Monday, August 31, 2009

9 Ramadhan

Kali ni nak post gambar2 makanan berbuka semata2. Nak tengok, tengok lah. Tak nak tengok, sudah.

Buah Melaka
Tepung talam
(hasil dari microwave oven, takdak duit lagi nak beli periuk kukus)
Nasi ayam hijau

Merdeka!!!


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke-52, semoga tanah air tercinta, Malaysia, sentiasa berada dalam keadaan aman, damai & makmur.

Di kesempatan ini, ditujukan juga ucapan Selamat Hari Lahir untuk sesiapa saja yang menyambut hari lahir pada 31 Ogos, khas ditujukan kepada sahabatku Farina & sepupu, Alin. Semoga dimurahkan rezeki, sentiasa beroleh kejayaan, dan beroleh kebahagiaan dunia akhirat. Amiin... ;D

Sambung cerita sket...

On my Facebook home, i saw this status message by a Malaysian friend;

"how would it be like if we never achieved 'independence on 31st aug 1957'???"


Her friends' comments?


"hmm.. we would have been speaking better english. :P"


"Malaysia would have been more developed"


"this would have been a much better country to live in?"


To tell the truth, reading her status update and her friends' comments just make me burn with anger. I feel like adding my own comment under theirs, saying;


"yes, our english could be better and Malaysia could have been more developed if we were still under colonization, but I want my country to be ruled by my people. Not that you girls mind though, because this is NOT your country"

Pada saya, kalau awak, awak & awak mahu berbahasa Inggeris dengan lebih baik, hidup di negara yang lebih maju, silalah bungkus harta benda, pi duduk UK nun. Yang hang mai dok menetap tak reti2 nak balik ni pasai apa? Orang dah bagi duduk tu, bersyukurlah.. Ni tidak.. Melampauuuuu..... Orang2 Melayu tidak pernah mempertikaikan, tetapi orang2 bukan Melayu ni sejak akhir2 ni makin tak sedar dek untung.


Oh Tuhan.. Damaikanlah Malaysiaku..


Update: The girl who posted the question on her facebook status update has posted a new status update. This time it reads;

"
how would it be like if we never achieved 'independence on 31st aug 1957'??? answer is: we would be having scones and tea instead of nasi lemak for breakfast :P"


Huh... Lepas aku dah sindir2 dengan status update aku, ada la jugak budi bahasa kau nak tukar status update ye. Pi sekolahkan kawan2 ko tuh..

Sunday, August 30, 2009

8 Ramadhan

Tiada cerita menarik, hari ini hari bermalas2an. Terasa musim panas semakin ke penghujung apabila suhu mulai jatuh, hari ini 13'C beserta hujan renyai2 dan angin bertiup menderu2. Dan yang suweynya, waktu2 begini lah tingkap bilik yang luas sedepa ni tak boleh nak ditutup rapat. Huarghhhhhh...... Mengamuknyaaa.... Nasib baik lah hujan renyai2, kalau hujan macam kat Malaysia tu, alamat berenang la aku dalam bilik ni.

Oh ya, petang tadi sempat ber-skype dengan sanak saudara di Malaysia. Ramai yang berkumpul di Teluk Kumbar sebab di rumah ada majlis tahlil & berbuka puasa. Rindu betul sebenarnya saat2 macam tu. Meriah.. Yang tak meriahnya part nak mengemas rumah lepas tu. Hehehe.. Tak larat akakk (cewah, macam la aku selalu mengemas habis2an lepas tetamu berangkat pulang)..

Ok lah, berbalik kepada kehidupan di bumi Belanda. Hari ni menu berbuka adalah seperti berikut:

Popia bersira

Ikan Dorade masak suka hati
Tomyam ayam & daging

Peach & strawberries with powder sugar

Sekian laporan. Nak sambung berkebun pulak. Permisi dulu ya.. ; )

Saturday, August 29, 2009

Cepatnya!

Sedar tak sedar dah seminggu puasa. Bulan Ogos pun sudah hampir ke penghujung. Mesti ramai yang gumbira sebab Isnin depan cuti kan kan kan?? ; )

Di hari Jumaat yang mulia ini, tiada lah kisah lain mahu dikongsi bersama, melainkan juadah berbuka jua hendaknya. Hihihi....

