Thursday, July 30, 2009

0000 hour


Keluarlah menatang nih dari oven. Ribuan terima kasih untuk jiran depan pintu yang sedekahkan sebakul strawberry terlebih ranum. Tq!!!! ;D

Strawberry Crumble Bars

Caution: Ayu pakai loyang 25cm x 10cm, jadi mungkin sukatan ni perlu di-triplekan untuk loyang 4 segi saiz biasa. Sila ukur loyang anda. Hehe..

Untuk strawberry filling:
2.5 cawan strawberry (agak2) diblend dengan sedikit air. Bila semuanya hancur, masukkan dalam periuk, tambah gula 1 cawan (ikut suka nak manis lagi atau nak kurang), dan masak sampai pekat - rupa macam jam. Kalau nak lagi express, bolehlah tibai jam dah siap dalam botol tu. ;D

Untuk Doh:
  • 110 gram butter (dilembutkan)
  • 170 g tepung gandum
  • 1/3 sudu teh baking powder
  • 1/3 sudu teh garam
  • 1 biji kuning telur
  • 35 g gula pasir
  • 12 g gula pasir extra (untuk buat crumble)
  1. Ayak tepung + baking powder + garam, ketepikan sebentar.
  2. Di dalam mangkuk lain, gaulkan telur dengan gula. Masukkan butter dan gaul.
  3. Tuangkan campuran telur + gula + butter ke dalam campuran tepung yang telah diayak.
  4. Campur semua bahan dengan garfu, adunan akan kelihatan "crumbly".
  5. Lapiskan loyang dengan aluminium foil (supaya mudah menanggalkan kuih dari loyang).
  6. Tepekkan 1/2 daripada doh ke dalam loyang, tekan supaya rata.
  7. Cucuk permukaan doh tadi dengan garfu, dan bakar dalam ketuhar bersuhu 180'C selama 15 minit.
  8. Sementara itu, bolehlah gaulkan gula extra tadi ke dalam baki doh yang tinggal (untuk bahagian atas). Ketepikan sebentar dalam peti sejuk.
  9. Setelah bahagian bawah keluar dari oven, sapukan strawberry filling di atasnya.
  10. Kemudian, taburkan baki doh (dalam bentuk crumble) ke atas strawberry filling. Tekan sikit2, jangan kuat sangat macam masa buat lapisan bawah tadi.
  11. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180'C selama 30 minit atau sehingga bahagian atas nampak keperangan.
  12. Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum mengeluarkan dari loyang & aluminium foil.
  13. Kemudian, bolehlah potong kepada bentuk segi empat ikut saiz yang disukai.
Ada jugak yang tak bakar bahagian bawah terlebih dahulu, maksudnya, terus saja buat 3 layer tu & bakar selama 45 minit dalam ketuhar bersuhu 190'C. Try2 lah mana method yang disukai ye..

Selamat mencuba! ;D

3 comments:

animed said...

Apa nama kuih ni ayu..cam sedap. Dah la ada strawberry..I like. Rajin tul ayu. Anim buah strawberry tak lalu mkn buat jus ja..ahaks..

manizz said...

ayu,
resepinyer,tehngok je dah tahu mesti sedap.

Ayu said...

Anim, nama dia Strawberry Crumble Bars. Kalau pakai Bluberry/Cranberry, bolehlah daftar nama lain plak ye. Hehe.. ;D

Mak Su, ok2.. Sat Ayu tulis resipinya kat post ni jugak. Nak kena adjust sukatan dulu. Hehe.. Tunguu.... ;)