Thursday, May 3, 2012

Kisah budak baru belajar

Minggu lepas giliran saya membentang di college internal seminar, video linked to the other campus. Royal Veterinary College ni ada dua campus, setiap kali seminar memang kitorang akan ber-video conference. Pembentangan ni simple saja, dalam masa 10 minit kena ceritakan perihal phD project sendiri, apa pencapaian setakat ni dan apa perancangan dalam masa 3 tahun.

Nervous pun kena lah bentang jugak, sampaikan ada words yang escaped masa sangat-sangat diperlukan, sampai jadi macam Tun M dok cakap "apa nama.. apa nama..". Takdelah saya cakap gitu, tapi maksudnya lebih kurang lah. Nasib baik supervisor buat gerak mulut, maka dapatlah perkataan tu - anxiety. Hantu betul. Saya yang anxiety attack sampai hilang semua words.

Bila sampai part Q&A, berebut-rebut lah hadirin-hadirat dari kedua-dua campus bertanya soalan. Head of department sendiri pun bukan main lagi bersoal-siasat. Maka ketika tu panik pun mencanak-canak jadinya. Tambahan pulak bila soalan dari campus di sana tu audionya putus-putus. Haih, makcik tension. Jawab, tapi dengan rasa macam tak puas hati. Betul ke aku ni menjawab soalan.. Tengok ke arah supervisor, nampak dia dok tunduk je (tak senyum dah macam awal-awal tadi). Ah sudah.

Selesai presentation, supervisor berlalu sambil bersembang dengan head of department, tak berhenti untuk komen apa-apa pun. Terus rasa makin tak seronok. Selalunya dia akan comment, kasi kata-kata yang sedap didengar. Sah lah presentation or Q&A tadi teruk....

Lepas presentation hari Selasa tu, rasa down sangat. Down la sangat sampai tak pi sekolah hari Rabu & Khamis - tengah takde running experiment bolehla work from home kan (work from home=bangun lewat, makan tak berhenti & melagha sepanjang hari). Tapi seriously rasa macam malu nak mengadap muka supervisor.

Semalam terima feedback forms dari insan-insan yang hadir ke presentation saya tu. Rupa-rupanya feedback sangat positive. Terima kasih la siapa-siapa yang sudi isi feedback form tu. Semangat dah kembali. Saya janji takkan ponteng lagi. Ok lah, janji sampai hujung minggu ni :P

7 comments:

DeLancrettLurpak said...

Okla tu nok, aku penah present sekali je kot kat depan budak2 postgrad school aku.. lagi pathetic.. itupun semua org angguk2, sbb seminar tu takda Q&A session, hahaha.

zdiana said...

berdebarnya... ni yang rasa ketar lutut nak isi form sambung belajar... huhu..

lydia said...

kalo kiter la kan..mesti jadi gagak..ark...ark...arkk...eheheh...

intan suriati said...

yeayyyy well done *clap clap clap* heheh aku tak boleh bayang la kalau aku yg kene membentang, last skali presentation 5 yrs ago kot masa final year project heheh all d best to you, for d next 3 yrs ni situasi seumpama ni akan dtg dan pergi seperti di angin lalu sahaja heheh will doa for you,insyaaLLAH...

Mulan said...

kudos to u..!!!!!

sila jgn ponteng lagi tau.. hehe..

Unknown said...

congrats ayu!! :) hehehe..

Ayu said...

DLL, Zd, Lydia, Intan, Mulan, Nazihah - tu lah dugaannya.. Nak2 pulak spesis ketar lutut. Semua mat saleh dok tgk kita macam nak telan2. Hehe.. Alhamdulillah semua ok. Dah 2-3 kali present ni, makin bertambah ok. Don't worry, kalau anda semua kena sama mcm saya pun, akan ok (with experience & doa), insyaAllah.. Thanx again dear friends :)