Thursday, July 8, 2010

Manusia, manusia.

Story ada banyak, tapi sebab dah berkumpul2, malas pulak nak menaip (tapi, taip la jugak sikit2).

Ohh.. Al-kisahnya, sudah lebih sebulan kami bernikah & sejak itulah, kami tak pernah pulang ke Penang lagi. Hajat di hati nak la pulang ke kampung halaman hujung minggu ni. Cuti pun dah dipohon. Tapi, khabarnya mak ayah akan datang ke Putrajaya pulak pada ketika itu. Sudahnya? Kelam-kabut la laki bini cancel & reapply cuti lain. Hujung minggu depan baru balik. Balik jugak. ;D

Cerita yg kedua. Sekarang ni tengah gigih mengganti puasa Ramadhan lepas. Rasanya semasa masih di Holland dulu, ada jugak puasa yang sudah diganti. Masalahnya, daku yg alzheimer's ni telah terlupa terus pasal bilangan hari yang telah berganti. Tak ke rasa nak sepak2 je diri sendiri? Lemah sungguh daya mental haku nih..... Makanya, suka atau tidak, gantilah semaksimum mungkin. Haiyoh. Xpe, puasa 2in1. ;p

Cerita yang ketiga. Bila puasa selalunya kita akan mengidam macam2 kan? Pukul 8 pagi - rasa nak berbuka makan nasi kuning Lemongrass. Masuk kul 10 pagi - eh, nak makan set ayam bakar Wong Solo lah. Bila lepas tengah hari - rasa nak makan soto masak sendiri lah pulak. Begitulah seterusnya sampailah azan maghrib berkumandang. Lagi satu, bila puasa kerja2 mengarang di pejabat pun tergendala. Mental block betul lah. Kenkonon bila takde glucose to the brain, lembap la sikit proses berfikir & menganalisa berlaku. Heh. Memandai buat hukum.

Tapi nak mengarang 2-3 paragraphs kat sini aku boleh pulak.

Manusia, manusia. ; )

No comments: