Friday, June 26, 2009

Jangan tanya

Jangan tanya lah nak sambung phd di Holland ke tidak. Semestinya TIDAK akan. Makin lama makin bulat tekad nak balik. Nak balik, nak balik. Sesapa yang terasa suka nak mai sini, jomlah kita switch suka sama suka ey. Hehehe.. Datang melancong & datang menetap bertahun2 adalah dua perkara berbeza. Nak balikkkk........ Biarlah panas melekit camna pun Malaysia tu, tetap nak balik. Dah lama dah tak bawak kereta gi mall, pi karaoke, pi makan2 yang sedap2 sana sini. Ni mood gila nak balik sudah datang. Hehehe..

Satu lagi cerita, duit scholar belum kunjung tiba ke akaunku. Akaun org lain dah masuk dah. Harini ja dah 99x agaknya login, tapi jumlah baki akaun masih sama. Bukan sama, berkurangan adala, sebab pi cucuk 20 euro nak beli ubat gigi Sensodyne & Always (Whisper). Cepatlah oiii... Cimbclicks pun asyik tak boleh nak assess, agaknya satu dunia dok sibuk transfer duit sbb gaji dah masuk kan.. Takpa2, tak urgent pun, just the usual monthly transfer je.

Next Tuesday, I'll be presenting for Journal Club. Gelabah bewak i kali ni, sebab nampak gayanya takdak sekor pon yang hantar e-mail bagitau dorang tak dapat hadir. I want them to be absent. Haha.. Kalau ramai2 datang nanti i boleh pengsan u know..

Tu je lah story serba sikit. Lagi 15 minit nak bukak posa. I tak posa pun sebab tengah pakai Always. Ada paham? Tapi Che Dah posa. Makanya nak dinner sama2 lah jap g. Hehe..

Have a happy Friday everyone!! ;D

6 comments:

Anonymous said...

huhu paham, paham
dulu even masa tu baru umur 10thn tp after a year dok kat UK rasa nak cepaattt je balik msia..dlm ati dok pk awat laa mak aku ni smgt beno nak amik phd yg 3 thn ni..terseksa siot

Ayu said...

Mieza, tu lah hikmahnya, Tuhan nak bagi merasa.. Biar tau macamne bestnyaaa dok obersea. Obersea lain okay lagi kot, tapi Belanda ni adalah terlalu perit lah kehidupannya untuk expat.

animed said...

Ya betul..oversea ni mai jln2 best la. Tapi kalau dah dok sampai 2 tahun..tuan punya badan ja yg tahu. Hujan emas di negeri org..hujan batu negeri sendiri. PhD holland? Hahahaha..a big NO. Cukup la 2 tahun..ni nak tambah lg 4 tahun. Kalau jadi surirumah ikut suami yg sambung blajaq nak la..tp kalau kita yang study..adoii. Education system sini ok..best jugak..tp ada sebab lain yg rasa sengsaranya duduk kt sini. Social life..mkn2..makcik jual nasi lemak.takdak pg2..aaa byk lg la..tu tak masuk weather dia. Padan la suicide case tinggi especially masa winter. Anim pun masuk winter ja tahap depress tu tinggi sikit. Tak nampak matahari kot. On the bright side..Alhamdulillah diberi kesempatan duduk negara org..byk juga belajar. Tapi Malaysia tetap di hati.
Panjang la pulak komen kali ni..luahan perasaan ni..huhuhu..
Anim pun tak decide lagi nak sambung phd kat mana..basic choices..kat malaysia ka atau nak sambung oversea lg?Tadaa..

Ayu said...

Anim, takpe, maila kita sama2 buat luahan perasaan kat sini. Hehehe.. Satu yg sengsara adalah cara kerja depa ni. Lembab, kasi arahan tak specific. Sakit jiwa oiii.. Berbeza dgn kita dari Asia. Pastuh sakit hati bila dorang dok menyebut2 plak, Asian, European. Arghhh, rasa nak lempang2 je seseko. Haa kau, geram dah ni. Tu la, mari la kita phd di Malaysia je. Atau Aussie ke. Dekat sket. Hehe..

ayen =D said...

wah.. puasa time maghrib skarang kol 10 malam tu.. kagum aku.. malu kepada diri sendiri kejap.. huhuhu..

haa.. baru semalam ada orang dari US buat presentation, dia buat lawak. dia kata joke yg glamer kt US.

ada sorang laki tu, dia nak mati. dia ditanya nk dok kt neraka ke, syurga (bodoh punya lawak kan.. takpe, dia kafir, aku hangguk kan aje.. dia pn awal2 dh kata joke kan). laki tu tgk, dlm syurga mcm tenang je. bosan lah. dalam neraka ada orang lari2, main2 kad, ntah.. aku tak dengar sangat. so, laki tu decide nak dok neraka la. tak boring. so, dia masuk je neraka, dia terus menjerit2.. terseksa. tidak seperti yang dia harapkan iaitu FUN. kesimpulan kepada cerita tersebut ialah, itulah beza nya tourist dengan imigrant. hohoho..

ayu, aku baru jawab tag ko. harap ko puas hati.. hehe.. muuaahh.. sini..
http://nianeya.blogspot.com/2009/06/tag-oleh-afzan-ayu-dan-elya-hutang.html

Ayu said...

Ayen, terpaksa dah, sebab kes tak habis ganti puasa lagi. Hehehe..
Wah, sadis sungguh joke itu.. Hahaha..
Ok, nanti aku lawat la blog ko, check itu jawapan. Muahaha.. ;D