo. Ballerina pumps & gladiator sandals pun ada jugak, semuanya penuh studded dengan silver hardware.

Di atas meja belakang ada juga longgokan hand bags & clutches (cuma 3 jenis), accesories & scarf (sejenis je). Manusia memang ramai, seolah2 berebut2 je merembat itu ini. Masa tu baru jam 12.30 tengah hari. Tiba2, masuk je pukul 1 petang, staf2 H&M mula mengemas barang2 di atas meja, dengan meja2 sekali disimpannya. Apa yang tinggal? Kasut2 uncle Jimmy yang bersusun di rak. Dalam sekelip mata, medan peperangan tadi dah kosong, dan digantikan dengan rak2 baju koleksi biasa H&M. Huh? Pening kejap.

Tapi dalam pening2 tu, yang di tangan tetap tak dilepaskan. Hehehhe.. Makanya, for the 1st time in my life, merasa la items2 yang membawa nama Jimmy Choo. Orang Malaysia okeh. We should be proud of him. Walaubagaimanapun, sedar2 la yang bukannya uncle Jimmy yang buat rekaan tu semua. Sudah tentulah designers dia yang buat. Lagipun, bukan Jimmy Choo yang menjadi founder & president untuk label Jimmy Choo. Tamara Mellon is. Cuma nama dia saja yang dipakai. Pikir2, macam sadis pulak kan. Isk..

Btw, the shoes, bags, clutches and coin purse are made of real leather. So, the price tags are very much justified.
Murah la, murah. Bukan lah 2 kupang, but still...

Sekian cerita Jimmy Choo for H&M. Yang penting, hatiku berbunga2. Persoalannya, bila dan di mana nak melenjan semua2 tu? Ah, itu belakang kira. Yang penting, beli dulu. ;p

Main masak masak

Resipi untuk dicuba hari ini:

Shabsuka

Makanan Arab lah ini malam. Sedap lah, sedap sedap.. Paling ngam dimakan dengan roti - naan, French loaf, roti putih, atau apa2 saja la yang sesuai. Best tau.. Tapi tadi bantai makan dengan nasik. Sebab seharian tak makan nasik. Eh, lupa. Pukul 3 petang tadi i korek nasik dalam peti ais. Ayat seharian tak makan nasik itu hanya applies untk Che Dah. Hehehhe...

Untuk resipi, klik sini. Cuba jangan tak cuba. Marvellous!! ;D

Saturday, November 14, 2009

Belated Birthday Parcel

Semalam sampai 1 parcel, tapi sebab i takde kat rumah, En. Hassan Kosem telah meninggalkan parcel itu di Primera, kedai rokok+alat tulis+kudapan yang letaknya kurang 1 km dari rumah.

Lepas baca notis pemberitahuan yang menyuruh kutip parcel di Primera tu, tertanya2 jugak, sapa yang hantar ni.. Adakah mak ayah tersayang atau tunang terchenta? Adik2? Haram la nak pos apa2. Nak beli setem pun konpem berkira. Hahahaha...

Hari ni, lepas je selesai buat cage changing & weighing kesemua 88 ekor tikus (asal 90, 2 dah gol), i pon berkobar2 jalan kaki ke Primera. Sampai je, terus kasi notis pada makcik jaga kedai, dia pun hulur satu parcel putih. Ah, excitednyaa!!!! Pegang2, ringan je.. Apekah di dalamnya? Tak sabar.. Tapi apa2 pun, sebelum mengundur diri dari kedai tu, i rembat la jugak diet coke & kinder bueno. Diet la sangat.. Heheheh...

Nah, sampai je rumah, terus tak sabar nak bukak. Sebenarnya masa dalam lif lagi dah rasa nak koyakkan je wrapping paper tu. Hehe..

Tada!!!! Ada birthday card & birthday gift dari Neng rupanya.. Neng ni kawan baik sejak sekolah rendah lagi. Memang ngam betul. Tak sangka Neng, hang delay 2 bulan nooo... ;D

Yang extra specialnya, ada gambar kawan2 rapat yang lain. Time ni depa pi beraya di rumah i. Bayangkanlah, tuan punya badan xde pun, dorang gi jugak. Terharu i.. 4 ekor ni la kawan2 sehati berdansa sejiwa, kawan2 sekolah rendah ni tau. Memang satu kepala. Mengayam ketupat, serang cinema, ber-bbq, berkelah di pantai yang indah adalah aktiviti kesukaan kami! ;D

Neng, aku dah letak gambar hangpa tu buat penyeri magnetic board aku. Siang malam aku tenung tau. Jangan lupa plan cuti2 kita. Rindu la kat hangpa semua.. Menganyam ketupat sambil pekena kerang bakar di Padang Kota adalah sungguh nikmat. Tunggu aku balik ok!! ;>

Tuesday, November 10, 2009

Xmas dinner

Bukan anjuran saya. Jabatan saya ni setiap tahun musti adakan Xmas dinner. Tapi kali ni, jawatankuasa sambutan suruh undi, nak masak sendiri ke atau order dari catering service? Masak sendiri tu maksudnya pot luck ye..

Saya telah mengundi untuk buat pot luck. Kenapakah saya gatal2 menempah bala nak masak memasak nih??

Sebab kalau akak tak masak, haram la akak nak makan sedap2 malam tu nanti. Harus makan salad saja. Dan roti kosong. Dan jus oren.

Biar lah bersusah2 sekalipon, asalkan akak dapat makan sate.

Apa? Xmas dinner tak seswai makan sate?

Pedulik. Nak jugak!

Monday, November 9, 2009

Banyaknya jemputan kawennnnnn...........

Semoga berbahagia ke akhir hayat untuk

Atiqah & Atif
Nina & Azmil
Yana & Haniff

Maafkanlah sahabat korang yang jauh di mata ni.. Benci la dok jauh2 study nih. Habes kenduri kawen sepupu sepapat & sahabat handai terlepas.

Cess.......

Cepat2 lah upload gambar nanti okeh, untuk tatapan sahabat korang yang satu ni, yang kemaruk tengok apa saja update/gambar2 terkini di Facebook. ;p

Wednesday, November 4, 2009

Tolong tafsir

Petang tadi saya telah tidur selepas maghrib (maghrib jam 5++ pm), dan semasa bertidur2an itu saya telah bermimpi yang saya ini adalah seekor penguin. Saya bersama seekor lagi penguin (insan mana la yang sesama bertukar jadi penguin tu??) telah mendirikan khemah di tepi pantai. Apabila malam, kami pun lepak2 dan tidur dalam khemah itu. Dengan tak semena2 datang lah ribut pasir, lalu khemah itu pun tunggang terbalik jadinya.


Itu saja. Apakah maksudnya?

Tiada maksud. Kalau tak nak mimpi pelik2 sila jangan tidur petang. ;D

Tuesday, November 3, 2009

Busy week

My experimental work officially started today. My Monday went not so nice, with me rushing to the office in cold, windy morning. All that just for? For making sure that all the equipments for behavioural recording is in place. Following that, spending 4 hours in the smelly mice room to record their behaviour. Sooo uninteresting.. Behavioural study is definitely not my thing. I hate it!!

And tomorrow, all the mice will be tortured. Blood sampling will be done by tail incision. Ouch! Please don't hate me, miceee.... And so, I'll leave early again tomorrow, to make sure I lay down all the blood sampling tubes accordingly. Sigh.....

Nothing is interesting.

Except for dinner. Hahahahhaha.. ;D

Nasi Ayam Penyet

Not the best tasting though, the chicken was not as crispy as I want it to be, and it was under seasoned. Luckily, the sambal saved the day! I am happy. ;D

Monday, November 2, 2009

Sunday treats

For our Sunday breakfast, we had Dutch pancake (pankoek) with banana, powder sugar & sugar syrup. Yum yummm... ; )


Dutch pancake recipe:
(makes 6-8 pancakes)
  • 250g wheat flour
  • 5g dry yeast
  • 450ml lukewarm milk
  • 1 egg
  • 1/2 tsp salt
  • Butter
  1. In a bowl, mix dry yeast with half of the milk.
  2. Beat the egg in a separate bowl.
  3. Pour yeast mixture and beaten egg into the flour. Mix briefly, before adding the rest of the milk, and salt.
  4. Stir the mixture - as long as it takes to make a smooth batter.
  5. Rest the batter for 30 minutes.
  6. To cook the pancake, melt a knob of butter in a non stick pan.
  7. When the butter melts, pour in one ladle of batter, swirl it around to make a round pancake. **At this point you will have an idea if the batter if too thick (it does not spread nicely when you swirl the pan) - if this is the case, add some water to the batter.**
  8. Once the bottom part is cooked (with brown markings), turn the pancake over and cook for another 2-3 minutes.
Serve sweet, topped with fruits and/or ice cream, butter, pancake syrup or honey, apple with powder sugar and cinnamon powder.

OR

You can add grated cheese, onion, champignon to the batter while it is cooking in the pan.

OR

Serve topped with smoked salmon and beansprouts, beef stew, etc.

Ikut suka hati. Kalau agak2 nak cicah dgn kari ka sambal belacan ka, silakanlah. Takdak sapa nak marah. Hehehe...

For dinner, we decided to have white rice with tomyam & steamed salmon. Nice & satisfying. Hot & spicy meals go well with cold autumn night - a Malaysian point of view. ;p

Sunday, November 1, 2009

Malassssssssss

Baru lepas balik melantak di rumah Gaya, jamuan lunch/dinner sempena Deepavali. Sungguh sendat. Sendawa pun dah bau macam Passage of India dah. Hehehhe...

Gambar2 tengah di-upload di facebook. Mengantuk....

Good nite! ; )