Monday, July 12, 2010

Pengajaran hari ini

Soalan: Apabila seseorang qada puasa kemudian dia membatalkan puasanya dengan sebab kawan mengajak makan. Adakah dengan sebab yang demikian digandakan dua hari untuk puasa qadanya?

Jawapan: Wajib dia puasa yang dibatalkan itu sahaja dan HARAM membatalkan puasanya.

Dipetik dari laman web Jakim

Dah, sudah. Jangan sesiapa ajak aku yang lemah iman ni makan lagiiii..

p/s: Lagi baca lagi pening. Haram membatalkan puasa qada tu ke, atau haram membatalkan puasa yang menggantikan puasa qada tu. Faham x?

3 comments:

Hana Faza-same person said...

sefaham faza seblum ni belajaq, kita dah niat nak posa ganti, tetiba nak batalkan.so kita hanya wajib ganti posa sehari tu je..tak perlu double..

maksud haram tu ialah -->haram hukumnya dia membatalkan qada' puasa gnti tu sb ia sama macam kita berbuka puasa dengan sengaja waktu bulan ramadhan. so berdosa sama mcm kita sengaja buka posa dlm bulan ramadhan. so , sebolehnya, waktu berpuasa gnti, kena kuatkan azam sama mcm kita puasa dalam bulan ramadhan.

tu yg faza faham la :P

Farina said...

Ayu:

Rasenye betul ape yang faza cakap tuh. Mak aku pernah bagitau aku dulu, dosa kalau bukak pose qada' ramadhan.Kalau puasa sunat takpe, cuma tak dapat pahala lah.

Ayu said...

Thanx Faza & Farina! Aku selama ni xsure la hukumnya haram ke tidak kalau membatalkan puasa qada tu, tapi aku tau la tak baik sengaja nak batalkan. Tq sbb tolong clarifykan utk i yang jahil nih.. ; )