Pada suatu hari, En. Izzad ajak isterinya ke Downtown Cheras selepas dinner. Apalah nasib, terlupa pulak yang jualan cuma akan bermula jam 10 malam, mereka tersampai awal. Tidak berputus asa, En. Izzad mengubah haluan ke Danau Kota. En. Izzad berhasrat mencari pouch bag untuk kegunaan kerja, sementelah tali pouch bag yang dibelinya dulu baru saja putus.
Sesampainya di bazar malam Danau Kota, En. Izzad pun mencari ruang untuk meletak kereta. Isteri di sebelah dah terlelap tidur. Dengan lemah-lembut dia kejutkan isterinya bangun. "Larat tak? Kalau tak larat kita balik saja". Baik sungguh hati En. Izzad. Tapi si isteri lagi baikk.. Dalam mamai-mamai, isterinya tetap keluar kereta untuk menemankan lakinya shopping. Mithali habis lah kira.
Baru jalan 10 langkah, si isteri tersasar haluan ke kanan sebab terpanggil dek kilauan kerongsang. Oh.. En. Izzad redha saja tolong pilihkan walaupun pilihan En. Izzad selalu di-reject secara berhemah. Isterinya memang cerewet & indicisive. Tambahan pula, si isteri sedikit culture shock melihat harga kerongsang yang jauh lebih murah berbanding harga kerongsang di gedung membeli-belah, tempat kebiasaan si isteri membeli barang. Jakun sungguh..
Pilih punya pilih, dapatlah dia 6 biji kerongsang yang berharga cuma RM10.
Bukan kepalang suka hatinya, sampai terlupa terus akan dirinya yang mengantuk. Sungguh ajaib perasaan gembira yang terhasil daripada perlakuan membeli-belah, bukan?
En. Izzad juga telah berjaya mendapatkan pouch bag mengikut kehendak hatinya. Lama juga dia membelek-belek di setiap booth yang menjual beg. Akhirnya dapat sebiji, dengan harga cuma RM15 (yang kita belum tahu jangka hayatnya sampai bila).
(Gambar pouch bag tiada, "tak kuasa nak ambik" kata si isteri)
Begitulah kisah jalan-jalan malam di Bazar Malam Danau Kota. Silalah pergi, macam-macam ada.. Kata isteri En. Izzad yang kejakunan.
6 comments:
Hahaha..sungguh syahdu crita ala2 fairytales tu....
Tudia..tok bercerita!
Danau punya Uptown memang best.Selalu dah merayap ke sana with or with en.suami..ahahahah.Untung2 bole selisih!
hehehe..si isteri kalo bab shopin mmg sentiasa segar je...hehehe...
Busu - Bila banyak sangat masa terluang bolehlah buat karangan tak bermanfaat macamni. Hehe..
Apple - Besttt!! Jalan-jalan tengok barang memang best! :D Bilalah agaknya kita nak meet eye to eye ye?
Shila - Oh, biasaa.. Penawar segala racun. ;>
orang pompuan kan memang alergik dgn shopping, serupa lah makcik....tengok sepit rambut pun boleh beliak mata walau diri tak ada rambut & tak ada dotter
Betul tu makcik. Pelik & ajaib sungguh. ; )
Post a Comment