Tadaaa!!!!!

Roti naan, ayam tandoori, sambal ikan bilis & kuah dal
Menda yang sama, angle lain. Hahaha...
Close-up ayam tandoori

Awat yang peqak sangat nih, sampai 3 keping gambaq hang tampai? Hihihi... Mana tak excited, pertama kali dalam hidup masak roti naan & ayam tandoori ni. Jadi, sila maafkan kegedikan ini. ;D

Seperti biasa, resipi kedua2nya digodek di Myresipi.com. Harap maklum.

Friday, August 28, 2009

Hari ini

Saya telah..........
  • Mendapat khabar bahawa research plan saya telah di "put on hold" oleh ahli mesyuarat Animal Ethics Committee. Katanya, sila tunggu surat cinta yang akan sampai minggu depan. Sila jawab soalan2 yang dikemukakan dan sila apply untuk 2nd review pada persidangan seterusnya (September akan datang). Mangkuk hayun, apa lagi yang tak kena? Internal commission jabatan sudah review plan tersebut dan semuanya ok ok saja. Apa lagi yang tak kena? Mak tension nyah2 sekalian..................................
  • Mendapat buah tangan dari supervisor.
  • Mendapat cirit-birit sejak berakhirnya dinner semalam.
  • Mendapat seekor itik, sepohon kurma, satu pokok plum, 2 pokok pisang & 2 ekor arnab. Dari jiran2 ladang yang baik hati. Apa yang i cakapkan nih? Ni diaaaa...............

Ladang saya di Farmville. Nampak sangat takdak kerja. Tekanan perasaan nye pasal, baik lah i menanam & menternak. Ada jugak hasilnya.

Arghhhh........ Tensiii...................

Lucky me

Somebody went to Spain for the summer holiday & got these for me;

Hmphh, wonder what's inside..

He said, "open them, so if you don't like them, we can throw them away". Takkanlah kan... ;p

A hand held fan adorned with image of flamenco dancing scene

Castanets for flamenco dancing

Thank you Hein!! Love them, though i'm still clueless on playing the castanets. ;p Susah bebeno nak membunyikan menatang tu, nampak senang je.. So, who's Hein, you may ask? He's my lovely supervisor! A wonderful guy, very kind, helpful & considerate. (tidak seperti Belanda2 yang lain). Lucky me.. ; )

Thursday, August 27, 2009

Jemputan Berbuka Puasa Pertama

Yaaa... Orang yang dari awal (sebelum Ramadhan) menjemput saya dan Che Dah berbuka puasa adalah jiran depan, Germari. Sebenarnya tidaklah dia kata "berbuka puasa", tapi istilahnya "dinner". Alah, kalau jatuh dalam bulan puasa makanya nama dia berbuka puasa lah kan. Hehe.. Kami dari awal sudah pun menerangkan bahawa pada 26 Ogos, kami akan berpuasa dan cuma boleh makan pada jam 8.41 malam. Germari yang sentiasa memahami, setuju untuk mulakan dinner pada jam 9 malam. Memang bagus, sempat la Maghrib dulu. ;)

Dinner kali ni sempena meraikan kedatangan ex-course mate dia, Shams (orang Bangladesh) bersama isteri. Sekarang Shams sambung phD di London, dan tengah bercuti2 Eropah. Germari juga ada menjemput lagi 2 rakan dari South Africa, sorang nama Ben, sorang lagi tak sempat nak tangkap ape ke namanya. Filipo, boyfriend Germari pun ada tadi, dan dialah yang masakkan pasta & nasi. Hebat kan.. Pasangan ni siap went all the way mencari ayam halal, etc. Very kind & considerate tau mereka nih..

