Thursday, July 30, 2009

Pasfoto

Al-kisahnya baru2 ni, dapat surat cinta dari Immigratie- en Naturalisatiedienst - Immigration & Naturalization Service (jangan tanya apa maksud naturalization di sini). Dia nak gambar passport baru untuk buat residence permit baru. Gambar yang di-attach bersama borang permohonan tu dia tak suka. Surat adalah 100% dalam bahasa Belanda (bluerghhhhhh).


Tapi ayat yang menyampaikan hajat tu berbunyi begini,
"De pasfoto die u heeft opgestuurd is niet goed, want deze foto is al een keer gebruikt op een pasje" .

Maksudnya,
"The photo you sent is not good, because this picture has already been used on a pass".

Sesuka hati je la dia kasi ayat gitu kan.

Makanya, terhegeh2 la pi cari kedai gambar, nasib baik jumpa. Biasanya, kedai Primera 300 meter dari mahligai ni ada servis ambik gambar passport, tapi sejak hari Isnin baru ni, kedai tu tutup. Haaii... Korang pon sibuk nak summer holiday gak ke.. Tak paham aku...

Cari punya cari, rupa2nya ada kedai gambar di Utrecht Centraal. Masuk2, nampak nenek berambut panjang, beruban, sedikit bongkok. Nasib baikk... Kalau mamat kacak menawan, den lomah sket. Hahaha.. Tambah2 plak harini ada jurawat besar nak mampos. Time2 ni lah ko nak menjadi2.. Siap je gambar (nenek tu yang snap, jangan memain), belek dulu. Kot2 la dia photoshop dulu ke. Hahaha.. Harapannn.......... Merah menyala jurawat itu dalam gambar. Warghhhhhhhh......


Benci. Benci. Benci.

2 comments:

animed said...

IND memang kejam. Dah tau sahih2 yang buat urusan ngan IND ni foreigner, depa bg gak surat dalam dutch. Jenuh kami dulu translate setiap surat IND masa nak apply visa suami. Dahla mcm2 masalah IND ni 'ciptakan' sabar ja la..

Ayu said...

Betul tu.... Memang sakit hati lah kalo deal dgn IND. Terasa kita ni macam pendatang la sesangat.. Sebab tu la kami tobat, xmo mai dah. Siap masters je, cabut terus la jawabnya.