Monday, July 20, 2009

Why??

Anim, Ayu dah buat tiramisu ikut resipi Anim. Sebijik2 ikut. Tapi ada jugak durhaka sket2;
  1. Part celup dalam coklat tu, Ayu celup dalam Nescafe
  2. Gula 2 cawan tu, Ayu pakai 125g+100g (sebab bila google, 1cup=128g). Walaupun dah dikurangkan, manis la jugak hasilnya..
  3. Anim suruh pakai sebungkus sponge fingers, Ayu pakai 1/2 bungkus. Sebab konon2 nak samakan ratio sponge fingers:cheese mixture.
Tapi kan, Ayu ada satu soalan mau tanya. Soalan tersebut berbunyi begini:

"Kenapakah takat beku tiramisu saya adalah sangat rendah,
iaitu pada -18'C?"

Kalau masuk fridge dia xnak jadi firm, dok cair jugak. Sponge fingers boleh berenang2 di dalamnya.. Adakah sebab saya durhaka?? Tolong jawab sat.... Ke sebab pukul telur pakai tangan je, so telur tak kembang betul?

Anyway, inilah gambar dia. Dok berangan seminit dua, dah start cair dah..


Sesapa rasa nak tolong jawab, silakan... Tensen akakkkk..............

4 comments:

animed said...

Ok la tu..ada rupa tiramisu cam jual kat kedai. Anim buat mula2 pun cair jugak yang cheese tu. Post mortem yang 1st time anim buat, jadi cair mungkin sebab pakai gula biasa, pukul telur sat sangat. Ayu pakai gula apa? second time anim buat pakai gula halus/castor baru menjadi. Pastu second time wat..anim pukul telur lama sikit. Tang manis tu, kalau ayu rasa manis sgt, bubuh gula sikit demi sikit masa pukul tu sambil cuit2 rasa sampai la mencapai tahap piawai kemanisan ayu. Bilangan sponge finger tu tak mempengaruhi result eksperimen :-)
Huhuhuhu..rajinnya ayu pukul telur tak pakai mesin..tabik la kat ayu.Hehehe..jgn tensen2..cuba lagi. Cantik gak cheese tu cair2 camtu. Ada nilai2 estetika nih..

Ayu said...

Anim, thank you tolong mengulas panjang lebar. Betullah tu, Ayu pakai gula biasa. Godek2 resipi Anim baru nampak, gula KASTOR rupanya. Apeke rabun sangat la tak perasan perkataan kastor tu. Hihihi... Next time kalau try lagi, I'll let you know okay.. Tq, tq tq!!! ;)

animed said...

Jgn putus asa..cuba lagi. Kali nih insya Allah jadi. Tapi anim minta maaf ayu..pakai resepi anim, tiramisu ayu tak jadi..huhuhuh. Nih mesti 1st time ayu masak tak jadi..uuwaaaa. Salah cikgu mengajar ka..uuuwaaaa.

Ayu said...

Alaa Anim, jgn la ckp camtu, bukan salah resipi Anim la, mmg Ayu yg xbaca betul2.. Bukan salah tok guru.. Hehehe.. Jgn risau, ni bkn 1st time xjd. Pernah jugak buat muffin coklat, sudahnya jadi keras, hampir nak macam biskut coklat saiz gajah. Sabar je la.. Hehe.. Kuih2/dessert mmg Ayu xdak ong la.. ;D