Wednesday, July 28, 2010

Semalam

Semalam saya puasa lagi. Maraton ganti menggganti memang rancak bila kesuntukan masa. Biasa la tuu..

Puasa2 pun saya masak la jugak untuk berbuka puasa/makan malam. Semalam Ejad ada permainan futsal di Segambut (sudah. Segambut ke Selayang ke Sekinchan haa?), jadi perlu makan cepat2 sebelum bersiap sedia ke sana. Masak yang cepat2 saja.
Sayur campur goreng, ikan tongkol masak kicap, terung bakar + air asam & sambal tumis petai + bilis
Sambal tumis & air asam tu adalah baki makan malam hari Ahad. Takdelah hebat sangat saya nak menggodek dapur siapkan kesemua 4 hidangan dalam masa terhad. Nak mamposs?

Lepas siap makan, rehat2 dan isya', kami pun bergerak ke destinasi permainan futsal. Sebenarnya saya agak liat nak ikut, takut2 jadi patung cendana di tepi gelanggang, tapi apakan daya. Kerana kasih daku turutkan. *terbatuk*


Heiii... Pandang dari belakang jaring ni buat mata berpinar dan kepala pusing
Permainan berlangsung selama 1 jam (sahaja. Pheww). Pemain atas gelanggang berpeluh2. Saya pun berpeluh2 jugak berdoa tolongla cepat habis tolongla cepat habis. ;p
Sesudah itu, kami pun bergerak pulang. Tiba2 Ejad tanya, "nak lepak mana2 tak?". Jawapan biasa (lagi memenyampahkan) saya, "ikut eby la nak lepak mana". Tapi bila jawab gitu, suasana jadi diam maka akhirnya saya kata "jomlah kita gi Sany Char Koey Teow di Titiwangsa yang kita nampak haritu". Dengan wajah yang bercahaya Ejad menjawab, "Jom!" ;D

Rupa Char Koey Teow (CKT) Biasa
Yang CKT special tu kami tak tanya macamana rupanya. Harganya pun saya tak tahu. Sebenarnya, harga makanan di situ ada terpampang sekeliling kedai tapi saya rabunnnn. Yang pasti, jumlah harga untuk 2 pinggan CKT biasa, teh ais & jus oren adalah RM 11.50. Sedap ke tidak? Sedappp... 4 bintang! Lagi satu bintang hilang sebab saya lebih suka CKT yang anjal2 koey teownya. Yang ini koey teownya lembik.
Punah hasil usaha mengejar bola 1 jam bila anda makan CKT sepinggan pada jam 11.20 malam okehhhh. Saya takpe, sebab saya puasa lagi esoknya. Hihihi.. ;p

Gambar terakhir ni Ejad yang ambil. Bila dia ambil kamera dan tolakkan pinggan dan gelasnya ke arah saya, saya pun mula la betul2kan baju (dan tarik nafasss). Dia kira "1.... 2...." dan saya pun senyum semanis-manisnya. Mana tahu kalau nasib baik bolehlah dibuat profile picture di Facebook, apatah lagi semalam saya pakai baju baruuu.
Alih2, dia tunjuk. "Eby, gambar macamni ok tak?" Sila tengok gambar di atas. Sekelumit bulu hidungku pun tak nampak ok. Ebyyyyyyy!!!!!!!!!!!!!! <------ menjerit dalam hati saja. Dengan penuh sayu saya pun terus makan dan makan. Sampai habis.

THE END

4 comments:

Farina said...

Ho yeah! Ayu dah mula rancak memasak. Keep it up, keep it up!

Ayu said...

Farina, jgn nanti ko muntah tgk aku asyik2 tampal gambar & cerita pasal masak-memasak sudah.. ;p

Anonymous said...

terhibur dan tak abis gelak dok baca ayu nyer blog nih...gelihati..thumbs up,sungguh menghiburkan...hehehe..busu

Ayu said...

Ye ke gelihati Busu.. Bagus gitu, jangan panas hati sudah. Hehe.. ;p