Grilled chicken on skewer, peanut sauce, smoked mackerel, mixed salad, carrot & pineapple salad and tricolor pasta

Kurma (kami bawak) & nasi (beras biasa & pulut hitam) pun ada
Che Dah, Shams, his wife & Filipo
My plate (1st round)
Us, with Filipo (masa ni lagi 2 kawan dia dah balik)
Finally, with the hostess - sweet as always, Germari ; )

Shams & isteri dia pun Islam jugak, so seronok la borak pasal Ramadhan. Yang menarik malam tadi adalah makanannya. Macam nasi tu. Kata dia, white & black rice. Rupa2nya yang black tu adalah pulut hitam. Sungguh unusual. Ye la, orang Melayu bubur pulut hitam ada lah. Nak makan begitu saja macam makan nasik tidak pernah dibuat orang. Tapi ok jugak, not bad.. Cuma keras lah sikit black rice tu.. Menu yang kedua yang menarik adalah grilled chicken on skewer & peanut sauce. Sebenarnya Germari cuba nak buat sate ayam. Kami pernah jamu dia sate ayam dan dia sangat suka, siap mintak resipi kuah kacang tu. Tapi tadi dia grill ayam takde perapan & buat kuah kacang guna mixture siap di Toko. Walaubagaimanapun, kata dia, dia tetap ikut resipi sikit2 bilamana dia ada blend bawang & tumis dulu. Bagus, syabbas betti!! ;D Bangga i dapat menyebar ilmu pasal makanan Malaysia. Hehehehe.. Oh ya, bawang tu dia blend pakai blender yang mak & ayah hadiahkan pada dia Jun lepas. ;>

Itupun, tambahnya "i planned to make chookuduk, but Filipo said no, there's gonna be too much food". Apakah itu chookuduk?? Well3x.. Jangan tak tau, itu satu lagi makanan Malaysia yang dia sangat2 suka, lepas kami bawak ke rumah dia dulu. Itulah cokodok. Hahahahaha.. ;D Lawak la pulak, suka betul dia dengan chookuduk tu.

Tadi i bawak juga puding sagu gula melaka. Buat banyak sangat, sejak 2 hari lepas tak habis2. Baik bawak ke rumah dia, ada jugak faedahnya. Hehe.. My goodness, seseko suka bebeno dengan menatang tu, siap mintak resipi. Habis la, lepas ni akak kita ni akan jamu puding sagu gula melaka pulak pada dinner party yang akan datang. Hehehehehe..

Kesimpulannya, good food, good company. I'm very happy tonight. ;D

Wednesday, August 26, 2009

Salam Perantauan (lagi??)

Rupa2nya gambar Ayu & Che Dah keluar (lagi) di KOSMO! hari Selasa 25 Ogos 2009. Dan yang paling best adalah, yang ni lagi special berbanding Berita Minggu, sebab di tengah2 ruangan salam perantau tu ada coretan dari kami berdua tentang pengalaman berpuasa dan berhari raya di perantauan. Arghhhhhh............. Tensennnn........... Dapat tau lambat, tak sempat nak mintak mak beli newspaper tu. Teringin sekali nak tengok..

Hehe.. Gatal. ;D

p/s: Ni lah rupanya di KOSMO! online. Sila klik sini (kalau nak tengok). Tiada full story lah...

Tuesday, August 25, 2009

Updated: Selasa sudahh.....

Cepatnya masa berlalu.. Dan masa itu terasa terbuang begitu saja apabila kerja tak siap2, yang sekampit jadi selori, padan muka ekau....

Opps.. Terlebih sudah. Sebenarnya post kali ni adalah tidak bertujuan. Cuma mungkin nak share beberapa keping gambar air tangan Che Dah. Kes bosan melampau. Gambar2 adalah sangat kiut miut & kelakar nak mampos. Hehehe...

Teletubbies... Teletubbies.... Seswai sekali.. ;D

Bak kata Che Tap "sume macam drag queen"

Ni plak sederet tutor FPV di Utrecht. Meriah you..

Itulah sahaja yang mau dikongsi. Kot2 berbuka jap lagi sempat di-snap gambar hidangan, adalah ditampal di sini. Kalau tak sompek, nasib lah yo..

p/s: Sebenarnya masih tak dapat nak finalize-kan menu berbuka nanti.

Oklah, sambung lagi sket cerita. Mana satu ye?
  1. Nasi putih, paprik campur, ulam, sambal belacan
  2. Nasi ayam
  3. Nasi putih, buncis goreng bersama daging, sambal tumis udang
  4. Mi bandung
  5. Atau lain2. Banyak bebeno cadangannye...
Hmphhhh... Tengok je la pe yang timbul malam nanti ye...

Update:

Ni lah yang timbul.......... Hasil undian sms En. Izzad dan persetujuan rakan serumah. Hehe..

Mi bandung yang tercair kuahnya tapi tetap marvellous. Next time kena ringan2kan tangan time tuang air tuh. Mi kuning pun nowhere to be seen, jadinya guna spageti saja. Tapi memang puas hati lah, terubat keinginan nak makan mi bandung. Hampir setahun tak merasa menatang ni tau.. Kalau terasa nak buat, silalah rujuk di sini. InsyaAllah jadi.. ;>

Menu berbuka 3 Ramadhan

Puding sagu gula melaka
Daging goreng kunyit
Ulam & sambal belacan
Sambal tumis telur

Itu saja.. Sekian. ;D

Monday, August 24, 2009

Sharing is caring


Nak resipi ayam percik sempena bulan puasa?? Ni resipi dari Kak Yani, mek Kelate. Mak & abah dia memang dulu buat jual ayam percik ni. So kira resipi tried & tested la ni. I pun pernah try, memang sedapp.. Kalau anda nak try tapi PEMALAS, boleh lah jugak digoreng ayamnya (tapi jangan garing sangat ye) dan kuah yang dimasak sampai pekat tu, tuangkan saja di atas ayam.

Untuk 1 ekor ayam;
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 batang serai
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar garam
  • Halia (lebih kurang sama banyak dengan 2 ulas bawang merah)
Bahan2 di atas dikisar - digunakan untuk memerap ayam. Lagi lama diperap lagi sedap.

Kuah ayam percik;
  • Santan (1.5 cawan santan pekat: 1 cawan air)
  • 2 sudu gula
  • 5-10 batang cili kering (ikut suka)
  • 2 ulas bawang merah
  • Halia (lebih kurang sama banyak dengan 2 ulas bawang merah)
  1. Cili, bawang & halia dikisar halus, dan dimasak bersama santan.
  2. Kacau sampai pekat.
  3. Kalau suka lebih kuah, bolehlah tambah santan ikut ratio pencairan yang diberi.
Cara memasak ayam percik;
  1. Grill/panggang ayam yang telah diperap sampai betul-betul masak.
  2. Secara selang seli, sapukan kuah ayam percik sambil menterbalikkan (??) ayam.
  3. Grill/panggang sampai kuah yang disapu kelihatan agak kering pada ayam.
  4. Kuah yang lebih boleh disiram pada ayam sewaktu menghidang.
  5. Selamat mencuba! ;D

Sunday, August 23, 2009

Hari Kedua

.....(dan saya masih tidak berpu**a). Tak boleh taip penuh2, nanti Aiman baca, jenuh aku nak menjawab. Hehehe.. Semalam masa skype, mak bagitau yang Aiman puasa sampai jam 4.30 petang. Ayah pulak kata, sampai tengah hari ja, dia dah tercium2 roti manis kat dapur. Hahahaha... Makanya, soalan cepu emas kakak bagi, "Aiman ada pi minum ayaq dalam pancoq (bilik air) dak??" Dia tak jawab okeh.. Sah la dia buat.. Macamana kakak tau? Alaaa... Macam la tak biasa.. Tu la taktik kakak masa kecik2 dulu. Hahahahahha.... ;D

Oh ya, menu berbuka pada 1 Ramadhan adalah bubur kacang (sagu lebih), nasi putih, grilled mackerel, sambal kicap & sayur campur. Senang gilos. Malas nak beradun-adun. Malam ni, tak tau lagi.. Tapi terasa macam nak makan ayam percik la pulak (over nyaaaa, orang yang puasa dalam rumah ni rilex aja). Haa... Cerita pasal menu berbuka 1 Ramadhan, sungguh tak sangka, rupa2nya mak masak nasi kuning + rendang ayam + sambal ikan bilis. Hihihi...... Mak, apa pulak menu hari kedua ni mak?

Oh, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan;

Selamat Hari Lahir yang ke-49 buat mak yang tersayang. Mak, Ayu sayang mak sangat2. Semoga mak happy selalu, diberkati Allah S.W.T dan beroleh kebahagiaan dunia akhirat. Aminn..

Birthday mak tahun lepas. Kalau Ayu ada kat sana, Ayu akan ciom mak macam ni jugak. Saayang mak! ;>

Updated: Wahai orang-orang kampung!!

Cepat2 oii kayuh beskal pi kedai. Capai Berita Minggu sebelum habih. Muka i dah keluaq, beleklah ruangan Salam Aidilfitri. Mukasurat 19 tau.. ;D

Tadi i dok sedap2 tidoq, ada sms masuk bagitau muka i dah keluaq newspaper. Tq Kak Long!! ; ) Dengan gumbiranya i pun bukak la Berita Harian Online. Ado... Harapan...... Tak dak pulak kat versi online nih.. Macam lah i tak tau cemana rupa gambar & ucapan tu kan.. Ya lah, mana tau kot2 depa ada tokok tambah, potong ucapan atau photoshop-kan gambar i (apa kau ingat kau artiss??). ;p

p/s: Cesss bedebah. Awai sangat la pulak dia keluaq.. Baru posa 2 hari.. Takpa2, next time i try lagi. Eh, tak mau, tak mau.. Tawon depan depan dan depan lagi i nak raya di Malaysia. Syhhhh...... Sila jangan habaq kat Dekan noo..

Update: Ni lah rupanyaaa..... ; )

Saturday, August 22, 2009

Mood sudah datang

Bukan mood mau tulis paper, tapi mood masak menda2 merapu. Al-maklumlah, esok kan mau start puasa? Jadinya, mood gila nak makan itu ini semasa berbuka datang dulu. Hehehe.. Esok puasa yeayy!!! Walaupun kerat jari nye lah, mak2 Arab kat Utrecht ni semuanya dah start berpuasa harini. Maaf ye makcik, i orang Malaysia, yang akur dengan pekeliling Kedutaan Malaysia. ;p

Awal petang tadi, ada diskusi dengan Mr Fiance thru sms, biasalah, kalau dah pi balik, pi balik sms tu, bila takde modal, keluarlah soalan2 tahap Aiman, iaitu: "Makan apa harini?", "Plan nak masak apa malam kang?"

I jawab, tak sure lagi nak masak apa. Sejak akhir2 ni buntu memikir menu. Bila tanya dia, jawabnya, "Buatlah nasi tomato. Tak pun nasi air." I cakap, "takde bahan la sayang..". "Kalau macam tu, buat yang senang2 je macam hot dog IKEA, takpun mi Sedap goreng basah", kata dia. I jawab lagi, "yang tu lagi lah i takde bahan nak membuatnya". Sudahnya dia fed-up nak mencadangkan. Hahahahahha.. Ampun.... ;p

Sayang, i ni beli barang2 dapur seminggu sekali. Tu pun kena naik bas turun bas, jalan kaki bergendong2 tau, nak makan punya hal. Bukan macam kat Malaysia tu, start enjin kereta terus sampai mini market, beli itu ini, dah kau.. Jadi la mi Sedap goreng basah. Nak lagi senang, start enjin, tuju ke restoran, kasi kunci kat tukang cuci kereta, pi duduk, terus jerit "teh ais, mi goreng basah!". Takdelah pernah aku menjerit pun slama ni. Contoh je tuh.. ;p

Walaubagaimanapun, setelah merujuk kitab (Myresipi.com) untuk ilham makan malam, inilah yang terhasil;

Nasi kuning + rendang ayam ala Lemongrass

Fuh, sedappp, hingga menjilat jari.. Tak kempunan lagi dah nak makan nasi kuning with chicken rendang kat Lemongrass. Betul2 macam kat Lemongrass, kecuali i tak letak telur rebus 1/2 biji, kacang goreng & juga sekeping daun pisang mengalas pinggan. Resipi nasi kuning i ambik dari sini. Kalau teringin, try2lah ye.. ;D

Oh ya, selamat bersahur buat Mak, Ayah, adik2ku di Malaysia, juga sahabat handai & sanak sedara yang lain. Kalau bersahur dengan telur masin, papadom, telur dadar & acar Mak Tok, jangan lupakan saya di sini. Tsk tsk..

Friday, August 21, 2009

Bila puasa?

Al-kisahnya, Masjid Turki telah mengumumkan bahawa puasa jatuh pada Jumaat 22 Ogos 2009. Akan tetapi, pihak Kedutaan Malaysia pula menyatakan bahawa 1 Ramadhan jatuh pada 23 Ogos 2009 (Sabtu). Mana satu ni........ Pening tau tak.......... Disebabkan esok2 nak raya nanti, nak pakai pengumuman dari embassy, maka saya memilih (boleh ke gini?) untuk mula berpuasa hari Sabtu. Lagipun, kalau puasa hari ini (Jumaat), i tak dapat join lah, masih cuti lagi.. ; )

Aktiviti hari ini adalah mencutikan diri, lepak di rumah saja. Nak sambut puasa atenye.. Hihihi... Buat masa sekarang, i sedang menanti apple raisin muffins keluar dari oven. Selepas ini, nak tengok Nur Kasih di Catch Up TV, TV3. Dinner malam ni pun masih belum difikirkan lagi menunya. Sahur? Selalunya i sahur minum air setengah liter, so no worries pasal sahur.

Apple raisin muffins yang masih panass

Besar harapan dapat mula berpuasa, dapat bertarawih & membanyakkan amalan di bulan Ramadhan ini. Semoga berubah sikap juga, menjadi seorang yang lebih rajin & tekun menyiapkan tugas2 penyelidikan. Aminn....

Thursday, August 20, 2009

Sebelum tibanya Ramadhan

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan;

Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
  • Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
  • Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
  • Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya
Maka Rasulullah pun mengatakan "Amiin" sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Maka dengan ilmu yang baru diketahui ini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala dosa dan kesilapan yang pernah dilakukan samada sengaja atau tidak kepada Mak, Ayah, kaum keluarga yang lain, dan sahabat handai. Harap dimaafkan..

Selamat meyambut Ramadhan yang bakal menjelang. Semoga beroleh keberkatan dan rahmat dari-Nya. Amiin...

Wednesday, August 19, 2009

Money matters

Kalaulah kalau, kalau boleh, saya mahu:

1. Amsterdam-Kuala Lumpur return ticket (MAS) untuk balik raya. Alang2 nak balik, biar la paling kurang pun sebulan. Rugi RM 4,500 kalau balik seminggu je okeh..


2. Nak rembat Canon dslr. Buat beginner macam saya nih, Canon EOS 1000D cantek rasanya.


3. Nak sauk Blackberry 3 bijik. Satu untuk saya, satu untuk ayah, & satu untuk mak. ;D


4. Nak jugak satu lagi handset, Sony Ericsson W902. Ni untuk chenta hatiku. Dia suka yang ini. ;D


5. Sebuah Apple MacBook Pro. Yum yumm!! ;>


6. 2-3 bijik LV lagi. Hermes pon takpe. Hihihi... Ok lah, at least lagi sbijik, untuk dikelek ke faculty lepas dah lapor diri kat UPM nanti. Kalau boleh, nak yang discreet, yang orang tak kenal tu LV. Mak bukan nak menayang u'olls, cuma nak personal satisfaction jek. Malas gila nak jawab soalan "LV ke tuh? Brapa harga??" Arghhhh................... Tekanan jiwaaaa.....

(Erk, Sistina pm ni discreet ke??)

7. Diamond ear studs & diamond pendant. Kerana diriku begitu berharga. Hihihihihi......;p


8. Nak duit banyak2 supaya dapat membayar hutang kerajaan yang menaja pengajian. Agar daku boleh lepas bebas. Tak payah buat phd lagi, boleh jadi cikgu sekolah rendah. Hidup aman bahagia.......... ;D ;D


Banyak lagi kehendak hati. Tapi kalau ada 1 saja permintaan yang boleh ditunaikan jin dari teko ajaib, pintaku cuma satuuuuuu............

"Aku nak balik Malaysia, nak berpuasa & raya dengan keluarga & tunang tercinta"

"Err.. Jin, kalau boleh, masa aku takde tu ko tolonglah siapkan research work aku. Bolehlah ye.."

;D

Monday, August 17, 2009

Updated: My Sunday Agenda

1. Buat jamuan mi kari tengah hari tadi. Si Mok requested nak mi kari sejak Khamis lalu, katanya "kita kena gather sekali la sebelum start puasa". Ye lah pakcik... Ada2 je tekak ko ye.. Sudahlah saya ni tak pernah masak mi kari walau sekali, order mi kari pun tak pernah. Tak minat, sebab dapat dibayangkan rasa kari bersantan2 yang muak tu. Haa kau, disebabkan tak pernah order mi kari kat kedai, punyalah bengong sampai tak tahu patut ada bawang goreng ke tak atas mi kari tu? Tauhu? Dah ada tau pok nak kena letak tauhu jugak ke? Suka hati akak la labuu... Apa pun, ni lah hasilnya. Ada ayam, kerang, sotong, fish ball & fish cake. Baru tau ada fish ball & fish cake halal dari Singapura dijual di Toko. Yang penting, tetamu kata mi kari ni sedap. Mok makan 3 pinggan, Lau pun. Sedap la kot.. ;D


2. Sesi fotografi untuk menghasilkan sekeping gambar yang vouge lagi vass untuk dihantar ke ruangan salam perantau (semua newspaper yang ada, kita terjah). Musti pantas dan tangkas, takut nanti dah raya ke-12 baru timbul ucapannya. Kesempatan diambil memikirkan si Mok ada tadi. Haruslah kerjakan dia secukupnya setelah 1/2 periuk kuah kari tu masuk perut dia sorang. ;p Penat woo pusing2 satu campus nak carik port yang nampak macam di Netherlands. Last2 terpikir pulak, tak guna pun kalau scenery cantik meletop, sebab at last dorang akan crop gambar, tinggal muka je. Heishhhhhh...... Takpelah, anggap saja jalan2 membakar kalori lepas makan mi kari. Hehehe.. Mau tengok gambar2nya? Jomlah, kita pilih sama2 ye...

1st stop - padang ragut. Lighting malap la pulak..

Pulak, kau terang sangat. Lagipun senyuman macam tak ikhlas je..

Ok tak yang ni?

Yang ni pulak lighting dah ok, tapi lab bersepah. Muka akak pun macam hape je..

Ada satu lagi gambar candidate di camera Che Dah. Nanti ye i gi amik dari dia. Yang tu macam cantik je di antara semua2 nih. Hehe.. Tungguu.......

p/s: Dah nak puasa dah oiiii.... Mengikut kalender yang diberi oleh masjid Turki, kami akan mula berpuasa pada Jumaat ni, 21 Ogos. Awal la pulak.. Yang penting, kurma dah dibeli di Lombok semalam. Hihihihihi......

Update:

Ni la dia gambar lagi satu tuh. Kami sudah pun sebulat suara memilih yang ini. Ucapan telah dihantar ke Utusan, Berita Harian, Harian Metro & Kosmo. Rajin2 la belek ruangan salam perantau kalau sudi ye.. ; )

Friday, August 14, 2009

Nak balikkkk.....

Adoi, panasnya bontot duduk di pejabat lama2. Dari jam 9 sampaila ni, dah pukul 2 ptg, terasa sungguh neraka.

Sudahnya main dengan penguin dan badak (binatang belaan) di Facebook. Kalau ketua jabatan mai jenguk, harus kena maki sebakul dua.

Kerja banyak. Presentation on September 1st, write-up, project outline for costing purpose, jugak work protocol, semua tak siap2 lagi. Bukan sekadar tak siap, tak mula pon lagi. Baru tulis tajuk2 ja. Hihihi.....

Apa nak jadi, apa nak jadi, sampai sekarang tak mula lagi..
Apa nak jadi.............
(sila nyanyi ala2 melodi lagu SM Salim)

Tak boleh lah nak buat kerja kat pejabat nih. Macamla kalau kat rumah boleh buat kerja kan.. Adoiiiiiiiii........ Masalah yang tiada penyelesaian.............

Thursday, August 13, 2009

Free lunch

Courtesy of Marchy.

She sent an e-mail the night before, asking me not to bring any lunch to the office. Said she already prepared our lunch for the next day.

It's "haral" she said, adding "I'm suppose to put white wine in the tomato sauce, but I didn't, so I can share it with you".

Thank you dear, you're too kind.......... Feed me more. Hehehehe.. ;D

Penne + mussels in tomato sauce